Thursday, July 30, 2009

APA YANG PERLU...

Cerita ini agak ringkas untuk diringkaskan dan ceritanya berbunyi begini. Apa yang perlu ada pada diri anda sebagai seorang remaja lelaki yang ingin keluar pergi jalan-jalan?

PERTAMA
Dompet! Dan kalau anda belum memiliki alat ini, pilih lah dompet yang lebih kurang sama dengan ilustrasi yang ditonjolkan dihadapan. Ingat! jangan sekali-kali pilih dompet yang berbunga-bunga sebab dikhuatiri anda akan digelar Mat Bunga. Anda ingin digelar dengan gelaran yang sedemikian? Kalau anda berhajat untuk memiliki gelaran itu, belilah dompet yang berbunga-bunga yer. Tetapi, kalau dompet dah ada, apa pula yang anda perlu isi di dompet anda? Di dompet anda perlu ada apa ek?

Sudah tentu sekali uwang! duit! dan money! Dengan duit, barulah anda akan dilihat sebagai remaja lelaki yang berwawasan lagi hensem. Misalan kalau anda seorang yang bergigi ompong dan tidak hensem sama sekali, tetapi! dengan duit anda boleh menjadi hensem, kacak dan macho di mata perempuan yang inginkan duit, hehe. Erm, kesimpulannya, duit ini penting untuk kita membeli kemudahan dan barangan yang memudahkan kita seperti PSP, PS3, iPhone dan makan. Oleh itu, lagi sekali mahu diingatkan, tak ada ilmu tak adalah duit dan kalau ada ilmu, insyaAllah duit akan datang cari anda.

KEDUA
Yang kedua pada saya penting adalah jam tangan. Dengan adanya benda alah ini, kita boleh jadi sedikit peka dengan masa seperti mana pepatah jawa mengatakan, we were wise if we do manage time very well. Tak kisah lah walaupun jam itu mahal, murah atau jam tikam kat kedai Ah Seng, yang penting ia dapat menunjukkan waktu di mana itu dapat mengelakkan kita daripada khayal dengan benda yang kita lakukan.

KETIGA
Ketiga dan yang terakhir, handphone! Dengan telefon bimbit ini, ia memudahkan kita untuk dikesan dan yang penting sekali mudah mak bapak kita call untuk suruh kita pulang ke rumah ketika kita syok jalan-jalan. Keduanya, handphone tu lebih elok dan berseri kalau ada kamera dan lagi bagus kalau ia dilengkapi kamera yang banyak megapikselnya. Maka dengan itu, kita dapat merakam saat-saat indah yang berlaku secara tiba-tiba di depan mata kita jika kita tidak membawa kamera.

4 comments:

tuan punye blog said...

ko korang lagi satu..... kalo ko takde yang satu ni maknenya ko belum baligh lagi hehe... kalo ko nak tau... yang keempat mesti ada awek, baru lengkap hehehe.... ko dah ade awek lomm?

Syafiq Sarkawi said...

bahaha.kau dah ada awek belum?

Anonymous said...

hahaha... ko dah ada awek belom? Ngaku jangan tak ngaku.

Afiq Syahmi Adanan said...

haha... jwpnnye: jeng jeng jeng... belom!

Post a Comment