Tuesday, August 11, 2009

KARNIVAL TEKNOPEN 2009

Pada hari sabtu yang lepas, saya ada menyertai sebuah pertandingan mengedit gambar digital sempena dengan Karnival Teknopen 2009 yang bertempat di SMK Tun Sardon. Pertandingan ini juga turut disertai oleh 25 buah sekolah yang lain daripada seluruh daerah Batu Pahat. Gambar yang perlu diedit adalah berbentuk poster. Turut bersama saya adalah 3 orang rakan yang lain untuk pertandingan yang lain seperti kuiz ICT, membina laman web dan buka pasang komponen komputer. Kami diiringi oleh seorang guru pengiring.

Gambar poster diatas adalah hasil daripada olahan saya ketika pertandingan mengedit gambar digital berlangsung dan berikut adalah butiran lanjut tentang Karnival Teknopen 2009 ini.

Tarikh
- Sabtu, 8 Ogos 2009
Tempat
- SMK Tun Sardon, Rengit, Batu Pahat
Masa
- 9 pagi hingga 5 petang
Guru Pengiring
- Pn. Ayu Darlu
Peserta Pertandingan Mengedit Gambar Digital
- Afiq Syahmi bin Adanan (5 SPM 1)
Peserta Pertandingan Membina Laman Web
- Mohd. Hazwan bin Shamsudin (2 RK 1)
Peserta Pertandingan Buka Pasang Komputer
- Mohd. Akhbar bin Sanusi (3 PMR 1)
Peserta Pertandingan Kuiz ICT
- Mohd. Hadri bin Hussin Chee (3 PMR 1)

Nota: Disamping Cikgu Ayu menjadi guru pengiring kami, beliau juga adalah salah seorang daripada juri untuk pertandingan buka pasang komponen komputer.

Nota: Peserta Kuiz ICT terpaksa menarik diri daripada menyertai pertandingan kerana mempunyai masalah teknikal dan akhirnya kami pulang awal, iaitu pada jam 1 tengah hari.

Nota: Perkataan Teknopen bermaksud Teknologi Pendidikan, harap maklum. Sekian, terima kasih.

Keputusan Pertandingan
Naib Johan untuk Pertandingan Mengedit Gambar Digital
Saguhati untuk Pertandingan Membina Laman Web

6 comments:

Adha said...

naib johan...boleh tahan

Anonymous said...

kenapa ami datuk menteri punya hodoh ea? Aku pun banyak tak puas hati dengan datuk menteri opss

Afiq Syahmi Adanan said...

adha, terima kasih... fauzan, kalau datuk menteri punya hodoh, mcm ne diorg johan? lol

Syazwi Aljabri said...

Tahniah!

Afiq Syahmi Adanan said...

terima kasih!

Anonymous said...

Afiq Syahmi dan Hazwan,

Tahniah atas kejayaan kalian. Akhbar dan Hadri, jangan putus asa. Tahun depan cuba lagi.

Post a Comment