Monday, May 28, 2012

CUTI SEMESTER - RINGKASAN


Bersama rakan-rakan di Tanjung Bidara, Melaka

Aku merupakan seorang pelajar yang menuntut di UiTM kampus Kedah. Aku mula bercuti semester pada 5 April yang lepas dan 10 Jun adalah tarikh yang disebut-sebut untuk permulaan semula kuliah. Hari ini dah hampir 2 bulan aku cuti kat rumah. Aku tak kerja sambilan seperti rakan-rakan yang lain. Keluhan rakan-rakan, mereka bosan di rumah kalau tak kerja. Tapi tidak bagi aku, walaupun aku tak kerja part time cuti ni, macam-macam juga aku buat kat rumah walaupun masanya tak teratur, hehe.

Stesen LRT KL Sentral, Kuala Lumpur

Oleh kerana cuti semester kali ini adalah 2 bulan 1 minggu, macam-macam aktiviti yang aku rancangkan sebelum aku cuti. Aku rancang untuk ke Kelantan, KL, JB dan follow abang Rahmat untuk fotografi perkahwinan, tapi apa yang dirancang adalah ketentuan ilahi, tak semestinya menjadi.

1. Mulanya, aku ada pergi ke karnival Jelajah Janji Ditepati, kerana menghantarkan mak dan kakak aku ke sana. Selepas itu, kawan-kawan ajak aku ke Gunung Ledang. Memikirkan mereka semua kawan baik aku dan mereka juga cuti tak lama, aku terima tawaran itu. Setengah jam mendaki, mandi, tetiba hujan turun, dan rancangan kami akhirnya diubah untuk kami ke Melaka.

2. Kemudian, aku terima tawaran abang aku untuk jadi jurugambar di Majlis Maulidur Rasul 1433H di kawasan sekitar. Selepas itu, aku bersama Cikgu Othman Karim menguruskan proses tempahan gambar. Selain itu, aku juga ikut perkembangan Kembara Mahkota Johor 2012 di Batu Pahat pada Mei yang lepas.

3. Aku hantar kereta sukan aku, Toyota Corolla 1991 untuk sembur cat kerana keadaan kereta yang semakin teruk. Lepas itu, aku tak ada kenderaan yang tetap untuk kegunaan aku seorang. Jadi aku pinjam kereta mak aku untuk bergerak. Oleh itu, aku jadi pemandu sepenuh masa mak dan adik aku untuk urusan kerja dan sekolah.

aktiviti berbasikal kat atas gunung, haha

4. Hujung minggunya, aku sekali lagi ke Melaka bersama keluarga untuk aktiviti santai. Hujung minggunya, sekali lagi juga aku ke Melaka bersama kawan-kawan yang lain untuk aktiviti lain. Hujung minggu yang berikutnya, aku ikut abang aku berbasikal di trek kawasan sekitar.

5. Saban minggu aku rajin berbasikal bersama abang aku di trek baru yang berada di kawasan sekitar. Seronok dan berbaloi. Setidaknya masa aku terisi dengan perkara yang sihat dan berfaedah. Terima kasih kepada abang aku, Akmal kerana memperkenalkan hobi MTB yang sihat nih.


Persembahan LIVE oleh Merbok Art & Design Stompers (MADS) UiTM Kedah di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3


En. Zaidi selaku penasihat dan Hakim selaku ketua pasukan MADS Stompers di temuramah oleh pengacara MHI, Ally Iskandar.


Syeikh ni tak tahu cakap English walaupun sedikit, yang dia paham ialah bila aku sebut perkataan 'Malaysia' dan aku paham dia sebut 'Arab Saudi', hehe.

6. Syukur juga aku sempat buat sesuatu ikut plan iaitu ke KL. Minggu lepas, dapatlah aku tengok macam mana bentuk Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Aku bermalam di Damansara untuk bersama kawan-kawan di MADS Stomper kat Sri Pentas TV3 pada 22 Mei yang lepas. Kemudian, akhirnya, dapat juga aku ke Genting Highland naik bas, walaupun ia tak dirancang. Kemudian aku sempat melawat Time Square dan Plaza Low Yat sebelum pulang ke Johor. Satu hari yang padat, sungguh penat.


