Saturday, March 28, 2009

REAKSI

SECARA UMUMNYA, ADA BEBERAPA REAKSI YANG DITUNJUKKAN OLEH SESEORANG ITU APABILA GAMBARNYA DIAMBIL SECARA TIBA-TIBA

BIASA
Kebiasaannya, bagi mereka yang sporting, diorang tak kisah jika gamba nya diambil walau di mana sahaja mereka berada. Mereka tetap akan posing dgn mengenakan isyarat peace di jari jika secara tiba-tiba kamera nak tangkap gamba diorang, haha. Tengok-lah gambar diatas, muka diorang ceria sahaje... Hah, macam ni-lah bagus.

TERLEBIH POSING
Golongan ini adalah sungguh luar biasa... Kerana, seperti gamba di atas, ade sesetengah mereka itu akan menjadi gila pabila ternampak kamera yang di-acukan kpd mereka dengan secara tiba-tiba untuk diambil gamba. Mereka-mereka ini akan membuat mcm-mcm aksi untuk bergambar, sama-ada mereka lompat, baring tengah jalan, peluk-peluk, buat aksi ultraman, buat memek muka syioal dan mcm-mcm lah yg kita tak terfikir... Macam inilah reaksi yang digelar sebagai gila gambar, haha

MARAH
Hah, ini paling bahaya... Kita sbg jurugamba, kena lah BERHATI-HATI! jika hendak mengambil gamba seseorang itu atau pun mereka yg sedang berkumpul untuk bergosip dan juga yang sewaktu dengannya. Ini kerana, ade orang tuh tak suka gambarnya diambil sebab ... errr aku tak tau lah ape sebabnya, hehe. Mereka ini, kalau tau gambarnya diambil, seboleh-bolehnya dia suruh delete gambar yg terhasil tuh. Tengok gamba di atas, marahkan orang yg sedang angkat tangan tuh? Hah, mcm tu-lah... Ade orang suke gambanya diambil dan ade orang yg anti-gambar, fikir-fikirlah.

(Sesungguhnya, orang yang anti gambar itu adalah orang yang rugi haha)

Nota : Sebagai peringatan disini, kalau kita nak ambil gamba orang lain. Fikir-fikir-lah dulu... huhu

TUISYEN

Pusat Tuisyen Gemilang, antara lokasi per-tuisyen-an yang popular di kalangan pelajar HSBP, TIGS, SMKDSE, SMKDS dan sekolah-sekolah yang sewaktu dengannya. Saya juga adalah salah seorang penuntut yg menuntut di pusat tuisyen ini... Gambar dibwh menggambarkan sedikit sebanyak suasana di bilik kuliah kami... sama-sama kita lihat, mari!

Inilah bilik kuliah kami, hehe. Gambar ini mengatakan bahawa Cikgu Tuisyen Fizik saya, iaitu En. Mohsin sedang memberikan sepatah dua-kata kepada pelajar-pelajarnya... Saya merakamkan gambar ini secara senyap-senyap dgn menggunakan kamera hanset yang dilengkapi dengan teknologi tangkap gambar tanpa suara, huhu. Sebab itu Cikgu Mohsin tak perasan, kalaulah dia perasan saya ade mengambil gambar ketika itu... kompom dia buat isyarat peace dan say cheese... haha

Dua orang penuntut tuisyen yang ... sungguh bajet bahawa mereka ini sedang memberikan tumpuan dengan sepenuh hati sepenuh jiwa dan raga terhadap apa yang diajar oleh guru. Hakikatnya... Mereka yg bergelar Zaki (kiri) dan GG (kanan) ini sering kali memberikan jawapan yang tidak masuk akal pabila di-tanya cikgu tentang physic. Tak reti duduk diam, main-main, menyeruntul je, duduk bangun, kekiri kekanan sampai suatu ketika meja di belakang yg diorang sandar tu jatuh, kedeganggg!! lepas itu, semua mata-mata penuntut tuisyen tertumpu kpd mereka berdua nih. Lepas itu, hah hah hahaha, macam tu-lah saya dan rakan-rakan sejawat yg lain ter-ketawa.

Nota : Semua gamba yang dipaparkan di atas (dan juga sebahagian yang saya sudah upload-kan sebelum ini) adalah hasil seni yang terhasil daripada kamera Sony Ericsson K850i.

