Saturday, February 04, 2012

PERSIAPAN TERAKHIR - AD DINNER GALAXY

AJK tertinggi memberikan taklimat kepada pelajar semester 1, 2, 3 dan 4 tentang perjalanan majlis, mengenai pengangkutan, pakaian, dan sesi soal jawab.

Taklimat kepada semua pelajar semester 4, untuk penyerahan tugas terakhir majlis AD Dinner Galaxy dan penerangan terperinci aturan majlis.

Ashraf Omar, orang disebalik tabir untuk design segala poster, lanyard, streamer dan banner untuk kegunaan majlis.

AJK props dan AJK lain yang turut serta dalam persediaan props AD Dinner Galaxy.

3 Februari 2012, pelajar semester 4 Fakulti Senilukis & Seni Reka (AD) akan menganjurkan majlis makan malam yang bertemakan galaksi. Setelah beberapa siri mesyuarat AJK dan pelaksanaan tugas yang telah diberikan, gambar-gambar diatas menunjukkan persiapan terakhir mereka sebelum menjelangnya AD Dinner Galaxy pada esok harinya. Mereka bekerja di Foyer Fakulti AD dari malam hingga ke esok pagi. Persiapan pada malam tersebut adalah menyeluruh. Peserta persembahan juga datang untuk berlatih dan mereka buat raptai ringkas. Tengoklah gambar yang ada. Terima kasih.

Nota: Kesemua gambar diatas adalah tanpa flash, ISO 4000 ke 6400, dan tidak diedit. Semua original! haha.

Nota: Update tentang perjalanan majlis akan menyusul, tunggu!

No comments:

Post a Comment