Sunday, June 14, 2009

CUTI DAN KAHWIN

Waktu cuti, mesti ada orang kahwin kan? Jadi sementara cuti nih, aku cuba cari pengalaman dengan menjadi tag team kepada abang saya sebagai second photographer, sekali gus merangkap sebagai pembantu beliau iaitu tukang angkat beg.

Tarikh : Ahad, 7 Jun 2009
Tempat : Tangkak, Malaysia

Once upon a time, sepupu saya nak kahwin dan hire abang saya sebagai jurugambar rasmi, jadi saya pun ikut sekali. Dari apa yang saya lihat, orang sekarang yang nak kahwin nih kena dengar cakap jurugambar. Kalau disuruh duduk kat tanah yang tiada pelapik tilam, jangan dibantah... silalah lihat gambar di bawah. Hehe.

Yeah, tengok lah, ni kat kebun getah tau. Banyak gila nyamuk... tapi sebagai pasangan pengantin, kenalah tabah menghadapi cabaran demi untuk memudahkan jurugambar supaya senang nak dapat gambar yang cantik. Kalau cantik, gambar tu boleh di ingati sepanjang zaman. Kalau tak cantik? entah-entah besok dah lupa sebab dah dibuang dalam tong sampah. Jadi, tak ada lah kenangan, haha.

Kemuncak majlis perkahwinan sepupu saya tuh, ada seorang adik datang dari KL. Nama adik nih aku tak tahu, tapi yang pasti dialah juara rancangan realiti tv yang bertajuk Idola Bintang Kecil terbitan TV9, siap menang RM10 000 lagi tuh, fuh! By the way, agak sedap jugak dia nyanyi.

4 comments:

cik erin said...

sy suka jadi org blkg tabir utk photoshoot.
sgt best! :D

*ehh budak itu ye??

Afiq Syahmi Adanan said...

mmg best sbb tak setension jurugambar

iya... betul.. nape? x caye? hehe

Amir Afando said...

eh. takde lah. aku sperti org lain juge. hii~ :)
wah. lawa2 gmbr. ko dok johor eh? oho. klo aku mai johor leh ah ko jd tour guide aku? hihi.

Afiq Syahmi Adanan said...

aku pun same gak... huhu

haah aku org johor. kau org mane?

Post a Comment