Wednesday, March 18, 2009

DOA SELAMAT

Di-awal pagi...
dua orang nih sembunyi dari ape ntah, haha


Agenda utama, majlis ringkas utk mendoakan Syazwan supaya selamat pergi dan balik ketika menunaikan umrah di Saudi Arabia. Ketika gambar dirakam, dia sedang membuat ucapan mengenai ape-ape sahaja yg dia nak cakap. Dia bertolak dari KLIA pada 13 Mac 2009. Menurutnya, dia akan kembali ke tanah air dua minggu kemudiannya... sama-sama kita nantikan... sekian.

Date : 12 Mac 2009 (7.45 am)

Nota : Gambar syazwan berucap tersebut gelap sedikit kerana ketika gambar itu dirakam, bekalan elektrik di kelas terputus buat seketika. 10 minit kemudian, bekalan elektrik pulih seperti sedia kala.

HARI 'CHECK' NAMA UNTUK SPM

SEKITAR ACARA PENYEMAKAN SEMULA SLIP PEPERIKSAAN UNTUK PENDAFTARAN SPM 2009

Salah seorang calon, bergelar Bro Razak memberikan ulasannya, "Saya, err.. saya yakin! saya akan dpt 26 A hoh hoh hooo..."

Agaknye, bobo mcm nampak pocong nak hempap dia je... tu yg dia buat muka sioal tu, hah... aku ape lagi, amek terus gambar nih... haha

Ber... ber... ber-gabung!
(comel ekk gambar ini, hehe)

SPM 2009, kami sedia!

Muka-muka yakin... GG melompat sambil berteriak, " komengaa!! "

Gambar-gambar itu semua dirakam oleh saya di dewan sekolah, kebetulan saya bawak kamera. Waktu itu hari jumaat (6 Mac 2009), ade bacaan yassin, tapi pengawas tak terlibat kerana ade spot-check di kelas tingkatan 1-2-3. Kira-kira jam 8.30 pagi, kami semua mendengar ceramah mengenai hal-ehwal SPM oleh Cikgu Rodziah. Lepas habis, kiteorg ape lagi bila dah nampak kamera, terus posing tahap gila gaban... haha. Dlm perjalanan nak balik ke kelas pun, kami shooting jugak. Seperti gamba-gamba yg di-upload di atas, tengoklah... mcm itu la gelagat budak-budak nih, perangai gila-gila, haha. Bila dah penat, kami masuk-lah ke kelas masing-masing, rase mcm baru duduk kejap je, tiba-tiba dah rehat...

Lepas daa kenyang, kami semua pergi lepak-lepak, carik kerja, haha. Kemudian, pada jam 10.27 pagi, saya dgn geng pengawas baru teringat nak mintak gambar dan name tag dgn Cikgu Shikin. Lokasi ketika itu adalah di kelas tingkatan 6 STPM 1. Sementara geng-geng saya sedang mintak ape yg mereka nak, akak-akak dan abang-abang di dlm kelas tu pulak nak ber-sesi-fotografi. Walaupun segan-segan (sebab ade cikgu), saya amek jugak gamba diorang nih... haha

Inilah suasana kelas tingkatan 6 di SMKDS... Saje nak letak gamba diorang nih, manelah tau salah seorang drp mereka ade mengunjungi blog saya, sekurang-kurang nye ade la jugak gamba diorang, haha

Jam mengatakan skrg pukul 11.30. Aku baru nak ikut Nash sbb ade kerja, tiba-tiba Affiy ni panggil. Dia kate " oit, ambik la gamba aku yang comel nih ". Haha, demi tak nak tengok dia menangis, aku amek la jugak gamba dia, 1,2,3! Cak! hah jadik lah gambar ini.

(tak pahamlah kenapa dia pakai celak mcm hantu)

Monday, March 09, 2009

TUGASAN HARIAN PENGAWAS SMKDS 2009

VERSI PERTAMA

Kumpulan ini adalah kump. yang bertugas di pagar 2 dan pagar lain yg ada di SMKDS ini. Mereka memastikan supaya pelajar yg datang menunggang motosikal, menyorong kenderaan mereka ke-tempat parking yg telah disediakan oleh pihak sekolah dgn keadaan yg teratur. Jika tiada mereka, pelajar yg nakal akan sesuka hati mereka menunggang masuk ke dlm sekolah dgn keadaan enjin yg hidup, huh! bahaye tu... oleh itu, peranan mereka sgt penting, hehe hee..

