Thursday, July 30, 2009

APA YANG PERLU...

Cerita ini agak ringkas untuk diringkaskan dan ceritanya berbunyi begini. Apa yang perlu ada pada diri anda sebagai seorang remaja lelaki yang ingin keluar pergi jalan-jalan?

PERTAMA
Dompet! Dan kalau anda belum memiliki alat ini, pilih lah dompet yang lebih kurang sama dengan ilustrasi yang ditonjolkan dihadapan. Ingat! jangan sekali-kali pilih dompet yang berbunga-bunga sebab dikhuatiri anda akan digelar Mat Bunga. Anda ingin digelar dengan gelaran yang sedemikian? Kalau anda berhajat untuk memiliki gelaran itu, belilah dompet yang berbunga-bunga yer. Tetapi, kalau dompet dah ada, apa pula yang anda perlu isi di dompet anda? Di dompet anda perlu ada apa ek?

Sudah tentu sekali uwang! duit! dan money! Dengan duit, barulah anda akan dilihat sebagai remaja lelaki yang berwawasan lagi hensem. Misalan kalau anda seorang yang bergigi ompong dan tidak hensem sama sekali, tetapi! dengan duit anda boleh menjadi hensem, kacak dan macho di mata perempuan yang inginkan duit, hehe. Erm, kesimpulannya, duit ini penting untuk kita membeli kemudahan dan barangan yang memudahkan kita seperti PSP, PS3, iPhone dan makan. Oleh itu, lagi sekali mahu diingatkan, tak ada ilmu tak adalah duit dan kalau ada ilmu, insyaAllah duit akan datang cari anda.

KEDUA
Yang kedua pada saya penting adalah jam tangan. Dengan adanya benda alah ini, kita boleh jadi sedikit peka dengan masa seperti mana pepatah jawa mengatakan, we were wise if we do manage time very well. Tak kisah lah walaupun jam itu mahal, murah atau jam tikam kat kedai Ah Seng, yang penting ia dapat menunjukkan waktu di mana itu dapat mengelakkan kita daripada khayal dengan benda yang kita lakukan.

KETIGA
Ketiga dan yang terakhir, handphone! Dengan telefon bimbit ini, ia memudahkan kita untuk dikesan dan yang penting sekali mudah mak bapak kita call untuk suruh kita pulang ke rumah ketika kita syok jalan-jalan. Keduanya, handphone tu lebih elok dan berseri kalau ada kamera dan lagi bagus kalau ia dilengkapi kamera yang banyak megapikselnya. Maka dengan itu, kita dapat merakam saat-saat indah yang berlaku secara tiba-tiba di depan mata kita jika kita tidak membawa kamera.

Saturday, July 25, 2009

CIKGU AHAMAD

Beliau adalah seorang guru yang paling berkaliber dan otai di sekolah, inilah dia Cikgu Hj. Ahamad bin Hj. Daiman. Beliau amat digeruni oleh semua pelajar yang paling gangster di sekolah, kenapa? kerana hikmat penampar, terajang dan rotannya amat memberikan kesan yang mendalam bagi mereka yang pernah mengalaminya. Menurut kenyataan beberapa responden yang dahulunya seorang kaki belit yang sejati, aura kegarangan beliau dapat di rasai berbatu jauhnya ketika mereka sedang bersembunyi di port belit. Dan menurutnya lagi, ketika ada pelajar sedang membuat nakal, beliau boleh muncul di mana-mana. Sebab itulah beliau diberi gelaran Harimau Berantai oleh Tuan Pengetua kami.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke link INI dan INI. Sekian, terima kasih.

Wednesday, July 22, 2009

SAYA BUSY

gambar hiasan ini mempamerkan aksi seorang pelajar seni yang sedang busy

Saya busy. Tadi jam 2.30 petang kayu itu sudah siap disyelek, maka selepas itu, saya busy lagi sekali bersama folionya. Kesimpulan yang dapat dirumuskan disini, saya busy.

Busy = Sibuk

Oleh itu, saya sibuk.

Tuesday, July 21, 2009

FRUST GILA

While I have a lot of stuff to post, my internet connection make it again. What again is it? Unavailability to surf the internet laa... I kinda weird because, the connection lamp on the modem show the good status but, I can't go through to the web either! sometimes I can surf to the internet but it lasting for only a few minute and lastly, the connection is interrupted. What the fut is it! Argh!

Note: I want to wish Happy 26's birthday to my elder brother, En. Akmal and thank you for commenting my captured picture on previous post =).

