Thursday, March 04, 2010

LTDL MALAYSIA 2010

Pertama kalinya dalam sejarah, Kota Parit Sulong, Batu Pahat telah dipilih sebagai tempat penamat untuk Tahap 4 perlumbaan Le Tour De Langkawi 2010. Persiapan telah dibuat sekian lamanya, antaranya dengan membuat tar baru jalan, dan projek pemurnian kawasan sekitarnya yang agak berserabut sebelum ini. Pada tarikh 4 Mac, dijadualkan bahawa pelumba akan membuat penamat disini, jadi persiapan besar giat dilakukan pada hari sebelumnya. Aku sebagai salah seorang warga Parit Sulong, rasa sungguh berbangga...

Pada hari yang dinantikan, acara dimulakan dengan mengadakan event-event sampingan di kawasan sekitar sementara menunggu pelumba yang tak tiba-tiba. Budak-budak sekolah dari SK Parit Sulong sedang seronok berjalan-jalan di kawasan pameran basikal, kawasan pertunjukan X-Games dan yang lagi seronok, mereka dapat air milo free... haha. Pelajar sekolah menengah juga dibenarkan pulang awal (pukul 12 lebih) oleh PPD Daerah bagi menjayakan acara penamat lumba basikal ini. Jadi? tak hairanlah apabila DJ yang bertugas mengatakan bahawa kawasan Parit Sulong adalah kawasan penamat LTDL yang paling sesak! dan paling ramai setakat ini! Pada saya? memang sesak! susah betul nak tangkap gambar, orang berpusu-pusu! Pengawal pun mengawal pergerakan saya sebab saya bukan PRESS, jadi, pandai-pandailah nak tangkap gambar... :D

Security semasa acara berlangsung agak ketat, ramai polis yang bertugas. Jalan pun ditutup. Lihat saja ahli bomba tu? mereka merembeskan air ke jalanan kerana cuaca amat panas... sungguh! Sungguh panas! 36 degree celcius tu!

Setelah tiba konvoi ini, orang ramai beranggapan bahawa basikal-basikal pelumba hampir tiba, jadi? orang ramai berpusu-pusu... hehe. Tapi tak sampai-sampai pun, buat orang suspen jer. DJ nya pun sama, suka buat orang suspen. Kira-kira jam 1.45 baru basikalnya sampai. Tapi masa ni kira-kira jam 1.15 tau, lama tu. Sabar je lah...

Huh! basikalnya laju sangat! Ni jer gambar basikal yang sempat aku tangkap, hehe. Lupa nak tukar lensa wide, so? Susah la sebab basikal tu laju, jadi sekelip mata je diorang dah ada kat depan mata, haha. Masa tu aku sedang pakai lensa zoom, kalau basikal-basikal semua dah ada kat depan mata, macam mana nak zoom? Haha.

Sampai saja pelumba-pelumba itu, muncul lah konvoi polis dan bermacam-macam lagi konvoi yang terdiri daripada kereta, van dan motosikal. Apabila basikal pertama dah sampai kat garisan penamat, aku terus saja pergi ke masjid bersama kawan-kawan untuk menunaikan solat... akhirnya aku terlepas nak tengok upacara pengumuman pemenang, hehe. Tapi aku tak kisah, sebab hari tu aku tak dapat satu keseronokan, tapi sebagai gantinya, aku dapat dua kegembiraan peribadi, hehe.

Tengok gambar terakhir... seronok mereka bergambar dengan mat salleh, tinggi kan? Ye lah, entah bila lagi mat salleh - mat salleh akan berpijak di bumi Parit Sulong bukan? Zaman sekolah mereka memang seronok, dapat cipta banyak kenangan. Jadi nikmatilah setiap saat hidup kamu dengan kebaikan dan kegembiraan!

Nota: Aish! susah betul nak carik port untuk tangkap gambar, sana sini ribuan orang ada. Siap ada rombongan dari sekolah SMK Seri Medan lagi.
Ramai! Siap masuk berita TV3 sebab ini finishing LTDL yang paling ramai orang berkumpul untuk melihat secara dengan mata kepala mereka sendiri pelumba-pelumba menamatkan perlumbaan di sini. Cabaran... cabaran bagi aku lah, yang nak belajar ambil gambar sukan basikal ni. Tapi aku happy! Sekian, Wassalam.

6 comments:

GH LOL said...

YO~!! aq puas gal ngan post kali nie tp xda gmba ktorg ar~ xbpe meriah!!

Anonymous said...

thx..best laar..da lam uke aku msok tv astro spe yg xbngge beb!!huhuhuh

Afiq Syahmi Adanan said...

thannx korang! keep supporting!

oh GH, wait till suitable momment! i'll updating with ours update! hehe

gh said...

ok~~

Anonymous said...

ko twu x spe name mat saleh yg b'gmba ngn dak2 kt ats tu?

Anonymous said...

woww.... cntik gmbo! aku pn org pt sulong jgk.. tp slalu trlepas event2 besar mcm ni.. blajar kt shaha alam, tu yg sush sikit,..

Post a Comment