Monday, December 28, 2009

MY SIS ON FIRST POSTING AS A SCHOOL TEACHER

Perjalanan masuk sejauh 7.5km melalui jalan estet yang tidak berturap untuk sampai ke sekolah.

SK Ladang Tun Dr. Ismail, Simpang Renggam. Sekolah yang sangat aman dan mempunyai murid yang amat sedikit, iaitu 18 orang.

Proses pencarian rumah sewa kakak saya dan keadaan kereta selepas keluar dari sekolah yang melalui jalan estet yang agak menggiurkan kerana ia hanya tanah merah dan tidak berturap.

Bersabar aje laa... hehe.

Sunday, December 27, 2009

AKAN DATANG - HARI KELUARGA

aksi seorang peserta acara tarik tali ketika sukanika hari keluarga berlangsung

Semalam saya baru shoot satu acara meriah iaitu Hari Keluarga telah berlangsung di kawasan perumahan tempat tinggal saya, Taman Bintang. Majlis berikut adalah anjuran KRT Taman Bintang, Jaya Diri dan Mutiara. Disebelah pagi, berlangsungnya acara-acara aneka pertandingan seperti mewarna, menjahit, menghias dan sebagainya. Kemudian, acara sukanika dijalankan pada sebelah petangnya. Seronok bila sekali-skala satu komuniti masyarakat berkumpul dan beramah mesra.

Lain-lain laporan gambar penuh akan ditayangkan kemudian, insya-Allah. Lokasi sebenar adalah bertempat di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

Tuesday, December 22, 2009

MASUK 17? AMBILLAH LESEN KERETA

langit hampir runtuh menandakan hujan lebat bakal tiba

Pelbagai rintangan dan dugaan dalam ambil lesen kereta ini, hujan ribut petir angin taufan serta jeritan-jeritan manusia dan bermacam-macam lagi semuanya ada. Namun pokoknya disini, bila anda dah masuk 17 tahun, ambillah lesen kereta. Selamat dan cekap. Modal? kira-kira RM650. Barang siapa yang tidak cukup modal, dengar sini seruan kami, kumpullah duit dari sekarang, nescaya bahagia kelak.

Sekian saja, wassalam.

MASUK 16? AMBILLAH LESEN MOTOSIKAL

cuaca cerah menunjukkan bahawa pelajar tersebut sungguh bernasib baik

Pelbagai rintangan dan dugaan dalam ambil lesen motosikal ini, hujan ribut petir panas terik angin taufan serta jeritan-jeritan manusia dan bermacam-macam lagi semuanya ada. Namun pokoknya disini, bila anda dah masuk 16 tahun, ambillah lesen motosikal. Selamat dan cekap. Modal? kira-kira RM450. Barang siapa yang tidak cukup modal, dengar sini seruan kami, kumpullah duit dari sekarang, nescaya bahagia kelak.

Sekian saja, wassalam.

Monday, December 21, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN 5SPM1 l 5M 2009

Guru kelas kami yang tersayang, Pn. Salasiah Khairollah. Reaksi beliau amat menyakinkan serta mengembirakan ketika beliau menerima sebuah hasil seni hasil dari perpaduan yang dicipta dari kelas beliau dan kelas kami, 5SPM1. Cikgu! kami tidak akan melupakan cikgu! Ibarat kata pepatah orang putih, You are the best teacher in the world!

Butiran majlis adalah seperti yang berikut:

Tempat: Rumah pasangan Cikgu Noraini dan En. Halil yang berunsur tropika
Lokasi: Taman Industri Seri Sulong, Malaysia
Tarikh: 12hb Disember 2009
Peserta: Kira-kira 35 orang termasuk guru-guru dan anak-anak.
Majlis: Jamuan akhir tahun kelas 5SPM1 l 5M

Perasmi: Yang Hampir-hampir Berhormat Tuan Ketua Kelas, En. Rafie

Catatan: Ketika ini, kami baru tamat SPM, bestnyer!

Diumumkan, ketibaan yang amat berbahagia, tuan ketua kelas 5SPM1, iaitu Muhd. Rafie. Beliau tiba dengan jenteranya di tempat yang dijanjikan tepat pada jam 8.30 malam. Beliau dijemput diatas alasan yang amat rasmi untuk merasmikan majlis ini. Hehe.

Tuan rumah, iaitu En. Halil, kelihatan hensem sekali ketika beliau sedang mengacu aduan ayam bakar berbekunya. Sedap siot ayam bakar dia! Setaraf Kenny Rogers beb!

3 gadis yang kacak, dikenali sebagai Ika, Nani dan Mira (dari kiri) Mereka berdiri terpacak di situ merangkap sebagai pengacara majlis bagi majlis jamuan yang gilang gemilang ini.

Dari kiri, Cikgu Ismail, Cikgu Suimi (ayah kandung kepada azritikus) dan tuan rumah, En. Halil.

Seorang budak yang menggugat pandangan mata para wanita yang hadir dalam majlis ini kerana dia terlalu sangat comel. Comelnya! jerit gadis 5SPM1. Hehe.

Gerak khas, yang dengan pantasnya membersihkan meja kaca jed yang pecah kerana terjatuh.

2 gambar yang di atas berikut adalah salah satu aktiviti kami selepas kenyang memakan makanan, apa dia? karaoke la! wooh! best lah!