Wednesday, July 15, 2009

SELAMAT BERSARA

Peristiwa:
Majlis Persaraan Pn. Hjh. Sabariah (GPK1 SMK Dato' Sulaiman)

Tempat:
Hotel Novo Park, Batu Pahat, Malaysia

Tarikh:
Ahad, 12 Julai 2009

Masa:
3.00-5.00 petang
Jurugambar:
Saya dan dibantu oleh En. Fauzan

Pertama sekali, saya amat bersyukur kerana majlis ini dapat dijalankan dengan lancar. Pada mulanya, memang seram! Maklumlah, ini pengalaman pertama saya jadi jurugambar di sebuah majlis rasmi macam ini. Dan yang seterusnya, ada sedikit gambar hasil tangkapan dari majlis tersebut, mari sama-sama kita lihat...

Inilah barisan pentadbir sekolah kami. Mereka amat digeruni oleh pelajar-pelajar nakal di sekolah, terutamanya cikgu yang bersongkok haji dan berjanggut panjang itu, haha.

Tayangan perdana hal-ehwal Cikgu Sabariah semasa beliau masih bertugas di SMKDS. Tayangan tersebut memaparkan secebis kisah pahit dan manis beliau sepanjang berada di sekolah SMKDS ini. Tayangan tersebut adalah hasil kerja daripada guru media kami, iaitu Pn. Ayu yang sentiasa kelihatan ayu.

Aksi cikgu laki-laki kami yang sungguh sporting dan ceria. Merekalah guru yang mengajar saya dalam macam-macam subjek. Tapi, masa kat situ, macam kawan-kawan pulak, haha.

Huh! aksi Cikgu Jai menyanyi amat menarik perhatian manakala aksi Cikgu Hamdi pula? haha pitching banyak lari laa.

Cikgu Yusak yang otai dan beliau amatlah dikenali dengan janggut dan kereta volvonya, hehe.

Sedapnya tengok cikgu-cikgu perempuan makan, haha.

Sesi bergambar sebagai tanda penutup majlis. Kemudian, kita balik!

Haaa... rajinnye Cikgu Pau dengan Cikgu Azria.

Saya pun tidak melepaskan peluang bergambar dengan orang yang diraikan. Terima kasih kepada Cikgu Khai kerana sudi tolong ambilkan gambar kami dengan Cikgu Sabariah. Erm, maka tamatlah sudah post ini. Oleh itu, saya dan rakan-rakan yang juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bersara kepada cikgu dan semoga cikgu panjang umur dan murah rezeki. Sekian saja, wassalam...

Nota : Sudah sekian lama tidak berblogging, otak saya kekeringan idea dan tidak reti untuk menulis lebih panjang lebar. Anybody can teach me on how to be a good blogger?

SAYA SUKA KARTUN

Seingat dahulu, aku amatlah tidak menyukai cerita kartun jepun yang pelik-pelik dan bermacam-macam nih. Tetapi lepas aku tertonton cerita BECK ini, huh! best jugak. Kesimpulannya, inilah kartun genre manga yang saya suka setakat ini. Kalau manga yang lain-lain tu, aduhai... tak boleh masuk kepalalah, kenapa? sebab lukisan wataknya mesti bermata besar gila bersinar-sinar dan bermulut kecil sekecil lubang hidung dia. Haha.

Saturday, July 11, 2009

RINDU SEKOLAH LAMA

Sekolah rendah saya : SK. Parit Sulong (1999-2004)

Thursday, July 09, 2009

LUBUK RAMBUTAN

Pada suatu hari, kami pergi ke lubuk pokok rambutan yang tumbuh mengelilingi sebuah rumah. Rumah tersebut terbina di bawah bukit dan anak kepada tuan rumahnya diberi nama Muhd. Afiq bin Alias Bhrom. Lokasi adalah bertempat di Kampung Kolam Air. Diatas pelawaan ketat beliau, akhirnya dapat juga kami makan rambutan-rambutan tersebut, huu sedaapp!

Wednesday, July 08, 2009

KERJA KURSUS

gambar di atas menunjukkan tuan punya blog ini sedang tekun menyelesaikan kerja kursus PSVnya

Sekarang sudah masuk bulan Julai, erm sebenarnya bulan inilah bulan penghujung bagi kami yang mengambil subjek PSV, ICT dan RC untuk menyelesaikan kerja kursus masing-masing. Untuk itu, saya perlu menyelesaikan kerja kursus bagi kedua-dua subjek PSV dan ICT ini kerana saya menambah subjek tersebut untuk SPM. Penat beb! tapi kalau di fikirkan sejenak, berbaloi jugak =) Kepada pelajar-pelajar yang mengambil subjek PSV, ICT dan RC di seluruh Malaysia ini, semoga anda berjaya menyiapkan kerja kursus anda.

Rujukan
RC: Reka Chipta
PSV: Pendidikan Seni dan Visual
ICT: Information, Communication and Technology

Nota: Kini sedang sibuk menyiapkan projek database di Microsoft Access dan projek ukiran kayu.

Note: Thanks for any award (blogging award) submitted to me, I'll do it later yeah. I'm out of time laa, ermm, sorry for this inconvenience.

