Thursday, April 30, 2009
LAMBAT KE KELAS
Wednesday, April 29, 2009
SEKOLAH CERIA
Waktu pelajaran Pendidikan Jasmani sukatan versi baru, iaituPendidikan ber-Fotografi
Lompat tinggi-tinggi!MINGGU BAHASA
Dilihat, Afiq si-Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu sedang memberikan kata-kata aluannya, dan beliau kelihatan begitu bahagia sekali ketika berucap disamping sayangnya yang berbaju ungu, Mizah. Hah, nampak tak ade beberapa pelajar yang berdiri di hadapan dewan? Kenapa? sebab mereka selalu datang lambat... kerana itulah mereka jadi selebriti di hadapan, haha.Tuesday, April 28, 2009
Wednesday, April 22, 2009
Monday, April 20, 2009
SALAAT FOR MUSLIMS





Lihat kepada gambar-gambar ini, kagum saya dibuatnya. Kenapa kagum? tengok lah, mereka tetap menunaikan fardhu solat lima waktu walaupun di mana sahaja mereka berada dengan apa keadaan sekali pun. Huh! Kita di Malaysia, masjid ada di mana-mana pun kadang-kadang kita susah nak sembahyang. Mereka yang berada di negara yang lain, nak carik masjid pun susah, kadang-kadang tak ada langsung, tetap ada inisiatif untuk menunaikan kewajipan solat.Ingat! Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
(Perform your salaat as you alive, don't wait before it is late)
Orang ramai dan pelajar-pelajar yang masih bersekolah tu, ingatlah...
sumber dari internet, ni saja aje nak sharing peringatan dengan kalian semua, harap diambil pengajaran yer, hee
Saturday, April 18, 2009
JAGA-JAGALAH
Thursday, April 16, 2009
EXAMINATED
(2.06 am, 17 April 2009)
GAMBAR-GAMBAR
Kereta Sewa : Tan Soo Hou.DAILY LIFE
MAULIDURRASUL
Aku rase dah ada banyak gamba manusia ni kat dalam blog aku, haha. Tapi, dia nih sporting kalau disuruh bergambar, sebab tuh gambar dia banyak. Untuk cerita-cerita, gambar ni dirakam di dalam kelas 5 SPM 2. Waktu itu, kami baru sahaja lepas makan nasik hijau. Wooo... sedap tu, Cikgu Andy yang masak. Hah, sambung cerita, semasa kat dalam kelas ni, kami adakan sesi fotografi dan shooting. Dijamin, semua gambarnya memang gila-gila. Sebab itulah aku tak sampai hati nak post gamba atau video yang lain-lain, maluu kalau orang lain (tak kenal) tengok. Haha.Tuesday, April 07, 2009
Tag by Burb's
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Budak Sekolah
Saya guna nama budak sekolah adalah kerana saya ni adalah budak yang masih bersekolah, hehe. Sebenarnya, semasa mula-mula saya buat blog, ketika itu tak tahu nak letak nama apa. Namun, ilham nama budak sekolah tu muncul dari cikgu saya sendiri yang menamakan blognya cikgu seni. Lagi satu, dia tu memang cikgu seni. Hah, saya ni pulak masih budak dan bersekolah, so, jadilah nama budak sekolah. Lagi satu, nama itu pun sementara aje, sebab saya ada terpikir untuk menukarnya suatu hari nanti mengikut keadaan.
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu.
http://afiqsyahmiadanan.blogspot.com/
Yang ni malas nak cerita panjang-panjang, kerana ideanya senang jer. Nama aku kan Afiq Syahmi bin Adanan. Nak dijadikan cerita, inikan blog aku. So untuk menunjukkan ini blog aku, aku letak la nama aku kat url tuh. Tak kan aku nak letak nama spesis babun pulak kat blog aku, kurang kerjan! Haha.
3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Saya pakai cara yang paling skema yang pernah di-skema-kan dalam orang-orang skema. Haha. Sebenarnya, saya pakai cara bahasa yang universal, digunakan sehari-harian dan ditambah dengan unsur-unsur lawak. Saya juga menggunakan gambar dengan meluas dalam blog saya ini sebagai alat mencerita [sebenarnya saya malas dalam bab tulis menulis nih, hehe]. Dengan itu, ia memudahkan blog aku nih untuk di tatapi oleh semua lapisan masyarakat.
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Hmm… tak untuk setakat ini. Sebabnya kerana saya buat blog nih untuk berkongsi gambar dengan rakan taulan di sekolah. Setakat ini, ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Untuk itu, tiada sebab untuk saya menghapuskan blog ini, haha.
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Pendapat saya, pemilik blog yang tag saya ini kuat imaginaaasiiii… haha.
6) Next 10 person to tag?
Haha, For the truth, I’ve no one to tag. Because I’ve only a follower [Syafiq] who someone tagged me for this question.
TAK DAPAT IKUT
Sunday, April 05, 2009
TRIP PERGI MELAKA... WOW
Ketika ini, semua member-member saya yang Melayu pergi menghilang ke-tempat lain, dan akhirnya saya naik menara [Taming Sari] tu dengan Ooo Beng [Tan Soo Hou] dan amoi-amoi nih, nasib baik saya memang berkawan dengan diorang nih, tak lah segan sangat. Memang tak ada masalah-lah naik dengan diorang. Ermm... tepat-tepat aje kami ber-tujuh turun, terus hujan lebat, hoho. Kami sangat beruntung kerana dapat menikmati permandangan dengan jelas. Masa kat atas, saya bersama mereka teruja dengan permandangan tepi laut, sampai lupa nak bergambar. Maklumlah, tak pernah pergi tempat tinggi. Hah, dah nak turun baru teringat nak bergambar, dan akhirnya saya meminta bantuan seorang lelaki cina yang duduk di sebelah kanan saya untuk mengambil gambar kami dan ini-lah dia hasilnya... Sbnrnya aku tak puas hati dengan gambar nih, apesal-lah muka aku kat tepi sangat, ape la ekk? Thursday, April 02, 2009
GERAK GEMPUR
Soalan yang menyakitkan hati kepala otak aku! Susah gila gaban... Mungkin susah bagi aku jer kot, dan mungkin jugak soalan ni senang bin kacang bagi pelajar lain. Renung-renungkan lah, kalau kita tak belajar, semuanya susah kan? Betul tak? Ya! memang betul!Saya jawab soalan ini semalam (1 April 2009). Kesimpulan dan hakikatnya, saya rasa saya memang betul-betul di-GERAK GEMPUR-kan apabila soalan ini diedarkan... Pasal ape?
Because I'm completely not ready for answering this Gerak Gempur! huargh!
Nota : Pelajar Ting. 5 seluruh Batu Pahat adalah sedia maklum dengan soalan ini.
Updated:
Just now, I got this paper 1 result with many regret. Only 27 over 40 question is correct, and I couldn't imagine how about my result in paper 2 soon. What can I do is just redhaa... huh! extremely hard!




