Sunday, February 28, 2010

CITA-CITA

poster yang aku bedal dari internet, contoh untuk salah satu angan-angan aku yang nak jadi perdana menteri, hehe.

Kita hidup kat dunia ni mesti ada cita-cita kan? Aku? tak ada yang pastinya dari dulu... Sekejap ini sekejap itu sekejap nak jadi entah ape-ape entah. Dan, ini dia list cita-cita yang pernah aku impikan sekian waktu dulu... haha.

Masa umur 5 tahun
Nak jadi Power Rangers, nak selamatkan dunia dari kejahatan, haha!

Masa umur 8 tahun
Nak jadi Perdana Menteri, bercita-cita nak hapuskan korupsi! Nak dapatkan gelaran Mr. Clean! Hehe.

Masa umur 10 tahun
Tukar cita-cita, nak jadi Doktor pulak, seronok tengok orang pakai baju kot putih dengan stetoskop kat leher lepas tu boleh bedah-bedah orang.

Masa umur 12 tahun
Tak mau lah, tukar lagi. Nak jadi businessman macam orang-orang kat filem tv tu atau macam Bill Gates... pakai baju kot pergi pejabat, naik kereta mewah, duduk rumah banglo, haha, berangan sungguh!

Masa umur 14 tahun
Tukar pulak? nak jadik arkitek lah, kononnya berangan nak design projek menara KLCC yang kedua kat Parit Sulong, haha!

Mase umur 15 tahun
Tukar balik kepada asal, nak jadik doktor lagi, lol!

Masa umur 16 tahun
Dah tak nak jadi doktor pulak lah, kerana waktu kelas Biologi Cikgu Salasiah masa tingkatan 4 kat SMKDS dulu, kaki aku gigil sebab tengok kawan-kawan termasuk aku sendiri sedang bedah katak secara live! Grrrr...

Sekarang semasa berumur 17 tahun berstatus sedang tunggu result SPM
Entah? itulah dulu belajar main-main... Kalau ditimbang dan fikir balik dengan cita-cita yang bagus-bagus kat atas, macam tak sepadanlah dengan gaya aku belajar waktu zaman sekolah dulu? hehe. Jadik korang yang masih membaca dan sekali gus masih bersekolah, ambillah iktibar, dan kalau boleh, dari bayilah korang semua dah tetapkan cita-cita masing-masing, barulah senang nak study sebab kita tahu apa yang kita nak, sekian, bye-bye.

Nota: Sekarang penulis sedang berangan-angan nak mohon maktab perguruan atau IPG, jadi doakan supaya saya berjaya, atau doakan lagi supaya aku mungkin dapat tawaran yang lebih baik lagi daripada IPG, Amin... Terima kasih!

Nota: Sedang bergiat aktif dalam bidang seni, seni apa? seni fotografi, huhu.

Nota: Tak tahu lah bila result SPM keluar... ada yang cakap 28 Februari, ada yang kata 11 Mac dan ada lagi cakap 16 Mac nanti, walau bagaimanapun, dia tetap akan keluar bukan? Takut beb!

Updated = Result SPM 11 Mac ini!

Friday, February 26, 2010

HARI SUKAN SMKDS

macam apa yang abu buat, kita masa lari, kena senyum, smile!

star-star bawah 15 sekolah sedang lari dengan laju

pembaharuan pada sukan sekolah tahunan tahun 2010 ini, cikgu-cikgu pun ada acara sukan jugak, iaitu tiup belon sampai pecah dan terus lari pecut sejauh 25 meter. Barang siapa yang berjaya melaksanakan kedua-dua perkara berikut dengan pantas dan bergaya, dia menang!

Setelah selesai majlis sukan kecil pada 22 dan 23 Februari yang lepas, maka dengan ini kejohanan sukan tahunan atau sukan besar SMKDS tahun 2010 telah selamat dianjurkan. Saya selaku bekas pelajar bersama rakan dan teman-taulan yang lain datang menghadirkan diri ke sekolah sebagai tetamu tak rasmi yang tak kehormat. Saya juga turut serta bersama Cikgu Hailmy untuk menjadi jurugambar majlis, tapi saya hanya suka-suka saja, sebab tu banyak gambar hancur, huhu. Datang sekolah pun lambat, tak sempat nak tengok acara perbarisan! rugi betul rasanya... Saing-saing dengan acara sukan ni, pelajar STPM 2009 sudah boleh mengambil result exam mereka. Ada yang nangis, ada yang sedih dan ada yang tak tahu apa dia nak rasa, haha, biasa lah kalau pelajar ambil result periksa macam ni, pelik-pelik. Haa... lihat lah apa gambar yang ada, ini jer yang sempat diuploadkan dalam blog ini.