Pengawas hebat ini bernama Yazid dari tingkatan 4 SPM 5. Dia mewakili kumpulannya utk menjaga keadaan surau kita supaya tidak dicemari dgn bende yg tak elok, seperti sampah-sampah, pelajar yg ponteng dan pelajar yg merokok di sini. Untuk maklumat anda warga SMKDS, di situ adalah port rokok pelajar nakal. Dgn adanya Yazid, walaupun seorang sahaja, pelajar-pelajar yg nakal tak berani lagi nak buat hal di situ. Hebatkan pengawas yg diberi nama Mohd. Yazid ni? hehe

Untuk mengawasi blok tingkatan 4, Lembaga Pengawas telah mengerahkan dua org pengawas yg hensem pd hari gambar ini dirakam, ianya supaya mereka dpt memberikan arahan kpd pelajar perempuan yg nakal dgn lebih mudah... haha. Arahannye senang je, mase doa hampir dibacakan melalui speaker, pelajar-pelajar diarah beratur dan menghormati doa. Untung pelajar lelaki-nye baik-baik belaka. Tak caye? tengoklah gambo di atas, tiadapun pelajar perempuan yg keluar dari kelas ketika itu. haha... Pengawas yang di-kerah, mereka-lah Bakhtiar dari 5 SPM 2 dan Aidil dari 5 SPM 4.

Kawasan panas! pagar masuk sekolah yg haram di belakang...

Walau sudah di baiki dgn kawat berduri sebanyak berkali-kali, namun... pagarnye tetap lobos jugak.

Oleh itu, pengawas elit ditempatkan di pagar yg lobos tersebut dan mereka sentiasa di dlm keadaan yg sangat berjaga-jaga kerana dikhuatiri seekor harimau jelmaan sedang berkeliaran di kawasan itu, hehe he
maaf, kualiti gambar agak kurang memuaskan hati

Nota : Laporan yg terbaru mengenai tugasan harian pengawas SMKDS 2009 akan dikemaskini dari masa ke semasa (jika saya rajin). Insya-Allah, mutu paparan gambar akan ditingkatkan supaya lebih jelas dan tak blur... wassalam.

Sunday, March 08, 2009

GILA-GILA LENSA 2

GELAGAT PELAJAR 4M DAN 4A (2008) APABILA BERGAMBAR

Asrap Bulat bersama Baom yg sedang mem-bulat-kan matanya, hehe.
(Ooo Beng sedang berskandal di belakang... bahye tu, kene report dgn jabatan JAKIM)

Asrap..? entah ape yg dia buat tuh... ish-ish-ish

GG (paling kanan) menunjukkan bakatnya sbg seorang model, haha, cayalah!

Sesi fotografi bulu kaki...
(Asrap sedang mengorek hidungnya dgn penuh kenikmatan)

Nash, mengejek GG bagai nak rak... tapi GG seakan-akan tidak mempunyai perasaan, haha

Nota : Semua gambar ini diambil pada 22 Oktober 2008, kira-kira beberapa hari lagi nak final exam, huuu.. takut tuu. Hah! untuk makluman rakan-rakan sekalian, aku akan meng 'upload' kan gamba-gamba gila kite dgn lebih byk lg.. okeh!

PREFECT

Suasana sewaktu hari perhimpunan rasmi biase, tapi sempat posing lagi, haha

Kuey-fu-hey-kong!! Yeahh..!!

Kenangan Man Belon bersama Cikgu Razib di office-nyer.

Posing tahap ayam ke-beybeh obeng berganda! ha ha ha

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Sekitar suasana latihan merentas desa. Gambar ini dirakam oleh saya ketika sedang melepak di dalam kelas, hoho hoo... (19 Januari 2009)

Sekitar suasana Hari Kejohanan Merentas Desa SMKDS Tahun 2009 yg diadakan pada 23 Januari 2009. Gamba atas, huh Adib memberikan sokongan kpd ahli pasukan Rumah Kuning dgn begitu bersemangat.

Antara ahli pasukan Rumah Hijau yang menjadi penyokong setia utk pasukan Rumah Kuning, ho ho hoo...

Yeay!, saya menang!

