Tuesday, June 23, 2009

STRESS

sekadar gambar hiasan


Minggu ini saya rasa amat tertekan, tertekan, tertekan, tertekan dan tertekan.

Terlalu banyak kerjarumah yang datang mengunjung tiba walaupun tidak dipelawa sama sekali. Sentiasa sahaja ada kerjarumah yang menagih permintaannya untuk dihantar pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira jadual waktu persekolahan, waktu rehat di rumah dan juga perkara-perkara lain yang termaktub dalam kehidupan seharian saya.

Tidak cukup dengan itu, hal-hal mata pelajaran lain yang tidak kurang hebat kerjanya juga acapkali datang menghampiri saya walaupun waktu teramatlah mencemburui saya.

Namun, tidak kira dengan apa cara sekali pun, saya tetap perlu menghabiskan kerjarumah saya walaupun dapat dilihat bahawa neurone dan saraf-saraf yang tercipta rapi di dalam badan saya kian longlai dimamah tekanan perasaan sehinggakan ia menganggu kualiti hidup, tidur dan juga dapat mengucar-kacirkan waktu makan tengah hari saya dimana ia telah menyebabkan saya sakit perut.

Manakala dan akhirnya, pusat kawalan otak saya dengan sendirinya tidak dapat membuat keputusan yang sempurna untuk menyempurnakan segala kerjarumah yang sempurna sekali banyaknya di dalam senarai menunggu.

Dan untuk penghabisan cerita, saya dapat mengetahui suatu hakikat bahawa segala kerja yang telah saya lakukan adalah tidak sempurna dan tidak lagi berguna kerana saya telah melakukan teknik copy and paste... Aduhai apalah nasib.

'bagus juga semua pelajar pada tahun hadapan dah dihadkan untuk ambil 10 subjek sahaja'

gambar kami nak hilangkan tekanan

Bilalah aku dapat bebas dari cengkaman stress ini? Seronoknya kalau gitu.

6 comments:

aika atifa said...

ko ilang kan stress bling kasut..
ape barang..
ak baling tv, icebox, mcm2 lg la..
bru la berkesan..
uhhuuhuhu..

Afiq Syahmi said...

buat r cepat! aku nak tengok kau baling icebox... mane? x de?

TUAN PUNYEE BLOG said...

kalau nak ilangkan streess terjun banggunan laaa..... lebih berkesan

Afiq Syahmi said...

itu nak mati jerr... haha

::aika:: said...

btul tu..ilangkan stress terjun bangunan..seumur idup tenang je..

Afiq Syahmi said...

terjun bangunan, nanti mati dan hukumnye bunuh diri dan hukumnye dosaa!

Post a Comment