Kembara Mahkota Johor 2012 (KMJ) diadakan pada 13-16 Mei yang lalu. Kembara ini meliputi laluan 10 daerah di Johor iaitu Kulaijaya, Pontian, Ledang, Muar, Batu Pahat, Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, dan Johor Bahru. Sejarahnya, Kembara Mahkota Johor bermula pada tahun 2001, iaitu cetusan idea dari Tunku Mahkota Johor sendiri ketika itu, iaitu Tunku Ibrahim. Ini kerana minatnya terhadap motosikal berkuasa besar terutamanya Motosikal berjenama Harley & Davidson. Pada 2010, Tunku Ibrahim telah ditabalkan sebagai Sultan setelah kemangkatan ayahandanya, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar.
Walaupun baginda kini menjadi Sultan bagi jajahan takluk Johor, Baginda Sultan Ibrahim tetap ingin mengetuai sendiri KMJ kali ini. Pada 15 Mei 2012, laluan kembara KMJ singgah sebentar di kawasan Seri Medan, tak jauh dari rumah aku, Parit Sulong. Tanpa membuang masa, aku dan 2 orang kawan bergegas ke sana dan mengambil kesempatan untuk merakamkan beberapa gambar. Jemput tengok.
Kerana silap perangkaan masa, masa ini tak sempat untuk aku buat shot menarik.
Suasana sekitar penduduk tempatan.
Satay free diedarkan, huh sedap budak tu makan, hehe.
Pandangan tepat Sultan Ibrahim kat lensa kamera aku, hehe.
Sultan Ibrahim bersama rombongannya berangkat pulang dan menuju ke destinasi seterusnya.
Konvoi motosikal berkuasa tinggi yang terdiri dari pasukan bomba dan polis khas Johor.
Pegawai RELA yang memberikan tabik hormat pada rombongan KMJ
Rombongan KMJ dan Sultan Ibrahim disambut meriah oleh penduduk Kampung Parit Lapis Bangas, Seri Medan. Sultan Ibrahim diberi penghormatan untuk merasmikan sebuah masjid di kampung berkenaan. Pada keesokannya baginda meneruskan perjalanan, dan rombongan KMJ secara rasminya tamat di Johor Bahru.
DAULAT TUANKU!
Nota: Zaman aku sekolah dulu, KMJ adalah satu acara yang aku nanti-nantikan sebab, masa sekolah agama, boleh berkumpul sekejap di tepi jalan tengok motor dan kereta yang pelik-pelik lalu.
No comments:
Post a Comment