reaksi pelajar STPM 2009 yang telah mengambil keputusan, pelik... huhu

kunjungan bekas pelajar SPM 2009 SMKDS yang menghangatkan suasana

Nota: Hasil tangkapan gambar untuk hari sukan ini tidak menyeronokkan bagi saya, tak ada mood nak snap gambar tapi happy! Kesimpulannya, tak banyak gambar menarik yang ada, maka, saya minta maaf. (Perlu ke? bukan disuruh pun, jadi tak kisah lah, hehe)

Nota: Salam Maulidur Rasul 1431H. Marilah bersama-sama kita berselawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita semua dapat ganjaran pahala yang berlipat ganda, insya-Allah.

Sunday, February 14, 2010

HARI SUKAN SKLTDI

SK Ladang Tun Dr. Ismail (SKLTDI) adalah sebuah sekolah yang terletak di tengah-tengah bahagian sebuah ladang sawit. Murid yang menuntut di sekolah tersebut adalah seramai 20 orang sahaja. Selain itu, 10 orang guru, seorang kerani dan 2 orang pekerja swasta turut bertugas di sekolah berkenaan. Kesimpulan dari kisah tersebut, pada 12 Februari, sekolah ini juga telah berjaya menganjurkan sukan tahunan mereka walaupun pihak pengurusan menganjurkannya kadang-kadang saja. Tahun 2010 inilah penganjuran sukan tahunan sekolah yang pertama sejak 3 tahun yang lalu. Oleh itu, saya dijemput untuk memeriahkan suasana sebagai jurugambar majlis, dan berikut adalah gambar yang sempat di rakam...

guru besar SKLTDI yang macho dan kachak

warga satu sekolah, 20 orang murid (sorang tak datang) dan 10 orang cikgu, hehe


Sinopsisnya disini, murid sekolah ini dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan, iaitu Hijau, Kuning, Merah dan Biru... sama macam sekolah lain. Setiap pasukan rumah terdiri daripada 5 orang pelajar dan kira-kira 2 orang guru, ramai bukan? kalau di sekolah saya dulu, satu pasukan rumah, sampai beratus orang pelajarnya yang menjadi ahli, hehe, sikitnya. Kalau di sekolah lain, hanya guru saja yang diberi hak keahlian rumah namun ianya berbeza di SKLTDI dimana pak cik jaga dan mak cik tukang kebun serta kerani sekolah pun ada rumah sukannya yang tersendiri. Hebat dan unik! Apabila sukannya berlangsung? Semua boleh turut serta termasuk ibu bapa, guru dan kakitangan swasta yang lain, huh meriah sangat! kalah sekolah yang ada pelajar beribu-ribu ramainya, haha! Acara bermula pada jam 9 dan akhirnya tamat pada jam 11.30 pagi. Gambar-gambar di atas adalah koleksi gambar yang sempat diuploadkan, sekian, terima kasih.

Nota: Acara sukan tahunan mereka lebih mirip kepada acara sukaneka. Meriah sekali!

Nota: SKLTDI adalah terletak di dalam sebuah ladang Sime Darby yang berlokasi di Simpang Renggam, Kluang, Johor, Malaysia. Saya adalah adik kepada salah seorang guru di sana.

Saturday, February 13, 2010

I'VE NO IDEA FOR ANY UPDATE

reaksi seorang budak yang kekeringan idea untuk update blognya, hehehe

Maaf, idea tak ada, dan masa pun tak ada dalam masa terdekat ni untuk buat update baru, jadi nantikan update besar-besaran yang akan datang, insya-Allah.

Wednesday, February 10, 2010

CANTIK KE?

Fesyen zaman sekarang... cantik eh? Tepuk dada tanya selera, hehe.

Thursday, February 04, 2010

PICTURE POST ON DEMAND

seorang pemuda yang sungguh comel bersama 'bunga orang rewang' di bajunya

Tetamu undangan semasa kejohanan berlangsung, hehe

para pejuang pasukan rumah merah untuk acara sukan SMKDS yang akan datang

berkenaan aksi remaja ini, tiada apa yang boleh diperkatakan, kecuali? geleng kepala saja, ish ish ish...

Sekian, gambar-gambar tersebut dipamerkan adalah daripada permintaan mereka sendiri. Itu saja yang ingin dikatakan oleh saya, bye-bye.