Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA

gambar kami sekeluarga pada 1 syawal 1430 hijrah / 20 september 2009

Mengikut kalendar Islam pada tahun 1430 hijrah ini, sekarang sudah masuk bulan syawal kan? ia memang benar sekarang sudah masuk bulan syawal. Jadi pada tarikh 6 syawal ini, saya berharap agar saya masih tidak terlambat untuk mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin


Kesimpulannya, barangsiapa yang ada rasa marah, sakit hati, geram dan perasaan yang seangkatan dengannya terhadap saya, disini saya ingin memohon seribu ampun dan maaf. Ini bukan maaf yang main-main, ini minta maaf yang betul-betul tau. Jadi, kalau saya ada melakukan sebarang salah dan silap serta kekurangan, maafkan lah yer... peace!

Terutamanya, kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya. Saya rasa suatu ketika dahulu, saya malas siapkan kerja rumah. Jadi untuk cikgu yang pernah marahkan saya kerana saya tidak berupaya melawan perasaan malas untuk menyiapkan kerja rumahnya, ingin saya katakan disini, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin ya cikgu dan senyum-senyumlah selalu, =)

Dihari raya ini, kalau nak pergi jalan beraya... berhati-hatilah.

Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya mengurangkan penglibatan saya dalam arena perlawanan mercun, roket, bunga api gergasi, meriam, bom dan sebagainya, hihi. Tetapi, cuma soal makan saja yang belum dapat dikurangkan, malahan semakin bertambah-tambah siot... lepas ni aku rasa berat badan aku mesti naik! seram juga aku rasa ek, korang tak rasa seram ke?

Nota: Peringatan untuk pelajar PMR, raya itu raya tetapi peperiksaan PMR yang sebenar lagi dua minggu. Ulang taip, dua minggu lagi yer anak-anak. Jadi, kurangkan lah raya pada tahun ini, tingkatkan prestasi, pecahkan rekod cemerlang agar kekal jadi tradisi. PMR sekali sahaja seumur hidup tetapi Raya setiap tahun ada. Renung-renungkan dan selamat bertindak.

Nota: Pelajar SPM pun sama juga... hehe.

Nota: Ayam goreng di rumah Cikgu Ismail dan Cikgu Ayu memberikan rasa yang lazat sekali, begitu juga dengan mihun sup di rumah Cikgu Tarmizi. Rumah saudara Bakhtiar dari kelas 5-SPM-2 juga tidak ketinggalan untuk menyediakan aroma nasi ayam merah yang membuatkan kami rasa sangat sedap sehingga menjilat jari. Oleh itu, insya-Allah tahun depan saya datang lagi, haha.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekian sahaja dari saya;
Afiq Syahmi bin Adanan
Pelajar calon SPM 2009

Thursday, September 17, 2009

DEMAM RAYA

Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan majlis raja-raja, setelah saya melihat kemunculan anak bulan syawal semalam, dengan ini diumumkan bahawa esok raya!

Monday, September 14, 2009

DEMAM EXAM

Inilah gaya seorang pelajar yang sedang demam periksa. Pergi ke mana-mana sahaja, pegang buku sampai pergi main takraw pun baca buku. Jadi anak-anak, contohilah dia... nescaya anda gumbira dan bahagia di waktu yang mendatang kelak, Insya-Allah.

Thursday, September 03, 2009

TEMPORARY LEAVE

image above is just for a viewing purpose
Due to my Trial SPM exam this week and this coming two weeks, here I want to rule myself to make my blog as the most no entry site for me until the entire exam is going to be over. Mean that, I won't update this blog along this exam period. I hope it worked, hehe.

Live photograph above show how hard the trial SPM is it. Picture was taken while he is undergoing the English paper, yesterday on September 3rd. Dear readers, wish me luck okay, thank you very much.

There is a note to Syafiq Sarkawi and I hope he would be noted on what I note about: Right now, stop blogging laaa mate. Trial is not over yet, SPM is also not over yet either... haha.
I think it might be ignored, that's why I cross it =)

Note: Special off on friday was given to us from our Educational Ministry of Malaysia, so we were ending our exam a day earlier, Thank you!