Friday, February 17, 2012

MUSIM MENUAI PADI - KG. BUJANG

Kg. Bujang terletak di kawasan Bedong, Kedah, kira-kira 6km dari UiTM Kedah. Bedong pula berada di kawasan parlimen Merbok, dimana ia terletak dibawah pentadbiran daerah Kuala Muda, Kedah. Sawah padi merupakan sebahagian besar kawasan tanah di Kg. Bujang selain kawasan penempatan penduduk. Bermula pada bulan Januari yang lepas, kelihatan musim menuai padi telah berjalan. Disitu aku dan rakan melawat kawasan sawah padi tersebut, disamping mengambil ketenangan dari pemandangan yang cantik.

Rasa ketenangan kampung sangat dirasai, dimana kurangnya trafik kenderaan di jalan raya. Kanak-kanak juga kelihatan bebas mengayuh 'fixie' di tengah-tengah jalan raya. Bayuan angin sangat menenangkan jiwa. Tapi, lagi cantik suasana di sana jika padi sedang menghijau, ditambah pula dengan keindahan pemandangan Gunung Jerai dari jauh. Langit yang biru dan berawan juga menambahkan keindahan pemandangan tersebut. Syukur aku dapat rasa benda ni.

2 comments:

Mohd Khairi Khadzir said...

wow nice view ..backgroung gunung tu ...

Afiq Syahmi said...

yupp mmg cantik

Post a Comment