Sunday, October 25, 2009

BERCAMPING DI AKHIR TAHUN

Butiran maklumat adalah seperti berikut:
Tempat: Teluk Gorek, Mersing, Johor, Malaysia
Tarikh: 16 hingga 17 Oktober 2009
Peristiwa:
Majlis Penutupan Aktiviti Pengawas
Guru Pengiring:
10 orang
Peserta:
120 orang pelajar

Berikut adalah sedikit sinopsis dan gambar tentang aktiviti yang dilakukan.

Disana, rombongan kami disertai oleh 3 buah bas dan diiringi oleh 2 buah kereta yang dinaiki oleh cikgu pengiring, iaitu Cikgu Shikin selaku pengelola aktiviti dan Cikgu Hailmy selaku jurugambar aktiviti. Kami sampai di destinasi kira-kira pada jam 3.45 petang. Kemudian, selesai solat asar, aktiviti yang dilakukan adalah sesi fotografi, bina istana pasir, main air di pantai dan seterusnya main bola sepak pantai bagi pelajar lelaki. Selain itu, aktiviti bebas adalah dibenarkan. Sebelah malam, kami dikenakan pakaian lengkap pengawas dan dikehendaki memakainya sehensem mungkin. Setelah mendengar sedikit ucapan dan menerima beberapa anugerah bagi mereka yang layak, kami menuju ke tempat makan untuk makan dengan rasa puas hati. Sehabis makan, kami bermain game show yang digelar kotak beracun. Kemudian, pada jam 11.00 malam dan keatas, ada pelajar yang telah tidur dan ada juga pelajar yang main unggun api sambil joget-joget, huh entah lah.

Keesokkannya iaitu 17 Oktober 2009, seawal jam 5.30 pagi kami bangun dari tidur dan terus langsung ke bilik air untuk mandi. Sebaliknya, segelintir pelajar dan termasuk juga saya memilih untuk tidak mandi kerana mengejar masa dan menjimatkan air bagi pihak pengurus Teluk Gorek tersebut, hehe. Selesai solat subuh, kami menuju ke lapangan untuk stretching dan sesudah itu kami pergi bersarapan nasi lemak. Aktiviti seterusnya adalah pendakian Gunung Lambak yang ketinggiannya masih misteri sehingga kini (maaf sebenarnya saya tak tahu ketinggiannya). Selepas itu, dengan kudrat yang ada, kami seramai 118 pelajar dan 9 orang guru pengiring berjalan kaki ke kaki gunung tersebut yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari tapak perkhemahan (agak je ni). Kami daki, sampai puncak dan turun sahaja dari gunung tersebut, sudah mengambil masa kira-kira 5 jam plus-plus. Semasa pendakian masih berjalan, dua orang pelajar perempuan tidak dapat menahan kepenatan yang datang dan akhirnya mereka terpaksa dibawa pulang ke pangkalan pantai untuk berehat. Kesimpulannya, 116 orang pelajar dan 9 orang guru pengiring berjaya menawan puncak gunung tersebut walaupun terasa penat sehingga mengurut kaki. Setelah kami berjaya menuruni gunung tersebut untuk pulang, kami disajikan dengan suatu permandangan yang indah mengenai sebuah pantai yang cantik. Alhamdulillah! kami menjerit kesyukuran. Untuk pulang ke pangkalan tapak perkhemahan, kami berjalan merentasi sepanjang persisiran pantai yang agak panjang. Kira-kira jam 1.30 petang kami sampai ke kawasan khemah dan terus bersiap untuk pulang. Akhirnya, setelah selesai beberapa masalah, pada jam 4.30 petang kami mula bertolak dan sampai ke SMKDS pada jam 8.30 malam. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di pusat jualan keropok lekor untuk membeli keropok lekor bagi bonda tersayang.

Sekian saja tamatlah sudah sebuah sinopsis tentang alkisah kami bercamping di Teluk Gorek, Mersing. Terima kasih kerana sudi membaca kalau anda telah membacanya. Wassalam.

Note: Picture's looking quality has been reduced for maximize the uploaded picture quantity. Hope the quality problem may be excused and once again I hope you're enjoying on what I have posted on this post about. Thank you.

2 comments:

LOKMAN said...

GAMBAR AQ X DE PUN,, SIKIT JE GAMBAR AQ

Afiq Syahmi Adanan said...

ADE LA, YG ORG KENE ANGKAT TU SAPE?

Post a Comment