Friday, May 15, 2009

PRA-HARI GURU

Alhamdulillah, hari ini pada jam 6 pagi datang juga mood saya untuk menulis... Kalau hanya gambar dan tiada cerita, sudah tentu ia tidak membawa sebarang erti kan? Maklumlah, si tuan punya blog ini hanya mengerti tentang gambar dan sama sekali tidak pakar dalam bidang penulisan blog ini, haha.

Haa... pada hari Khamis [14 Mei 2009] yang lepas, kami telah mengadakan satu aktiviti yang kami gelar Pra-Hari Guru. Disini ada 4 aktiviti besar yang menunggu di senarai rancangan kami, iaitu perlawanan Bola Tampar, Bola Sepak, Bola Jaring bagi kaum wanita dan Anyaman Ketupat. Namun, aktiviti yang sempat saya ambil gambarnya adalah aktiviti perlawanan Bola Tampar dan Bola Sepak... Jom kita lihat!

PERLAWANAN BOLA TAMPAR
Haa... inilah sekitar aktiviti perlawanan Bola Tampar. Mengikut rancangan kami, perlawanan itu akan disertai guru yang lengkap berpakaian seperti atlit dan kami selaku pelajar akan mengenakan pakaian yang serba serbi tradisional, iaitu baju melayu lengkap berkain pelikat dan pakai capal bagi mereka yang kaya. Huu unik kan? TETAPI malangnya tiada guru yang sempat meluangkan masa walaupun sudah sedia maklum tentang aktiviti ini kerana ada perkara yang tidak dapat di-elakkan.

PERLAWANAN BOLA SEPAK
Ini pula perlawanan bola sepak... Peraturannya adalah lawan 7 sebelah, dan pihak pelajar diwajibkan memakai kain pelikat. Namun kami si pemakai kain pelikat tetap menghadapi satu masalah yang sememangnya masalah dan masalah tersebut adalah... tiada insan bergelar guru yang dapat meluangkan masa bersama. Kerana... mungkin kesempatan waktu tiada, namun kami paham kerana guru ini banyak tanggungjawabnya.

[kekesalan yang teramat sangat]
Saya sepenuhnya tidak sempat mengambil gambar proses anyaman ketupat dan hanya menangkap sekeping gambar bagi perlawanan bola jaring. Ketika saya ingin mengambil gambar mereka, semuanya perempuan dan secara tidak langsung, mereka akan melihat saya kerana kami berlawanan jantina. Akhirnya konsentrasi mereka sedikit sebanyak akan terganggu (hehe), oleh itu saya pergi dari situ dengan niat supaya mereka bermain dengan heppy dan tanpa gangguan. Saya pergi hanya bersama dengan sekeping gambar dan perasaan hampa. Kemudian, saya tebalkan muka untuk mengambil gamba lagi, tetapi alamak! dah habis rupanya... kesal yang sungguh kesal.

4 comments:

chick ika said...

fuyoo, main pakai kain ??
aha, mmg beza gle ngn bdk kl oh.
tp tp, unik ! ahaha.
kau tak join ke afiq?
sure comel kalo ko join main pakai kain.
swear! ahaha.

Afiq Syahmi, said...

yaa.. aku lom letak ceritanya lg, x smpat laa.
aku comel ke kalo join main pkai kain nih? ahha memerli aku nampak?

aku kene amek gmba la,x leh join doh. lg pun aku x la power men bola.

chick ika said...

refer kpd post [kekesalan yg teramat sgt]
-weh, aku tak malu kalo kau snap pic aku gune camera kau yg canggih lg cantik tuu eventho kita berlawanan jantina. ahaha! aku bangga lg ade. ehehe.
-tambahan, utk school holiday nnti, nk hangout ngn aku tak? i mean, join dgn kwn-kwn aku sekali. hangout di banda. mau join?

Afiq Syahmi, said...

aku pkai kamera kompek je... payah sbb nak kene g dkat2. da la pdg basah2.. argh leceh, haha.

mau join ke x? malu lah!

Post a Comment