Perjalanan turun dari puncak Genting dengan kereta kabel

7. Selain itu juga, aktiviti harian aku adalah menghantar mak aku untuk pelbagai urusan. Begitulah sedikit sebanyak aktiviti aku cuti semester ini. 2-3 kali pergi Melaka, juga bandar Batu Pahat, tapi aku gembira kerana aku dapat berkhidmat kepada orang yang banyak membantu aku iaitu mak aku sendiri.

8. Esok hari, 29 Mei aku akan bertolak ke Sungai Petani. Aku perlu bersedia lebih awal untuk tugasan fotografi perkahwinan yang pertama kalinya di Perlis pada 1-2 Jun ini. 8-9 Jun pula ada lagi tugasan yang sama di Parit Sulong. Harap aku boleh menggalas tanggungjawab ini dengan jayanya Insya-Allah.

9. Ada juga sesekali aku membawa mak aku melawat rakan kerjanya yang sakit teruk di Hospital Muar, aku pun sedih melihat keadaannya di wad HDW (High Dependency Ward). Semoga En. Jamaluddin kembali sihat dan kembali bertugas, Insya-Allah. Begitu juga jiran kami, Cikgu Noraini Tmn. Bintang yang menderita kanser hati tahap 4, saya doakan semoga beliau cepat sembuh.

Nota: Kesal tak dapat follow job wedding abang Rahmat Ali, masih terikat dengan aktiviti keluarga ketika cuti. Sekarang aku dah busy untuk tugasan fotografi, cuti pun dah nak habis, sekejap lagi, bermulalah semester akhir 2-3 minggu dari sekarang. Semoga aku dapat habiskan diploma semester depan dengan lancar, Amin.

Sunday, May 27, 2012

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2012

Kembara Mahkota Johor 2012 (KMJ) diadakan pada 13-16 Mei yang lalu. Kembara ini meliputi laluan 10 daerah di Johor iaitu Kulaijaya, Pontian, Ledang, Muar, Batu Pahat, Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, dan Johor Bahru. Sejarahnya, Kembara Mahkota Johor bermula pada tahun 2001, iaitu cetusan idea dari Tunku Mahkota Johor sendiri ketika itu, iaitu Tunku Ibrahim. Ini kerana minatnya terhadap motosikal berkuasa besar terutamanya Motosikal berjenama Harley & Davidson. Pada 2010, Tunku Ibrahim telah ditabalkan sebagai Sultan setelah kemangkatan ayahandanya, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar.

Walaupun baginda kini menjadi Sultan bagi jajahan takluk Johor, Baginda Sultan Ibrahim tetap ingin mengetuai sendiri KMJ kali ini. Pada 15 Mei 2012, laluan kembara KMJ singgah sebentar di kawasan Seri Medan, tak jauh dari rumah aku, Parit Sulong. Tanpa membuang masa, aku dan 2 orang kawan bergegas ke sana dan mengambil kesempatan untuk merakamkan beberapa gambar. Jemput tengok.

Kerana silap perangkaan masa, masa ini tak sempat untuk aku buat shot menarik.

Suasana sekitar penduduk tempatan.

Satay free diedarkan, huh sedap budak tu makan, hehe.

Pandangan tepat Sultan Ibrahim kat lensa kamera aku, hehe.

Sultan Ibrahim bersama rombongannya berangkat pulang dan menuju ke destinasi seterusnya.

Konvoi motosikal berkuasa tinggi yang terdiri dari pasukan bomba dan polis khas Johor.

Pegawai RELA yang memberikan tabik hormat pada rombongan KMJ

Aku di lokasi, hehe

Rombongan KMJ dan Sultan Ibrahim disambut meriah oleh penduduk Kampung Parit Lapis Bangas, Seri Medan. Sultan Ibrahim diberi penghormatan untuk merasmikan sebuah masjid di kampung berkenaan. Pada keesokannya baginda meneruskan perjalanan, dan rombongan KMJ secara rasminya tamat di Johor Bahru.

DAULAT TUANKU!

Nota: Zaman aku sekolah dulu, KMJ adalah satu acara yang aku nanti-nantikan sebab, masa sekolah agama, boleh berkumpul sekejap di tepi jalan tengok motor dan kereta yang pelik-pelik lalu.

