Thursday, June 16, 2011

BANDAR SUNGAI PETANI

Buat masa terdekat ni, tempat untuk aku berjalan, shopping, cuci mata dan bercuti hujung minggu adalah di bandar Sungai Petani, Kedah. Slogan majlis pembandarannya, Kedah sejahtera, Kedah maju 2010.

"Hujan batu di negara orang, hujan emas di negeri sendiri"

Teringat pula akan keadaan BP Mall, Square One, Carefour, dan The Summit dan serta Restoren Asam Pedas kat Batu Pahat, Johor.

Tuesday, June 14, 2011

HENSET AKU HILANG

Dahulunya aku pakai telefon bimbit model ini, tapi, tiba-tiba dia hilang? Isy... Alkisahnya, aku pulang ke Kedah, naik bas ekspres dari Johor, untuk meneruskan pelajaran. Sampai bandar Sungai Petani, sekitar 5 pagi, aku ambil teksi untuk ke kampus. Semasa berjalan kaki ke asrama, tengok kocek, kosong! Aku rasa, ia tercicir di tempat duduk masa kat dalam bas atau kat teksi tu. Nasib badan...

Buat masa sekarang, aku pakai smartphone model ni. Best! Aku pinjam dari kawan bilik. Terima kasih boboy! Hmm... tapi, aku masih belum buat simkad lagi untuk redeem nombor telefon lama, adui. Semoga semuanya berjalan lancar.

Nota : Aku sedang kumpul duit, nak beli telefon baru yang murah-murah sikit.

Monday, June 13, 2011

14 JUN 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, saya update blog ini sebab teringat akan zaman persekolahan. Kali ini, aku mendapat ilham untuk meneruskannya. Dahulunya, saya kerap update cerita-cerita baru di sekolah, cari layout blog, explore HTML code dan sebagainya;

tempat aku bermain di sekolah menengah dulu

Tapi, zaman berlalu dan aku sekarang belajar di Universiti, belajar Art and Design. Sejak saja masuk mendaftar pada 26 Jun 2010 yang lepas, aku dah tak update blog. Mungkin sebab faktor persekitaran yang tak membantu, seperti zaman sekolah dahulu. Kemudian, mungkin ramai pembaca yang kian lemau untuk menjenguk blog ini.

Hmmm... dulu aku ingat ia membazir dan membuang masa, namun sebenarnya ia membawa kepada banyak perkara yang baik kalau dilaksanakan dengan cara yang mantap dan bermanfaat. Apa dia? Kita lihat post yang akan datang, insya-Allah.