Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA

gambar kami sekeluarga pada 1 syawal 1430 hijrah / 20 september 2009

Mengikut kalendar Islam pada tahun 1430 hijrah ini, sekarang sudah masuk bulan syawal kan? ia memang benar sekarang sudah masuk bulan syawal. Jadi pada tarikh 6 syawal ini, saya berharap agar saya masih tidak terlambat untuk mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin


Kesimpulannya, barangsiapa yang ada rasa marah, sakit hati, geram dan perasaan yang seangkatan dengannya terhadap saya, disini saya ingin memohon seribu ampun dan maaf. Ini bukan maaf yang main-main, ini minta maaf yang betul-betul tau. Jadi, kalau saya ada melakukan sebarang salah dan silap serta kekurangan, maafkan lah yer... peace!

Terutamanya, kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya. Saya rasa suatu ketika dahulu, saya malas siapkan kerja rumah. Jadi untuk cikgu yang pernah marahkan saya kerana saya tidak berupaya melawan perasaan malas untuk menyiapkan kerja rumahnya, ingin saya katakan disini, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin ya cikgu dan senyum-senyumlah selalu, =)

Dihari raya ini, kalau nak pergi jalan beraya... berhati-hatilah.

Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya mengurangkan penglibatan saya dalam arena perlawanan mercun, roket, bunga api gergasi, meriam, bom dan sebagainya, hihi. Tetapi, cuma soal makan saja yang belum dapat dikurangkan, malahan semakin bertambah-tambah siot... lepas ni aku rasa berat badan aku mesti naik! seram juga aku rasa ek, korang tak rasa seram ke?

Nota: Peringatan untuk pelajar PMR, raya itu raya tetapi peperiksaan PMR yang sebenar lagi dua minggu. Ulang taip, dua minggu lagi yer anak-anak. Jadi, kurangkan lah raya pada tahun ini, tingkatkan prestasi, pecahkan rekod cemerlang agar kekal jadi tradisi. PMR sekali sahaja seumur hidup tetapi Raya setiap tahun ada. Renung-renungkan dan selamat bertindak.

Nota: Pelajar SPM pun sama juga... hehe.

Nota: Ayam goreng di rumah Cikgu Ismail dan Cikgu Ayu memberikan rasa yang lazat sekali, begitu juga dengan mihun sup di rumah Cikgu Tarmizi. Rumah saudara Bakhtiar dari kelas 5-SPM-2 juga tidak ketinggalan untuk menyediakan aroma nasi ayam merah yang membuatkan kami rasa sangat sedap sehingga menjilat jari. Oleh itu, insya-Allah tahun depan saya datang lagi, haha.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekian sahaja dari saya;
Afiq Syahmi bin Adanan
Pelajar calon SPM 2009

3 comments:

Anonymous said...

haha makann makann ;p

selamat hari raya! wooh, lawa gamba raya ;) kitorang amek kat studio kena skema kot. haha

Afiq Syahmi Adanan said...

makan la benda yang paling best kat dunia... hihi

selamat hari raya! wooh, lawa eh? terima kasih :) erm, amek kat studio mmg aku benci sbb backgroundnye mesti mcm katon... so, taun depan hire la jurugmba, hehe

chick ika said...

ahaha, abg kau comel kot ami ?
hee, tp kau tak tgk gambar raya aku lg.
yg statik tu, lain. gamba aku yg comel,
aku mls le nk tunjuk kan. ahaha.

neway, seriously, mmg cantik pic ni <3

Post a Comment