Tuesday, October 27, 2009

MOTOR SAYA TIDAK SELAMAT

Minggu lepas, hari khamis bersamaan dengan 22 Oktober 2009, dengan rasa marahnya disini saya ingin mengatakan kepada kalian semua bahawa motor scooter saya telah dicalarkan dengan jayanya. Mana tempat kejadian berlaku? malangnya ia berlaku di sekolah. Kesimpulannya, motor saya tidak selamat di situ. Habis, mahu letak di mana?

Belum hilang rasa marah bagi kes yang pertama, satu lagi motor saya telah dicuri pemegang handlenya. Kejadian berlaku pada semalam, iaitu 26 Oktober 2009 dan bertempat di lot parking kawasan sekolah. Walaupun saya membawa motosikal yang buruk pada tarikh kejadian, namun pemegang handlenya tetap hilang. Jadi? anda pasti motosikal anda selamat? berjaga-jagalah!

Sebarang penyelesaian tentang masalah kehilangan part-part motor? Lakukan seperti saya, iaitu dengan bersabar dan melaporkannya dengan segera kepada Guru Penolong Kanan Hal-ehwal Murid anda iaitu En. Nazlan bin Basar. Dengan itu anda pasti akan rasa puas hati.

Khas untuk pelajar SMK. Dato' Sulaiman sesi 2009.

3 comments:

syazwi-aljabri said...

Fuh,cantik sunguh dia calarkan! Dah macam autograf la pulak! handle motor buruk pun dia kebas!dahsyat sungguh ye pencuri zaman sekarang! banyak-banyaklah bersabar ye Afiq...

Hazwan said...

Huhu.. Ciannye.. Lawak pon ade.. Haha.. Cian kat skooter tu.. Lawak sebab handle moto burok lesap..

Afiq Syahmi said...

pergh! kesan calar tu dikata cantik!!?? itulah karya seni paling x cantik pernah wujud kat dunia... haha...

haa wan - lawak eh... lawak, kang hang kene nanti baru rase. walaupun benda tu murah tp yang lama tetap di hati tau. lol

Post a Comment