Saturday, October 31, 2009

MEJA SANTAI LESAP? OH ABANG TOYE

Tidak seberapa lama yang dahulu, perkarangan sekolah kita (SMKDS) telah dilengkapi dengan 3 set meja kerusi santai di hadapan blok bangunan yang menempatkan kelas-kelas Rancangan Khas dan 2 set lagi ditempatkan di tepi padang sekolah yang bersebelahan dengan laluan ke surau.

Untuk dijadikan cerita, dilihat bahawa lensa kamera kami telah berjaya menangkap sekeping gambar yang menunjukkan seorang artis popular dan glamour iaitu Abang Toye yang sedang menelaah buku kerana mahu menduduki peperiksaan SPM. Meja tersebut terletak betul-betul dihadapan kelas 2RK1, iaitu sebuah kelas yang banyak menempatkan pelajar yang terdiri daripada peminat-peminat fanatik beliau, terutamanya bagi seorang pelajar yang bergelar Hazwan Keribo.

Kerana mengharapkan kehadiran Abang Toye datang ke kelasnya, dia iaitu Hazwan Keribo dan rakan peminat Abang Toye yang lain telah mengambil suatu tindakan yang agak drastik. Tindakan tersebut adalah dengan memindahkan meja santai tersebut ke dalam kelas mereka, iaitu kelas 2RK1. Adakah tindakan mereka berjaya membuatkan Abang Toye datang ke kelas mereka untuk duduk di meja tersebut? Adakah tindakan mereka yang juga mengharapkan autograf dari Abang Toye ini berjaya? Marilah bersama-sama kita doakan kejayaan mereka, aminn...

Kisah ini tiada kena-mengena bagi mereka yang tiada kena-mengena, hanya sekadar hiburan semata. Tiada yang benar melainkan penambahan cerita bagi menyedapkan kisah sahaja. Harap maklum.

3 comments:

Hazwan Keribo said...

ABG TOYEEEEE!!!! Nape tak dtg2 lg kelas aku lg bang??? Kan aku da bwak meja tu ke dalam.. Tolongla dtg abg.toye.. Jangan tak tau abg. syahmi, sy peminat abg jgak..huhu.. Bawak 1 klas sekali.. kitorang mmg peminat u all sume.. haha.. satu kelas kitorang minat.. nanti aku buat fans club abg.toye ngan abg.syahmi kat skolah ni nak tak?? hahahahahaha...

Hazwan Keribo said...

Kalu bleh mntak abg toye dan abg syahmi turunkan autograf kat ats meja sy.. i luv u.. hahahaha..

Afiq Syahmi Adanan said...

ow! aku pon dimintak skali autografnye? hebat sungguh aura abg toye ni smpai org sekelilingnya pun dpt aura kepopularannya...

nak wat fan club? wat la, aku lantik ko jdk presiden, hahahaahah

Post a Comment