KENANGAN

Sekitar cuti tahun lepas... Huh, gelagat budak-budak memang memenatkan orang tua... Pantang kalau nampak gula-gula, lepas tu lari-lari., haaha. Gambar ni dirakam ketika saya se-tiga-keluarga bercuti di Cameron Highland.

Gambar ketika kami berkunjung ke bandar Ipoh. Huh, banyak betul istana-istana kat sana. Semuanye warne kuning. Hah, antara tempat menarik yg saya kunjungi adalah Pasar Loken. Begitulah suasana pasar nih, hanya ade barangan antik, dan org agak ramai... Sungguh tidak disangka, pengunjung asing pun turut berminat, ingatkan orang-orang lama jer, he he he...

Nota : Pasar ini ade pada setiap hari ahad, tamat jer laluan pasar loken nih kite boleh terus ke pasar biase, tempat yg kite boleh beli makanan, sayuran dan barangan lain...

2009

Tahun 2009 saya dimulakan dgn bgun awal dan bersiap seawal jam 6.30 pagi untuk ke Tangkak. Di sana, saya akan menjalani ujian memandu JPJ, sblm mendapat lesen percubaan (P) kelas B seperti gamba di atas. Tetapi malangnya, saya telah gagal... ha ha ha, terpaksa cuba minggu depan, pada hari khamis, 8 Januari 2009.

Date : 1 Januari 2009

Saturday, March 07, 2009

PROJEK RAMADAN 2008

Malam semasa bulan ramadan tahun 2008, lepas je habis tarawikh, dalam jam kira-kira pukul 10 mlm, kiteorang mulakan projek mega. Saya hanya menjadi tukang tangkap gambar aje, kerana x berani nak sentuh meriam tu, he he he... Gambar atas menunjukkan Farid, Famy dgn Muslim sedang membancuh acuan meriam secukup rasa... kemudian, apabila dah siap untuk dilancarkan, saya lari jauh-jauh untuk menyelamatkan diri... 1,2,3 boooom! maka terjadilah gamba yg di bawah itu.. (Huh, pekak telinga aku!)

p/s : anak-anak jangan bermain meriam yer di lain tahun, berbahaya, he he he...

Date : 7 and 10 September 2008

MESYUARAT KOPERASI 2008

Cikgu Misroh sedang menjawab soalan yg diajukan oleh pelajar. Disamping cikgu adalah ajk-ajk tertinggi badan koperasi.

2 pelajar ini yg bergelar Asrap Bulat dan Afiq Baom, sedang khusyuk mendengar ape yg dibicarakan oleh Cikgu Misroh mengenai koperasi kita. Sehingga Afiq Baom terdungak-dongak sampai tangan dia nak pegang-pegang dagu Asrap Bulat, he he he...

Kenape pelajar perempuan beratur panjang? sbb nak dpt RM 2, biskut lexus dan air mineral yg diagihkan oleh Cikgu dan AJK badan koperasi kerana menghadiri mesyuarat ini...

Tetapi, Fauzan sibuk mengangkat dan susun kerusi, hehe agaknye nak mintak lebih la tu... tapi tidak disangka mmg dpt lebih, haha. Fauzan dan juga saya, mendapat RM 3 dan biskut lexus dari Cikgu Misroh, tapi kami x dpt air mineral sbb da habis.. ha ha ha

Date : 22 Oktober 2008

GILA-GILA LENSA

Masa tu, cikgu x masuk kelas, kebetulan aku bawak kamera.. haa ape lagi, dgn otak gila Bobo, dia menjadi director untuk posing ini dgn melantik Ooo Beng sbg jurugambar. 1,2,3! Cak! haa jadik la gambar ini. GG pula, mengakui bahawa dia yg paling comel di dlm gambo itu, hahaha! dan kami terus mengakuinya, he he...

p/s : bobo (ber T-shirt hitam) ke-5 dari kanan dan GG, diatas meja. Ooo Beng tiada di dlm gambar...

Masa ni kami dlm perjalanan ke dewan kerana ade mesyuarat agung koperasi SMKDS. Waktu ni, jam saya tepat menunjukkan bahawa sekarang da pukul 10.43.02 pagi. Alamak! da lambat, sbb Cikgu Misroh kate, mesyuarat mule jam 10.30 pagi... Tapi, kalau da nampak kamera, hehe tetap nak posing. he hee..

Date : 22 October 2008