Tuesday, June 30, 2009

INGATAN & KENANGAN

Tempat: Parit Sulong, Malaysia
Tarikh: Januari 2007
Masa: Siang-siang
Kejadian: Banjir besar kali kedua sejak Disember 2006
Jurugambar: Saya dan Akmal

Walaupun banjir, kehidupan tetap diteruskan seperti biasa. Kesemua gambar diatas menunjukkan kegiatan harian rakyat Parit Sulong yang sedang meninjau keadaan sekeliling.

Sekolah tetap perlu diteruskan walau apa yang berlaku sekali pun. Kerana kamu kena ingat, pelajaran itu penting! Jangan mudah mengalah walaupun diuji dengan sedikit cubaan. Erm, kegigihan pelajar SMKDS untuk menghadirkan diri ke sekolah amat dikagumi walaupun terpaksa meredah banjir dan kadang-kala mereka terpaksa tahan lori sayur yang lalu kat tepi jalan untuk tumpang ke sekolah. Gambar ini adalah contoh kegigihan mereka. Tahniah! anda hebat!

Kenapa saya upload gambar peristiwa lama ini? Sebab saja nak bagi ingatan kepada kamu semua... mungkin peristiwa itu bakal berulang kerana dunia nih dah tua, jadi banyak-banyaklah bertaubat yer. Sekian... =)

No comments:

Post a Comment