Memperkenalkan, inilah dia Qila, anak kepada tuan rumah, iaitu En. Halil.

Di belakang tabir, iaitu sebuah unit fotografi yang bertugas untuk mengabadikan kenangan disini dalam medium sebuah gambar. Hehe. Bagi yang berkenaan dengan majlis ini, siapa yang mahukan gambar-gambar anda yang lain, sila hubungi saya di emel atau pun di nombor telefon bimbit seperti yang kamu sedia maklum. Terima kasih, sekian saja, wassalam.

Post ini didedikasikan khas untuk warga 5SPM1 dan guru-guru yang mengajar kami, dan juga guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sepanjang tahun kami bersekolah sebagai pelajar tingkatan 5. Terima kasih di atas segalanya.

Thursday, December 17, 2009

MAJLIS NIKAH ORANG

Ketibaan pengantin perempuan setelah tiba di perkarangan Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat pada 12hb Disember yang lalu.

Akhirnya, mereka sah menjadi suami isteri.

Tempat: Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, Johor.
Tarikh: Sabtu, 12 Disember 2009

Ketika ini, saya baru sahaja menikmati cuti yang dijangka sungguh panjang, kerana telah selamat menamatkan SPM pada 8 disember yang lalu. Oleh itu, atas desakan keluarga dan juga desakan yang hadir dari minat saya sendiri, saya mengikuti abang saya, akmal untuk mencari pengalaman dalam fotografi perkahwinan. Gambar yang terpapar di atas adalah gambar yang paling okay saya rasa untuk dipaparkan kepada paparan umum. Gambar yang lain-lain? Ya-Allah! hancus! hehe. Maklumlah, baru belajar. Ambil gambar majlis orang kahwin nih, dilihat nampak mudah, sekadar menekan butang shutter aje. Tetapi, bila dah rasa sendiri, wow! susah beb! Sebab itu saya ikut-ikut dulu job abang saya untuk saya mengamati gaya dan cara beliau meng-shoot gamba pengantin, supaya dapat dijadikan contoh dan teladan yang berguna kelak, insya-Allah. Sekian saja...

Next post will be about the picture and report of the year-end party ceremony by 5SPM1 student. Somebody related with the becoming next post, wait for it yea. Thank you for supporting.

Friday, December 11, 2009

CUTI DI MELAKA

Kakak-kakak saya yang begitu minat bergambar.

Abang, kakak, adik, mak dan nenek saya turut serta untuk bergambar, hehe.

Bangunan bersejarah di Bandar Hilir, Melaka. Ini sudah menunjukkan bahawa suatu ketika dahulunya, Melaka pernah dijajah oleh Belanda. Inilah peninggalannya, sebuah gereja yang berseni bina Belanda. Kami semua dapat berjalan dengan hati yang tenang lagi gumbira, kenapa? sebab saya baru saja menamatkan SPM, haha. Syok siot!

Sudah sekian lama tidak berblogging, saya sudah kekeringan idea untuk menulis. Jadi, saya rasa, gambar sajalah yang jadi pengganti buat saat ketika ini, sehinggalah idea untuk saya kembali menulis menjadi pulih seperti sedia kala. Huih! haha.

Thursday, December 10, 2009

SPM KAMI DAH TAMAT!

Upacara tahunan untuk hari terakhir dalam SPM, dan ia jatuh pada tarikh 8hb Disember tahun 2009 ini bagi pelajar aliran sains. Apa upacaranya? Bergambarlah! Seronok! Tak kisah walaupun hujan, kami tetap bergambar, hehe. Maklumlah, lepas ini susah nak jumpa lagi. Jadi, kami semua bergambar buat kenang-kenangan bersama kawan seperjuangan yang lain. SPM sudah habis bagi kami, tetapi tidak bagi pelajar cina yang harus menghadapi Kertas Bahasa Cina pada 14hb Disember nanti dan pelajar sastera yang lain sehingga 16hb Disember ini. Semoga berjaya kamu semua!

Gambar oleh:
AKMALADANAN

Tuesday, December 08, 2009

BEREHAT SEBENTAR

Penulis sedang menyiapkan bahan yang menarik untuk diupload menjadi post terbaru. Jadi, tunggu sebentar.

Thursday, December 03, 2009

SPM IS ABOUT TO END

three man show their skill on modeling in moment to enter the examination room upstairs

This SPM examination has been precisely started on November 18th. Now, it is going about to end. Science stream student (5SPM1 and 5SPM2) will undergo their last paper on this Tuesday, December 8th, for Chemistry paper. Others, they are going to the end of this exam in period of December 9th to 16th for many subject which are registered for them. After this? Yeah! SPM is finally end! This is what are we waiting for since it is started for many weeks ago, hehe.

Hope everybody can answer their last paper very well and lastly, what would you do right after this SPM? think wisely okay.

Signing off,
Afiq Syahmi
Adanan
JA069A001

Thursday, November 19, 2009

SAYA TERINGAT MASA ZAMAN KANAK-KANAK DULU

Seronoknya jadi kanak-kanak, tak payah susah-susah nak fikir macam mana nak jawab soalan Additional Mathematics kat sekolah tuh.

Lihat gambar kedua, budak itu siap nak tertidur... kelakar! haha.

KAMI GEMAR MAIN BOLA

Kami mula bermain sejak dari subuh, percaya?

Seorang pelajar perlukan aktiviti riadah yang sesuai, seperti mereka di atas.