Wednesday, March 24, 2010

SUASANA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2009

Inilah suasana pelajar-pelajar ambil keputusan mereka. Alhamdulillah, semuanya bagus-bagus. Malas dah nak tulis banyak-banyak, penat, tak ada mood, tak ada idea dan seterusnya tak ada lah ayat, huhu. Korang tengok sajalah gambar yang ada, sekian, bye-bye. Sebarang pertanyaan sila adukan di shoutmix saya, harap maklum.

Tuesday, March 16, 2010

UNTITLE

Last Thursday on 11th Mac, I got my SPM result with not really flying colours because all the grade I brought away on my result from A to E except FAIL! hehe. 5A2B2C2D1E and it is equal to 12 subjects.

From that moment and now on, I am busy with the online application for the opportunity in further studies. So? this blog is left abandoned, hehe. By today (Tuesday), I am going to Malacca and tomorrow until Thursday, I'll in Kuala Lumpur for my sister's convocation and the next day, I'll be in Perak for family purpose. Wish all the process will be done clean, thanks. In the next post, insya-Allah it will be the picture about the school's circumstances in the day of SPM result's announcement.

Nothing to say about, just I want to wish thanks to all readers for reading my blog. I appreciate it very much! (Sorry for the bad grammar, mind to correct anything wrong? you are invited. Thank you!)

Thursday, March 04, 2010

LTDL MALAYSIA 2010

Pertama kalinya dalam sejarah, Kota Parit Sulong, Batu Pahat telah dipilih sebagai tempat penamat untuk Tahap 4 perlumbaan Le Tour De Langkawi 2010. Persiapan telah dibuat sekian lamanya, antaranya dengan membuat tar baru jalan, dan projek pemurnian kawasan sekitarnya yang agak berserabut sebelum ini. Pada tarikh 4 Mac, dijadualkan bahawa pelumba akan membuat penamat disini, jadi persiapan besar giat dilakukan pada hari sebelumnya. Aku sebagai salah seorang warga Parit Sulong, rasa sungguh berbangga...

Pada hari yang dinantikan, acara dimulakan dengan mengadakan event-event sampingan di kawasan sekitar sementara menunggu pelumba yang tak tiba-tiba. Budak-budak sekolah dari SK Parit Sulong sedang seronok berjalan-jalan di kawasan pameran basikal, kawasan pertunjukan X-Games dan yang lagi seronok, mereka dapat air milo free... haha. Pelajar sekolah menengah juga dibenarkan pulang awal (pukul 12 lebih) oleh PPD Daerah bagi menjayakan acara penamat lumba basikal ini. Jadi? tak hairanlah apabila DJ yang bertugas mengatakan bahawa kawasan Parit Sulong adalah kawasan penamat LTDL yang paling sesak! dan paling ramai setakat ini! Pada saya? memang sesak! susah betul nak tangkap gambar, orang berpusu-pusu! Pengawal pun mengawal pergerakan saya sebab saya bukan PRESS, jadi, pandai-pandailah nak tangkap gambar... :D

Security semasa acara berlangsung agak ketat, ramai polis yang bertugas. Jalan pun ditutup. Lihat saja ahli bomba tu? mereka merembeskan air ke jalanan kerana cuaca amat panas... sungguh! Sungguh panas! 36 degree celcius tu!

Setelah tiba konvoi ini, orang ramai beranggapan bahawa basikal-basikal pelumba hampir tiba, jadi? orang ramai berpusu-pusu... hehe. Tapi tak sampai-sampai pun, buat orang suspen jer. DJ nya pun sama, suka buat orang suspen. Kira-kira jam 1.45 baru basikalnya sampai. Tapi masa ni kira-kira jam 1.15 tau, lama tu. Sabar je lah...

Huh! basikalnya laju sangat! Ni jer gambar basikal yang sempat aku tangkap, hehe. Lupa nak tukar lensa wide, so? Susah la sebab basikal tu laju, jadi sekelip mata je diorang dah ada kat depan mata, haha. Masa tu aku sedang pakai lensa zoom, kalau basikal-basikal semua dah ada kat depan mata, macam mana nak zoom? Haha.

Sampai saja pelumba-pelumba itu, muncul lah konvoi polis dan bermacam-macam lagi konvoi yang terdiri daripada kereta, van dan motosikal. Apabila basikal pertama dah sampai kat garisan penamat, aku terus saja pergi ke masjid bersama kawan-kawan untuk menunaikan solat... akhirnya aku terlepas nak tengok upacara pengumuman pemenang, hehe. Tapi aku tak kisah, sebab hari tu aku tak dapat satu keseronokan, tapi sebagai gantinya, aku dapat dua kegembiraan peribadi, hehe.

Tengok gambar terakhir... seronok mereka bergambar dengan mat salleh, tinggi kan? Ye lah, entah bila lagi mat salleh - mat salleh akan berpijak di bumi Parit Sulong bukan? Zaman sekolah mereka memang seronok, dapat cipta banyak kenangan. Jadi nikmatilah setiap saat hidup kamu dengan kebaikan dan kegembiraan!

Nota: Aish! susah betul nak carik port untuk tangkap gambar, sana sini ribuan orang ada. Siap ada rombongan dari sekolah SMK Seri Medan lagi.
Ramai! Siap masuk berita TV3 sebab ini finishing LTDL yang paling ramai orang berkumpul untuk melihat secara dengan mata kepala mereka sendiri pelumba-pelumba menamatkan perlumbaan di sini. Cabaran... cabaran bagi aku lah, yang nak belajar ambil gambar sukan basikal ni. Tapi aku happy! Sekian, Wassalam.

Monday, March 01, 2010

MEE TOMATO!

Aroma Mee Tomato Mak Yah keluaran kantin SMKDS memang memukau jiwa dan meragut selera pelajar-pelajar ataupun bekas pelajar yang pernah menuntut di sini. Lihat saja mereka, ish ish ish... Tak sabar.

Pergh! Inilah dia saya mempersembahkan! Semangkuk Mee Tomato buatan Mak Yah! Made by Kantin SMKDS, hanya RM1.50 saja! Air liur aku dah meleleh ni daaa.... Nak makan! Sedap! Sungguh sedap! Sedap hingga menjilat permukaan mangkuk! Hehe. Bagi sesiapa yang berkesempatan untuk menjumpai hidangan ini di sekolah, jangan lepaskan peluang! Cuba jangan tak cuba! Kalau tak cuba, dijamin menyesal.

Nota: Lokasi bertempat di Kantin SMK Dato' Sulaiman, semasa saya sekawan datang ke sekolah kerana ada urusan penting bersama Cikgu Othman Marin. Kesempatan yang ada, kami makan mee tomato, syok!

Nota: Tahniah kepada cikgu-cikgu baru yang ditempatkan untuk mengajar di SMKDS, kerana? anda dapat menikmati hidangan istimewa ini pada waktu rehat nanti... Kepada Cikgu Lyana Kamarudin, Cikgu Nazliah, Cikgu Ee dan rakan-rakan guru baru yang lain, tahniah! Dah penat ngajar, korang boleh makan mee tomato nanti, hehe.