Monday, August 22, 2011

BERSYUKUR (PART 2)

Penulis ketika menuntut di SK Parit Sulong, darjah 2

Kisah kali ini, aku ingin menyatakan kesyukuran aku untuk bahagian 2. Alkisahnya, ia bermula dari zaman sekolah tadika. Dahulunya aku tak pandai membaca, walaupun kat zaman darjah 1 (1999). Arwah ayah aku sangat garang masa mengajar aku membaca. Teringat waktu cuti akhir tahun sekolah tadika, waktu tu lagi beberapa minggu jer aku nak masuk darjah 1. Ayah aku cikgu, semestinya dia malu kalau anaknya tdak tahu membaca, tapi apakan daya, begitulah aku masa tu. Ayah mengajar aku sehinggakan adik aku yang tidur, terbangun dan takut. Begitu kuat teriakan beliau kerana marahkan aku yang lambat membaca. Buku membaca ketika itu dihempas-hempas kerana lambatnya aku menangkap setiap ungkapan yang dibacakan. Akhirnya, waktu darjah 2, baru lah aku boleh membaca buku cerita dengan elok walaupun lambat.

Begitu juga mak aku, beliau sungguh tegas dalam soal agama, beliau mengajar aku mengaji setiap malam. Aku sangat takut apabila menjelang maghrib, semestinya aku dimarahi kerana aku ni lambat. Menggigil tangan aku bila menunjuk setiap baris ayat yang dibacakan. Setiap kali salah jer, tangan aku dijentik dengan kuat, sakit. Diam-diam, sekarang aku sudah boleh membaca dengan elok. Begitu juga tentang perihal solat, beliau sengat peka dengan kealpaan aku, semestinya dia tanya aku sudah solat ke belum. Akhirnya, aku sudah membudayakan diri aku tentang suruhan solat dalam Islam. Terima kasih mak.

Sebelas tahun kemudian, aku disini. Universiti. Aku boleh membaca dengan lancar, Bahasa Melayu, Jawi, mahupun Inggeris. Aku sangat bersyukur kerana ayah begitu tegas mengajar aku. Sangat bersyukur mempunyai mak yang garang. Bayangkanlah, kalau aku dibelai dengan penuh manja yang tidak bersempadan, macam mana? tak kemana aku. Ibu bapa ni garangnya bertempat, biasalah.

Part 3 will coming soon.

Sunday, August 21, 2011

BERSYUKUR (PART 1)

Gambar menunjukkan penulis yang membuat lawatan di pusat jagaan OKU

Terkenangkan kerja yang banyak, aku menelaah laptop sebab nak ambil mood, sambil memikirkan bila cuti Raya nak tiba (lagi 2 hari). Tengok-tengok laptop, aku terjumpa gambar nih kat facebook. Jadi aku nak share gambar ni kat korang semua. Sebenarnya, aku bersyukur jadi diri aku yang sekarang. Aku tiada masalah duit untuk belajar, mak sangat memahami aku soal kewangan nih. Aku juga tiada masalah untuk belajar, mungkin sebab aku dah berpengalaman tentang perihal pembelajaran aku di sini. Aku sangat berterima kasih kepada arwah ayah, kerana banyak mendedahkan diri aku tentang apresiasi seni, aspek lukisan, Adobe Photoshop, Word buat surat rasmi, Powerpoint, fotografi dan juga grafik. Mungkin ayah aku tidak mengajar aku semua itu, tapi kerana dorongan beliau, aku belajar semua benda tuh kat zaman sekolah.

Lihat gambar diatas, mereka semua adalah kanak-kanak yang syndrome down, autism, dan kurang upaya. Mereka mungkin tak dapat merasa apa yang aku rasa. Aku dapat berjalan dengan sempurna, namun mereka tidak. Aku mungkin dapat berfikir dengan baik, berseronok dengan baik, namun mereka tidak. Jadi, terkenangkan akan nasib kanak-kanak di pusat jagaan tersebut, aku berasa sangat bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan dengan keadaan yang baik dan sempurna oleh mak dan arwah ayah. Sekian.

Friday, August 05, 2011

RAMADAN 2011

Ramadan tiba lagi, selamat menyambut bulan ramadan kepada semua muslim di dunia. Semoga kita dihindarkan dari pelbagai maksiat di bulan yang mulia ini. Mari kita tingkatkan ibadah untuk ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sekian.