Monday, May 04, 2009

SESI FOTOGRAFI

Hari ini hari Isnin dan seperti biasa ada perhimpunan rasmi. Hari ini juga saya telah ditugaskan sebagai pengacara majlis bersama-sama dengan Raja Subaizura di perhimpunan tersebut, huuh dalam Bahasa Inggeris lagi tuuu... Sudah sedia maklum, tidak ramai cikgu-cikgu besar yang mahu berucap di perhimpunan tersebut kerana kena speaking london. Kesimpulannya perhimpunan tamat awal... Maka sesudah itu, dengan rasminya bermulalah sesi fotografi kami yang sungguh berseni.

[Cerita Tambahan]
Pada 5 Mei 2009, iaitu esoknya... ada satu lagi sesi fotografi bagi persatuan-persatuan yang belum ditangkap gambarnya. Nak dijadikan cerita, En. Hailmy selaku tuan jurugambar kita menyuruh saya mengambil gambar persatuan dia iaitu Reka Cipta. Hah! itu OK lah sebab dia pun ada sekali, tetapi ada masa tu tiba-tiba dia hilang, waaa gelabah tu. Kenapa? sebab saya tak reti nak menggayakan orang yang nak diambil gambarnya... akhirnya saya hentam saja, huh nasib baik jadik. Kesimpulannya, saya berterima kasih kepada En. Hailmy kerana inilah pengalaman buat saya... hehe.

Statue of Photography
(posing jurugambar terhebat masa kini, hehe jangan marah yer cikgu)
Yeeha! siap lompat-lompat lagi tuh, inilah dinamakan seni.
(taken from En. Hailmy's blog... picture compo, setting and edit by him)
Haaa... inilah dia gambar yang aku tangkap sambil berdiri di atas kerusi pengadil badminton yang tinggi tuh, seram gila sebab kerusinya goyang-goyang kerna tak stabil. Huu...

Gambar-gambar yang berikut ini diuploadkan adalah bersempena dengan permintaan saudara Azhan. Marilah ramai-ramai kita saksikan gelagat mereka... Jom tengok!

3 comments:

TUAN PUNYEE BLOG said...

perghhh sape yang machooo gileee tu ( yang pakai tie merah )

Afiq Syahmi Adanan said...

laughing out loud utk posing itu (yang pakai tie merah), haha kelaka beb

Anonymous said...

KO GENDUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT LAH N

Post a Comment