Saturday, March 28, 2009

TUISYEN

Pusat Tuisyen Gemilang, antara lokasi per-tuisyen-an yang popular di kalangan pelajar HSBP, TIGS, SMKDSE, SMKDS dan sekolah-sekolah yang sewaktu dengannya. Saya juga adalah salah seorang penuntut yg menuntut di pusat tuisyen ini... Gambar dibwh menggambarkan sedikit sebanyak suasana di bilik kuliah kami... sama-sama kita lihat, mari!

Inilah bilik kuliah kami, hehe. Gambar ini mengatakan bahawa Cikgu Tuisyen Fizik saya, iaitu En. Mohsin sedang memberikan sepatah dua-kata kepada pelajar-pelajarnya... Saya merakamkan gambar ini secara senyap-senyap dgn menggunakan kamera hanset yang dilengkapi dengan teknologi tangkap gambar tanpa suara, huhu. Sebab itu Cikgu Mohsin tak perasan, kalaulah dia perasan saya ade mengambil gambar ketika itu... kompom dia buat isyarat peace dan say cheese... haha

Dua orang penuntut tuisyen yang ... sungguh bajet bahawa mereka ini sedang memberikan tumpuan dengan sepenuh hati sepenuh jiwa dan raga terhadap apa yang diajar oleh guru. Hakikatnya... Mereka yg bergelar Zaki (kiri) dan GG (kanan) ini sering kali memberikan jawapan yang tidak masuk akal pabila di-tanya cikgu tentang physic. Tak reti duduk diam, main-main, menyeruntul je, duduk bangun, kekiri kekanan sampai suatu ketika meja di belakang yg diorang sandar tu jatuh, kedeganggg!! lepas itu, semua mata-mata penuntut tuisyen tertumpu kpd mereka berdua nih. Lepas itu, hah hah hahaha, macam tu-lah saya dan rakan-rakan sejawat yg lain ter-ketawa.

Nota : Semua gamba yang dipaparkan di atas (dan juga sebahagian yang saya sudah upload-kan sebelum ini) adalah hasil seni yang terhasil daripada kamera Sony Ericsson K850i.

No comments:

Post a Comment