Monday, August 31, 2009
Friday, August 21, 2009
SURAU KITA

Nota: Lokasi gambar adalah bertempat di Surau SMK Dato' Sulaiman. Post ini adalah khas untuk pelajar-pelajarnya. Sekian, terima kasih.
Thursday, August 20, 2009
CIKGU ISZ

Sunday, August 16, 2009
MALU ATAU SELAMAT?

Sekali lagi saya nak bertanya, antara rasa malu nak pakai topeng, kehenseman wajah kamu dengan keselamatan kamu, mana lebih penting? Jadi, pakailah topeng... ia ganteng, hebat dan selamat.


Contohilah mereka kerana telah memilih satu langkah yang selamat untuk ketika ini, iaitu dengan memakai topeng. Haha, mereka tiada rasa malu pun pakai topeng itu, siap ada ilustrasi lagi kat topeng mereka. Contohilah mereka, pasti anda selamat! Mereka sudah lakukan, anda bila lagi?
HAPPY BIRTHDAY?





Nota: Selamat Hari Jadi yang ke-17 pada 15 Ogos lalu kepada Fahmy si budak yang kena baling tepung itu dan sekali lagi Selamat hari Jadi yang ke-17 juga kepada Hasnani pada 13 Julai yang lepas. Erm, saya rasa kan... elok tepung yang dibaling itu, kita buat kek kan? Boleh makan ramai-ramai, hehe.
Nota: Kejadian disaksikan oleh Cikgu Abu Zayin dan Cikgu Kamariah. Mereka yang terlibat berasa menyesal dengan tindakan yang telah mereka lakukan setelah ditegur oleh Cikgu Kamariah. Kemudian, Cikgu Abu Zayin mengarahkan mereka yang terlibat untuk kemas semula kawasan yang telah kotor akibat dari sisa tepung yang telah dilontarkan. Sekarang, keadaan telah kembali kepada asal... dan kata mereka yang terlibat (dalam hati)...
cikgu, kami janji! kami tak buat lagi.
Thursday, August 13, 2009
SELESEMA BABI

Untuk pengetahuan anda, nama lain untuk selesema babi adalah virus influenza A H1N1. Virus ini amat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Dipercayai, virus ini menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, dan titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berterbangan di udara.
- selesema
- demam
- batuk kering
- letih lesu
- kurang selera makan
- sakit tekak
- rasa loya
- muntah
- cirit-birit
Nota: Pakai lah topeng muka atau mask jika anda mahu ke sekolah. Marilah kita bersama-sama membudayakan amalan memakai topeng muka ke sekolah atau tempat awam yang lain demi untuk kesihatan manusia sejagat.
Nota: Ayat yang dipotong itu adalah hasil daripada ketidakpastian tuan punya blog ini terhadap kesahihan cerita yang dipaparkan. Harap maaf.
Tuesday, August 11, 2009
KARNIVAL TEKNOPEN 2009
Pada hari sabtu yang lepas, saya ada menyertai sebuah pertandingan mengedit gambar digital sempena dengan Karnival Teknopen 2009 yang bertempat di SMK Tun Sardon. Pertandingan ini juga turut disertai oleh 25 buah sekolah yang lain daripada seluruh daerah Batu Pahat. Gambar yang perlu diedit adalah berbentuk poster. Turut bersama saya adalah 3 orang rakan yang lain untuk pertandingan yang lain seperti kuiz ICT, membina laman web dan buka pasang komponen komputer. Kami diiringi oleh seorang guru pengiring.
Gambar poster diatas adalah hasil daripada olahan saya ketika pertandingan mengedit gambar digital berlangsung dan berikut adalah butiran lanjut tentang Karnival Teknopen 2009 ini.
Tarikh
- Sabtu, 8 Ogos 2009
Tempat
- SMK Tun Sardon, Rengit, Batu Pahat
Masa
- 9 pagi hingga 5 petang
Guru Pengiring
- Pn. Ayu Darlu
Peserta Pertandingan Mengedit Gambar Digital
- Afiq Syahmi bin Adanan (5 SPM 1)
Peserta Pertandingan Membina Laman Web
- Mohd. Hazwan bin Shamsudin (2 RK 1)
Peserta Pertandingan Buka Pasang Komputer
- Mohd. Akhbar bin Sanusi (3 PMR 1)
Peserta Pertandingan Kuiz ICT
- Mohd. Hadri bin Hussin Chee (3 PMR 1)
Nota: Disamping Cikgu Ayu menjadi guru pengiring kami, beliau juga adalah salah seorang daripada juri untuk pertandingan buka pasang komponen komputer.
Nota: Peserta Kuiz ICT terpaksa menarik diri daripada menyertai pertandingan kerana mempunyai masalah teknikal dan akhirnya kami pulang awal, iaitu pada jam 1 tengah hari.
Nota: Perkataan Teknopen bermaksud Teknologi Pendidikan, harap maklum. Sekian, terima kasih.
Keputusan Pertandingan
Naib Johan untuk Pertandingan Mengedit Gambar Digital
Saguhati untuk Pertandingan Membina Laman Web

