Monday, August 22, 2011

BERSYUKUR (PART 2)

Penulis ketika menuntut di SK Parit Sulong, darjah 2

Kisah kali ini, aku ingin menyatakan kesyukuran aku untuk bahagian 2. Alkisahnya, ia bermula dari zaman sekolah tadika. Dahulunya aku tak pandai membaca, walaupun kat zaman darjah 1 (1999). Arwah ayah aku sangat garang masa mengajar aku membaca. Teringat waktu cuti akhir tahun sekolah tadika, waktu tu lagi beberapa minggu jer aku nak masuk darjah 1. Ayah aku cikgu, semestinya dia malu kalau anaknya tdak tahu membaca, tapi apakan daya, begitulah aku masa tu. Ayah mengajar aku sehinggakan adik aku yang tidur, terbangun dan takut. Begitu kuat teriakan beliau kerana marahkan aku yang lambat membaca. Buku membaca ketika itu dihempas-hempas kerana lambatnya aku menangkap setiap ungkapan yang dibacakan. Akhirnya, waktu darjah 2, baru lah aku boleh membaca buku cerita dengan elok walaupun lambat.

Begitu juga mak aku, beliau sungguh tegas dalam soal agama, beliau mengajar aku mengaji setiap malam. Aku sangat takut apabila menjelang maghrib, semestinya aku dimarahi kerana aku ni lambat. Menggigil tangan aku bila menunjuk setiap baris ayat yang dibacakan. Setiap kali salah jer, tangan aku dijentik dengan kuat, sakit. Diam-diam, sekarang aku sudah boleh membaca dengan elok. Begitu juga tentang perihal solat, beliau sengat peka dengan kealpaan aku, semestinya dia tanya aku sudah solat ke belum. Akhirnya, aku sudah membudayakan diri aku tentang suruhan solat dalam Islam. Terima kasih mak.

Sebelas tahun kemudian, aku disini. Universiti. Aku boleh membaca dengan lancar, Bahasa Melayu, Jawi, mahupun Inggeris. Aku sangat bersyukur kerana ayah begitu tegas mengajar aku. Sangat bersyukur mempunyai mak yang garang. Bayangkanlah, kalau aku dibelai dengan penuh manja yang tidak bersempadan, macam mana? tak kemana aku. Ibu bapa ni garangnya bertempat, biasalah.

Part 3 will coming soon.

No comments:

Post a Comment