Sunday, January 24, 2010

GAYA HIDUP SIHAT - BERKEBUN!

Bangun dari tidur pada waktu bila-bila masa kamu mahukan adalah impian kamu bukan, bagi pelajar sekolah menengah ni? Okay, impian itu semua orang akan rasainya apabila kamu sudah tamat menjalani SPM, iaitu semasa menunggu keputusan. Persoalannya, adakah setiap hari kamu akan berulangkan rutin harian bahawa kamu akan tidur pada lewat malamnya dan bangun keesokkan pada waktu tengah hari? adakah ia seronok dan adakah ia sebuah gaya hidup yang sihat? Jadi, luangkan lah masa kamu dengan aktiviti berfaedah... sebagai contoh, berkebun. Gambar dibawah adalah satu contoh murni dimana mereka mengamalkan aktiviti berkebun, bukan sahaja badan akan menjadi lebih sihat, tetapi mereka dapat duit upah! Bagus tu, 2 dalam 1 beb! hehe.

dia adalah watak utama dalam post saya kali ini kerana kebun ini adalah kepunyaan beliau, hehe

mengumpulan batang-batang kayu untuk proses menandakan kawasan benih pokok

tanda-tanda yang telah disiapkan

Aktiviti yang kami lakukan adalah memancang, iaitu sebuah proses untuk menandakan bahagian tanah yang akan dimasukkan benih untuk penanaman pokok kelapa sawit. Tanda untuk meletak benih dilakukan secara sistematik, iaitu secara lurus dan teratur di kawasan tanah lapang. Tempat yang ditanda akan diletakkan sebatang kayu dan diikat dengan secebis plastik berwarna dihujungnya sebagai petanda.

mengukuhkan batang tanda untuk penanaman biji benih pokok kelapa sawit

proses mengukur bagi memastikan setiap tanda tempat menanam benih mempunyai jarak yang sama

mengukur antara satu tanda kepada satu tanda yang lain

seorang pekerja sedang melekatkan sebatang kayu dikawasan yang ditetapkan sebagai tanda

berehat setelah berjam-berjam bekerja

Lokasi adalah di Kampung Parit Pulai, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Setelah tiga hari berturut-turut bekerja, akhirnya seluruh kebun yang seluas 6 ekar itu telah siap ditanda tempat-tempatnya untuk peletakan biji benih untuk penanaman pokok kelapa sawit. Upah yang diterima oleh setiap seorang adalah sebanyak RM65. Banyak tuu, bagus... bagus.

8 comments:

chick ika said...

aku nk join bole tak ? ahaha.

GH said...

wei..dorg nie mmg ad bakat berkebun tp byk lagi drg kne blaja dri aq!1haha mcm pro je aq niee..kte org byk ilmu byk pengalaman..tp kn aq mmg xpuas aty mamat wtk utama 2..da la xajak aq berkebun, msj x lagi la mskal..zzz..xpe2 2 die pnye idup xnak ajk membe bek die, aq xksah..hehe sbab msti xbesh tnpe aq..^^,)!!

Afiq Syahmi Adanan said...

chick ika, marilah... jom! huahaha

GH - haha tanye lah tuan punya kebun, :D

N.A.A.K aka eika said...

wah!!!syioknyer kowunk!!!bguih2 truskn..jap2!!lme sungguh xku lihat mamat sekor nie sjak fly sbp ktakn..huahahaha=p

Afiq Syahmi Adanan said...

hahaha... mmg best! join yok? keh3... ohh najib? jumpe la dia skrg, dia ade jerr

cik erin said...

bestnyeeeeee.....!
jealous jealous.

oh ye.
SMK Lembah Keramat dengan SMK Taman Keramat agak jauh walaupun namanya dekat-dekat.
SMK Lembah Keramat bersebelahan SMK Sri Keramat (dulu SMK Lembah Keramat 2)
SMART dalam kawasan AU2.
kalau awak rajin boleh cekidout dekat google map. :D

eh cop.
ada kawan sekolah sana ke?
kawan2 saya agak ramai jugak dekat sana.
selalu keep in touch.

cik erin said...

eh cop.
family kak ika da pindah kl balik?
skola lembah?
haih nape tak skola keramat balik je..

sy kenal zulikha, izwinda, zetty, azra tu.
cop cop.
chick ika tu zulikha kan?

Afiq Syahmi said...

yea! betol... ooo kenal rupenye!
em, diorg x nak skola taman keramat balik sbb katenye, SEGAN... hehe

Post a Comment