Dalam kisah ini, saya ingin mengisahkan kisah saya yang ingin belajar memformat komputer. Lagi pun, komputer saya sedang nazak dan hanya menunggu masa untuk ditelan virus. Dulu-dulu, saya takut yang segala data penting di dalam cakera keras saya akan hilang jika saya memformat... jadi saya tangguhkan dulu hasrat saya untuk format walaupun virus sudah beranak-penak di dalam system komputer. Namun, pada tarikh 12 Jun, bersamaan dengan hari jumaat, saat kelihatan semakin genting. Aku kena siapkan kerja kursus ICT, tapi masa itulah virus mengganas. Erm, nak tak nak terpaksa lah saya jalankan aktiviti format dan ia dimulakan setelah sedikit aktiviti back up sudah selesai.
Dah sedang dalam proses, perasaan takut mula menjadi yakin kerana saya meyakinkan diri saya, yang ia akan berjaya, hehe. Jadi, saya tunggu saja lah proses itu. Lama betul prosesnya, dah la masa itu awal pagi, kira-kira jam 2.30 pagi kot.
Esok Hari
Rupa-rupanya saya ada janji temu bersama dengan dua orang rakan untuk sama-sama buat research tentang ICT. Research tersebuat adalah berkenaan kerja kursus ICT dan ianya perlu dihantar pada hari Isnin. Lokasi adalah bertempat bilik tidur saya.
Inilah salah seorang rakan saya yang datang ke rumah. Beliau kelihatan sungguh komited dan tekun sekali dalam menjalankan kerjanya... lihat sahaja tangannya di imej kat atas. Agak blur kan? maksudnya disini, kelajuan tangannya menaip sungguh hebat! hingga kamera tak dapat menangkap gambar dengan baik. Walaupun komputer itu menyakitkan hati kerana serangan virus yang amat mengganas, tangannya masih menaip dengan laju sekali, hehe.
Nampaknya, rakan saya yang lagi satu ini malu untuk diambil gambarnya. Jadi hanya inilah yang sempat diambil. Beliau mengelakkan dirinya daripada lensa kamera dengan sungguh pantas! sehingga menjadikan hasil gambar dirinya ini menjadi kabur dan tak dapat dikenal pasti, hehe.
Inilah mereka berdua... Fauzan berbaju hijau dan Afiq Ohm berbaju merah. Kepada Fauzan, aku masih tidak paham kenapa kau buat macam tu. Kenapa ek?
Setelah mereka balik, keadaan amat-amatlah terdesak kerana komputer semakin biol dan menjengkelkan. Jadi, saya bersama kakak saya dengan pantasnya menghantar komputer ini ke bandar Batu Pahat untuk diformat. Mahu tak mahu, terpaksa saya bayar sebanyak RM45 kepada tukang mengformat komputer itu. Fuh! habis duit aku. Tapi akhirnya, komputer saya dapat juga diformat dan sekarang komputer saya dapat beroperasi dengan laju dan maju sekali.
Jadi, sebagai pengajaran, janganlah tangguhkan kerja dan belajarlah rajin-rajin supaya lain kali boleh format sendiri saja kat rumah, boleh jimat RM45.
Sekian saja, wassalam.
6 comments:
Kamera lopek bukan dia taip laju sangat
ye ke? anda pasti?
encik fauzan sorg yg pemalu rupanya.
hahahahah..! :D:D:D
sedap sakat ni:D
kalau nak sakat, minta kebenaran dia dulu tau...
mesti dgn tersipu-sipu malu dia berkata, tak boleh... haha
hahah. kalau mintak kebenaran bukan sakat namanya.
patut la mcm tak pernah jumpa gambar dia dekat blog sendiri.
hahah. kantoi!
kantoi!! mmg da kantoi... haha
Post a Comment