Saturday, May 26, 2012

MAJLIS MAULIDUR RASUL 1433H

Assalamualaikum. Pada 14 April yang lepas, aku menerima tugasan fotografi untuk Majlis Maulidur Rasul 1433H anjuran Surau Al-Mansur. Majlis bermula selepas waktu Isyak pada sekitar jam 9.00pm dan tamat pada jam 12.00pm. Penceramah jemputan adalah Ustaz Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang Al-Idrus. Beliau merupakan seorang pakar motivasi, penceramah bebas, dan personaliti televisyen untuk rancangan TV kerohanian. Beliau sering muncul di TV3, TV9 dan Astro Oasis untuk membincangkan masalah umat Islam masa kini.

Judul utama ceramah beliau di majlis ini adalah kepentingan mencontohi keperibadian akhlak Rasullullah SAW. Disamping mengambil gambar, aku turut mendengar isi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz. Jujur aku katakan Ustaz Syed Mohd. Norhisyam adalah seorang yang lawak dan beliau menyampaikan ceramahnya dengan cara yang cukup berkesan. Majlis ini diadakan di kawasan lapang sekitar majlis dan syukur Alhamdulillah, penduduk sekitar datang memenuhi majlis ilmu ini.

Tanpa membuang masa, jemput tengok gambar.

Suasana ketika majlis sedang berlangsung.

Ahli AJK tertinggi Surau Al-Mansur bersama Ustaz.

Aku bersama keluarga mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Ustaz.

Nota: Majlis ini adalah cabaran untuk aku kerana aku menggunakan high ISO sekitar 6400 hingga 12800 kerana ingin mengurangkan penggunaan flash. Ini kerana aku tak nak menganggu para hadirin yang mendengar ceramah Ustaz. Hasil gambar yang noise sememangnya pasti, hehe.

Friday, May 25, 2012

JELAJAH JANJI DITEPATI

Assalamualaikum, hari ini, hampir dua bulan aku bercuti dari pengajian Universiti. Aku mula bercuti pada 3 April yang lepas dan tiba di Parit Sulong pada 5 April yang lalu. Penat aku memandu dari Kedah ke Johor, dan akhirnya aku membuat keputusan untuk rehat semalaman di Sungai Buloh, Selangor.

Setibanya aku di rumah, Mak dan kakak aku sebagai guru meminta bantuan untuk menghantarnya ke suatu karnival, iaitu karnival Jelajah Janji Ditepati. Karnival tersebut dijadualkan pada pagi Sabtu 7 April 2012. Aku dipahamkan, kehadiran para guru akan direkodkan oleh wakil setiap sekolah. Karnival ini sedikit sebanyak bersifat politik dan aku tak berminat untuk mengupasnya, tapi hanya satu jer niat aku ke sini, iaitu shoot gambar untuk first try lensa 70-200mm aku yang baru, hehe.

Setelah sampai di pusat bandar Batu Pahat, aku bersama Mak, kakak dan adik aku bersarapan dahulu pada sekitar jam 10.00am, dan terus berjalan ke Dataran Penggaram. Karnival ini dipengerusikan oleh saudara Ally Iskandar dan tak lama kemudian, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib muncul untuk ucapan beliau. Karnival ini juga mendapat liputan siaran langsung di TV3.

Setelah lama tertangguh, akhirnya aku meluangkan masa untuk menulis dan share gambar-gambar sekitar suasana karnival ini. Pelbagai aktiviti sampingan diadakan iaitu sukan, makan nasi bariyani free, pameran, kedai 1Malaysia dan sebagainya, jadi jemput tengok gambar-gambar nih.

Konvoi kumpulan Mountain Bike (MTB) dari kawasan sekitar.

Songkok Pak Cik ni menarik perhatian aku, hehe.

Ucapan bersemangat Dato' Seri Najib mengenai UMNO dan Barisan Nasional.

Nota: Karnival Jelajah Janji Ditepati adalah siri karnival anjuran kerajaan yang akan dilaksanakan di seluruh Malaysia. Batu Pahat adalah lokasi perasmian dan permulaan.