Tuesday, July 07, 2009

SEDIKIT NASIHAT

Ini ada sedikit nasihat daripada orang tua-tua, dengar nih! Lain kali, kalau kamu semua ingin menunggang motosikal, pakailah helmet yang lengkap lagi bervisor yer. Dengan itu, barulah perjalanan anda selesa dan selamat. Terima kasih kerana sudi membaca, sekian...

Visor = Pelindung muka pada helmet

Saturday, July 04, 2009

HARI KANTIN

GERAI ABC FUT FUT
GERAI BURGER KRABBY FAZLY

GERAI ROTI JOHN KIKILALA

ARTIS JEMPUTAN YANG TAK BERAPA FAMOUS TAPI AGAK TERKENAL


BUTIRAN LANJUT

Peristiwa:
Hari Gerko dan Keusahawanan (Hari Kantin) Sedunia 2009
Tempat:
Perkarangan SMK Dato' Sulaiman
Tarikh:
Sabtu, 27 Jun 2009
Masa:
Jualan bermula dari jam 9.00am hingga 1.00pm
Tukang Rasmi:
Terlupa lah nama dia, maaf
Jemputan:
Para Ibubapa dan orang luar yang nak datang

Siapa yang kait mengait dengan peristiwa ini, maaf lah kerana ini sahaja gambar yang sempat dirakam. Almaklumlah, saya pun sibuk dengan jualan di gerai, tak sempat sangat nak pegang kamera. Ermm, untuk yang lebih lanjut, sila klik SINI untuk mendapatkan paparan hasil gambar yang lebih mengghairahkan. Sekian saja dari saya, wassalam...

Note: Thanks for any award (blogging award) submitted to me, I'll do it later yeah. I'm out of time laa, ermm, sorry for this inconvenience.

Thursday, July 02, 2009

DUNIA SUDAH PANAS

gambar menunjukkan seorang lelaki yang berpeluh kerana kepanasan akibat daripada kesan pemanasan global ini

Disini, saya mahu menulis tentang satu fenomena yang melanda dunia. Seperti yang anda tahu, saya rasa dunia dah semakin panas. Duduk ke berdiri ke walau dimana sahaja kita berada, mesti berpeluh. Pagi-pagi je saya dah berpeluh... dan yang tak seronoknya disini, waktu malam-malam pun berpeluh padahal saya dah bukak kipas angin pada tahap kelajuan yang tertinggi. Ish.

Oleh kerana badan selalu berpeluh pada waktu sekarang ini, sudah tentu ia akan menyebabkan ketiak kita bau masam. Dah tu, mesti kena beli banyak minyak wangi dengan deodorant. Pergh! kena keluar duit!

Kesimpulannya disini, jagalah alam sekitar kita supaya kita dapat jimatkan duit dan dunia dapat terhindar daripada pelbagai kesan buruk akibat dari pemanasan global ini... Sekian.

Wednesday, July 01, 2009

SELAMAT HARI AYAH

gambar menunjukkan seorang ayah yang memimpin anak kecilnya berjalan untuk dibawa makan ke kedai mee di hadapan seperti mana yang ditunjukkan di signboard itu.

Hari ini, kalendar sudah menunjukkan bahawa sekarang 2 Julai 2009... tetapi hari ayah disambut pada 21 Jun yang lepas. Tetapi, diharap tidak terlambat untuk saya ucapkan, Selamat Hari Ayah. Ayah ini sudah banyak melakukan perkara yang bagus-bagus untuk kita, jadi marilah sama-sama kita berterima kasih kepada beliau. Terima kasih ayah dan Selamat Hari Bapa!

BANYAK NYAMUK?

Sejak tahun 2007 sehingga kini, rumah saya telah diserang nyamuk... bukan rumah saya saja, rumah jiran pun dah kena serang dengan segerombolan nyamuk-nyamuk itu. Oleh itu pelbagai langkah telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini, tetapi...

Sudah dipanggil pihak penghapus nyamuk pun, tetap tidak berkesan juga. Nyamuk-nyamuk itu tetap gagah dan berjuang berani mati untuk menganggu hidup saya. Erm, kalau pakai penyembur nyamuk gergasi ni pun tak berkesan, sudah tentu Ridsect pun sama.
seorang lelaki bersama raket perangkap nyamuk dan gambar diatas menunjukkan bagaimana raket ini berfungsi, iaitu dengan membakar mangsa

Pejuang handalan, iaitu En. Iqbal pun tidak dapat membantu walaupun dikatakan raketnya itu telah membunuh hampir ribuan nyamuk yang ingin menggigit beliau. Nampaknya, nyamuk yang menyerang rumah saya adalah nyamuk komando kerana mereka tidak gentar akan raket ini. Huh!

Sekarang, saya hanya mampu berdoa agar nyamuk-nyamuk itu pergi jauh dari rumah saya... amin.