Tarikh
- Sabtu, 8 Ogos 2009
Tempat
- SMK Tun Sardon, Rengit, Batu Pahat
Masa
- 9 pagi hingga 5 petang
Guru Pengiring
- Pn. Ayu Darlu
Peserta Pertandingan Mengedit Gambar Digital
- Afiq Syahmi bin Adanan (5 SPM 1)
Peserta Pertandingan Membina Laman Web
- Mohd. Hazwan bin Shamsudin (2 RK 1)
Peserta Pertandingan Buka Pasang Komputer
- Mohd. Akhbar bin Sanusi (3 PMR 1)
Peserta Pertandingan Kuiz ICT
- Mohd. Hadri bin Hussin Chee (3 PMR 1)
Nota: Disamping Cikgu Ayu menjadi guru pengiring kami, beliau juga adalah salah seorang daripada juri untuk pertandingan buka pasang komponen komputer.
Nota: Peserta Kuiz ICT terpaksa menarik diri daripada menyertai pertandingan kerana mempunyai masalah teknikal dan akhirnya kami pulang awal, iaitu pada jam 1 tengah hari.
Nota: Perkataan Teknopen bermaksud Teknologi Pendidikan, harap maklum. Sekian, terima kasih.
Keputusan Pertandingan
Naib Johan untuk Pertandingan Mengedit Gambar Digital
Saguhati untuk Pertandingan Membina Laman Web
CIKGU MUDA

Sunday, August 09, 2009
SAYA ADA CADANGAN
Nama: Afiq Syahmi bin Adanan
Kelas: 5 SPM 1
Sekolah: SMK Dato' Sulaiman
Usul Cadangan: Tubuhkan Kelab Fotografi sekolah
gaya seorang pelajar yang berbadan kecil tapi berbakat besar dalam fotografi
Sesiapa yang tidak pernah mengenali apa itu kamera besar (DSLR)? Inilah dia rupanya. DSLR adalah bermaksud Digital Single Lens Reflex di mana kamera DSLR ini adalah kamera yang boleh ditukar ganti lensanya. Lagi satu, pengguna perlulah mahir dengan atur cara yang ada pada kamera ini sebelum boleh menggunakannya dengan baik.
Kelas: 5 SPM 1
Sekolah: SMK Dato' Sulaiman
Usul Cadangan: Tubuhkan Kelab Fotografi sekolah

Saya mempunyai cadangan yang bernas. Apa kata pihak sekolah beli beberapa biji kamera besar (DSLR) selepas itu kita melatih generasi-generasi baru untuk menjadi jurugambar yang cemerlang? Kalau boleh, setiap peristiwa yang dianjurkan oleh pihak sekolah, para pelajar yang berbakat boleh terlibat sebagai jurugambar dengan meminjam kamera yang sekolah dah beli itu kerana tak semua pelajar kaya-kaya. Pelajar-pelajar boleh dibimbing oleh Guru Fotografi jika tidak mahir. Apa pandangan anda?

Saturday, August 08, 2009
ROAD SHOW

MINGGU SMART



