Monday, June 01, 2009

JALAN-JALAN

Sedang saya dilanda kebosanan, tiba-tiba saya mahu bercerita... kisahnya begini. Seperti post yang lepas, saya ada kata yang saya akan pergi bertolak ke Negeri Perak. Ya! ia benar lagi fakta, akhirnya pada jam 9 pagi, Sabtu 30 Mei 2009, saya bersama family bertolak dengan excitednya ke Negeri Perak.

Kereta Rosak
Mengikut rancangan asal, tujuan asal kami ke Perak adalah kerana ingin menghantar sepupu saya menunaikan hajatnya, iaitu berkahwin. Rombongan disertai oleh saudara-mara terdekat yang terdiri daripada 4 buah kereta. Saya dan keluarga bertolak dari Batu Pahat manakala 3 kereta yang lain bertolak dari Tangkak. Menurut rancangan, kami akan bertemu di Perhentian Ayer Keroh, Melaka. Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba kereta yang dinaiki saya menjadi semput ibarat seorang manusia yang sesak nafas. Meter dashboard kereta sudah tidak lagi berfungsi. Apa lagi, ayah saya selaku pemandu, mengambil keputusan untuk keluar ke susur persimpangan yang terdekat, iaitu Persimpangan Ayer Keroh kerana bimbing akan apa-apa yang akan berlaku nanti. Sampai sahaja di tol pembayaran, tiba-tiba kereta kami mati, terpaksalah kami tolak kereta itu ke tepi jalan. Huh, malu seyh! ramai orang tengok!

Pening kami fikirkan apa yang berlaku. Setelah beberapa minit kepeningan, kami didatangi oleh seorang insan prihatin (berbaju kuning di gambar) yang bertanyakan apa masalah kami. Setelah diterangkan secara terperinci, beliau paham apa yang berlaku. Selang 1 minit setengah kemudian, beliau terus dapat mengesan masalah yang berlaku. Apa masalahnya? wayar charger kereta tercabut rupanya, patutlah kereta tak boleh hidup, terang beliau lagi. Setelah meminta bantuan PLUS RONDA, akhirnya masalah tersebut selesai dan kami teruskan perjalanan.

Dah Sampai Perak
Kira-kira 5 jam perjalanan termasuk rehat, kami sampai ke destinasi. Iaitu rumah penginapan kami untuk satu malam. Ini kerana, majlis nikah akan berlangsung pada sebelah malam dan majlis sanding akan bermula pada keesokan harinya, jadi sebab itu kami terpaksa bermalam di Perak untuk sehari.

Sampai-sampai sahaja kami di rumah penginapan... kami terlihat satu poster. Awas! kamu berada di kawasan Denggi. Hah, sebab itu ada orang sembur nyamuk, haha.

Majlis pernikahan yang berlangsung. Ermm... Mempersembahkan! encik kameraman MohdShairulFaiz...! Beliau kelihatan begitu ganteng sekali ketika bertugas, haha.

Keesokannya
Saya bersama saudara yang lain pergi ke Restoran Mamak untuk bersarapan. Sedap-sedap berbual, tiba-tiba Bang! sebuah van melanggar sebuah motosikal di simpang. Alhamdulillah tiada siapa yang meninggal di tempat kejadian. Hanya motosikalnya sahaja yang cedera teruk. Penunggangnya pulak? sihat wal-afiat lagi... nasib baik tak cedera. Tapi mereka bergaduh mulut pulak sebab si penunggang mintak ganti rugi, tapi apek si pemandu van nih pulak kata, saya tak ada wang. Ermm, tak tahulah apa kesudahannya. Tengah hari pula, kami serombongan pengantin bertolak ke Pengkalan Pegoh, iaitu lokasi rumah pengantin perempuan. Duduk diri makan minum, maka berlangsunglah sudah Majlis Persandingannya. Sesudah majlis itu, kami pun pulang.

Bersambung...
akan bersambung kemudian kerana saya mahu tidur dulu, terima kasih kerana sudi membaca cerita ini walaupun agak memang bosan... wassalam.

3 comments:

afiqwan said...

Haha..

cik erin said...

abg photographer mmg hebat.
ngee:D

syahmi said...

yea hebat! ingin nak jadik mcm dia... =)

Post a Comment