Assalamualaikum. Pada 14 April yang lepas, aku menerima tugasan fotografi untuk Majlis Maulidur Rasul 1433H anjuran Surau Al-Mansur. Majlis bermula selepas waktu Isyak pada sekitar jam 9.00pm dan tamat pada jam 12.00pm. Penceramah jemputan adalah Ustaz Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang Al-Idrus. Beliau merupakan seorang pakar motivasi, penceramah bebas, dan personaliti televisyen untuk rancangan TV kerohanian. Beliau sering muncul di TV3, TV9 dan Astro Oasis untuk membincangkan masalah umat Islam masa kini.
Judul utama ceramah beliau di majlis ini adalah kepentingan mencontohi keperibadian akhlak Rasullullah SAW. Disamping mengambil gambar, aku turut mendengar isi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz. Jujur aku katakan Ustaz Syed Mohd. Norhisyam adalah seorang yang lawak dan beliau menyampaikan ceramahnya dengan cara yang cukup berkesan. Majlis ini diadakan di kawasan lapang sekitar majlis dan syukur Alhamdulillah, penduduk sekitar datang memenuhi majlis ilmu ini.
Tanpa membuang masa, jemput tengok gambar.
Suasana ketika majlis sedang berlangsung.
Ahli AJK tertinggi Surau Al-Mansur bersama Ustaz.
Aku bersama keluarga mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Ustaz.
Nota: Majlis ini adalah cabaran untuk aku kerana aku menggunakan high ISO sekitar 6400 hingga 12800 kerana ingin mengurangkan penggunaan flash. Ini kerana aku tak nak menganggu para hadirin yang mendengar ceramah Ustaz. Hasil gambar yang noise sememangnya pasti, hehe.
No comments:
Post a Comment