Monday, January 11, 2010

SPM PASSER-BY STORY

sekadar gambar hiasan

Dulu, orang kata waktu tempuh nak tunggu result SPM ni waktu idaman, ya lah, tak perlu bangun pagi, tak perlu pergi ke sekolah dan yang penting tak perlu buat homework. Aku rasa mungkin kamu silap kerana kita sudah semakin susah nak berjumpa dengan kawan. Jika kamu kerja sekali pun, kamu tetap tak dapat mengulangi keseronokan kamu kerja itu sama ketika zaman persekolahan dulu. Haha. Bosan. Bosan sebab kita akan buat benda yang sama setiap hari. Psikologinya, manusia mahukan setiap benda yang berlainan baru otak akan rasa gembira, tetapi kalau sebaliknya? tentu bosan bukan? Ya lah, di sekolah kita ada aktiviti kokurikulum, kadang-kadang ada lawatan disamping kita belajar di dalam kelas, ha, kan itu sudah berlainan aktiviti yang dilakukannya. Tetapi misalnya jika kamu kerja kilang sementara tunggu result ni, sepastinya kamu akan membuat pergerakan kerja yang sama setiap hari. Masuk awal pagi, langit masih gelap dan balik kerja pun langit gelap sebab sudah malam. Semacam meaningless bukan seharian yang sudah kamu habiskan? Kesimpulannya, gunakanlah waktu bosan kamu ini dengan sebaiknya, dan pastikan ia membawakan kamu duit. Jadi, untuk pesanan para pembaca yang masih bersekolah, ingatlah pesanan klasik ini, belajar betul-betul dan pilihlah jurusan yang menjurus ke arah pekerjaan yang sempurna untuk mengembirakan hati kamu. Haha. Macam ini lah gaya ayat seorang pembosan yang kehilangan idea untuk menulis dengan lebih baik.

berniaga burger, aktiviti lazim pelajar lepasan SPM yang menunggu keputusan

ekspresi seorang bekas pelajar yang melihat karya terbaru teraju versi 19 ini

Beginilah rutin yang tidak agak harian, tetapi perkara yang kerap kali kami lakukan untuk mengisi masa lapang yang ada. Apa lagi, kami adakan TT kecil-kecilan. TT adalah Teh Tarik Session di mana ia merupakan singkatan professional bagi orang yang duduk di warong untuk minum-minum dan nama sinonimnya adalah ngeteh. Sudah, tinggalkan ayat tersebut dan mari kita sambung ke cerita yang sebenarnya ingin saya sampaikan, iaitu tentang Teraju V19. Pandangan pertama saya, cantik! Banyak peningkatan. Namun yang tak seronoknya, semua isi kandung gambar di dalam adalah hitam putih. Bagi saya, melihat hasil gambar yang cantik adalah tidak sempurna tanpa melihat paduan warnanya sekali. Itulah kelemahan jelas yang ditonjolkan dalam Teraju V19 ini. Namun, dilihat pada kata-kata tuan besar editor, En. Hailmy, beginilah ulasannya.
" Mau bikin majalah sekolah yang ade colour, mahal maa... kamu mau bayar ke? majalah yang ada sekarang yang harga baru RM10 pun kamu tak mau bayar, kalau saya bubuh warna dalam itu majalah? nanti harga lebih, kamu mau bayar ke? "
Demikian sudah lah permasalahan yang timbul dalam teraju, jadi apa lagi? Pihak sekolah bertindaklah... bagi lah support kewangan yang lebih sikit. Mungkin gempak nanti hasilnya untuk Teraju V20 pada tahun yang berikutnya, insya-Allah.

dari sudut pandangan kamera sebuah rumah

Inilah rumah yang paling mudah dilawati ketika kamu singgah ke Pt. Pulai. Dan inilah rumah yang menjadikan konsep 1Malaysia telah berjalan dengan lancar di mana En. Ng Ming Yip dengan kerap kalinya melawat rumah ini. Malangnya, tiada india yang pernah datang setakat ini. Selain itu, rumah ini jugalah yang telah mengisikan masa terluang kami selama ini semasa menunggu result SPM dengan mengadakan perjumpaan dimana kami kerap membincangkan tentang bisnes dan perniagaan yang selalunya dibentangkan oleh En. Fauzan. Inilah dia multipurpose house. Haha.

That's all, gotta go. Bye...

2 comments:

GH said...

hahahahahah..GILER LU MAT!!!gua ske edit ko kali ini..wei aq bosan ar tuggu result nie..ase cm nak g sekla tgk mke c. sally klagi..peh windu dol kat dak2 nye..(T_T)
ap2 hal,, kalu ad pojek jgn lupe call aq!! GH aka zzz

Afiq Syahmi said...

btol2... haha okey

Post a Comment