Sunday, August 16, 2009

HAPPY BIRTHDAY?

Macam inikah kejutan sambutan hari jadi yang anda inginkan? Sambutan hari jadi dengan membaling tepung dan air kepada orang yang menyambut hari jadinya? Oh! malang sekali ini lah sambutan yang paling teruk untuk dirasa oleh si penyambut hari jadi walaupun ia seronok untuk ditonton. Hehe. Kesimpulannya, janganlah buat sambutan hari jadi yang sedemikian rupa kerana ini amat membahayakan kesihatan jika tepung itu terkena pada mata.

Haa, kan elok kalau kita buat kejutan selamat hari jadi kepada kawan baik kita dengan kejutan yang aman, seperti gamba di atas ini. Kita belikan kek, bagi kat dia, kan elok macam itu daripada kita baling tepung, ye tak?

Nota: Selamat Hari Jadi yang ke-17 pada 15 Ogos lalu kepada Fahmy si budak yang kena baling tepung itu dan sekali lagi Selamat hari Jadi yang ke-17 juga kepada Hasnani pada 13 Julai yang lepas. Erm, saya rasa kan... elok tepung yang dibaling itu, kita buat kek kan? Boleh makan ramai-ramai, hehe.

Nota: Kejadian disaksikan oleh Cikgu Abu Zayin dan Cikgu Kamariah. Mereka yang terlibat berasa menyesal dengan tindakan yang telah mereka lakukan setelah ditegur oleh Cikgu Kamariah. Kemudian, Cikgu Abu Zayin mengarahkan mereka yang terlibat untuk kemas semula kawasan yang telah kotor akibat dari sisa tepung yang telah dilontarkan. Sekarang, keadaan telah kembali kepada asal... dan kata mereka yang terlibat (dalam hati)...

cikgu, kami janji! kami tak buat lagi.

6 comments:

Anonymous said...

kan baik tepung tu buat kek daripada buat baling

Afiq Syahmi Adanan said...

betul tu, kalo buat kek bole kita makan ramai2.

Fatihah N. said...

kitorang penah wat surprise bday to amalia
sedap mkn kek
kwn baik malia sponsor!

Afiq Syahmi Adanan said...

sronok kan kita kejut2 kan kwn kita mcm ni... makan kek n have fun. tp jgn la smpai baling tepung ekk? haha

cik erin said...

sy hampir kena.
11012008. huhuh.

*skrg aktif buat kek. :D

Afiq Syahmi Adanan said...

oh.. haha... awk kene ke dulu? hooo kesian gile dgn org yg kene tepong tuh

Post a Comment