Thursday, August 13, 2009

SELESEMA BABI

Baru-baru ini, dengar cerita ada seorang pelajar dari SMK Dato' Sulaiman telah disahkan positif H1N1. Dia adalah pelajar dari tingkatan 1 PMR 4 atau 1D. Bahaya tu! Jadi, lindungilah diri kamu dengan memakai topeng muka atau bahasa jawanya, mask. Anda pakai itu, insya-Allah selamat.

Untuk pengetahuan anda, nama lain untuk selesema babi adalah virus influenza A H1N1. Virus ini amat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Dipercayai, virus ini menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, dan titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berterbangan di udara.
  1. selesema
  2. demam
  3. batuk kering
  4. letih lesu
  5. kurang selera makan
  6. sakit tekak
  7. rasa loya
  8. muntah
  9. cirit-birit
Senarai di atas adalah antara tanda-tanda penyakit ini. Jika anda mengalami tanda ini, terutamanya demam, batuk dan selesema, segeralah ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Jangan risau, jika dirawat dengan segera, anda boleh sembuh. Ingat! berjaga-jaga! Pakailah topeng muka jika anda berada di tempat awam yang sesak dengan orang ramai dan amalkan-lah kebersihan diri sendiri.

Nota: Pakai lah topeng muka atau mask jika anda mahu ke sekolah. Marilah kita bersama-sama membudayakan amalan memakai topeng muka ke sekolah atau tempat awam yang lain demi untuk kesihatan manusia sejagat.

Nota: Ayat yang dipotong itu adalah hasil daripada ketidakpastian tuan punya blog ini terhadap kesahihan cerita yang dipaparkan. Harap maaf.

2 comments:

Syazwi Aljabri said...

Fuyoo muka macam bakal doktor la! Bahaya nie, dah dekat nie dengan SMKPS , mesti pakai mask! Semoga kita semua dijauhi penyakit H1ni1 ini.

Afiq Syahmi Adanan said...

aminnn... moga-moga kita dijauhkan dgn pnyakit ini insyaAllah

Post a Comment