poster yang aku bedal dari internet, contoh untuk salah satu angan-angan aku yang nak jadi perdana menteri, hehe.
Kita hidup kat dunia ni mesti ada cita-cita kan? Aku? tak ada yang pastinya dari dulu... Sekejap ini sekejap itu sekejap nak jadi entah ape-ape entah. Dan, ini dia list cita-cita yang pernah aku impikan sekian waktu dulu... haha.Masa umur 5 tahun
Nak jadi Power Rangers, nak selamatkan dunia dari kejahatan, haha!
Masa umur 8 tahun
Nak jadi Perdana Menteri, bercita-cita nak hapuskan korupsi! Nak dapatkan gelaran Mr. Clean! Hehe.
Masa umur 10 tahun
Tukar cita-cita, nak jadi Doktor pulak, seronok tengok orang pakai baju kot putih dengan stetoskop kat leher lepas tu boleh bedah-bedah orang.
Masa umur 12 tahun
Tak mau lah, tukar lagi. Nak jadi businessman macam orang-orang kat filem tv tu atau macam Bill Gates... pakai baju kot pergi pejabat, naik kereta mewah, duduk rumah banglo, haha, berangan sungguh!
Masa umur 14 tahun
Tukar pulak? nak jadik arkitek lah, kononnya berangan nak design projek menara KLCC yang kedua kat Parit Sulong, haha!
Mase umur 15 tahun
Tukar balik kepada asal, nak jadik doktor lagi, lol!
Masa umur 16 tahun
Dah tak nak jadi doktor pulak lah, kerana waktu kelas Biologi Cikgu Salasiah masa tingkatan 4 kat SMKDS dulu, kaki aku gigil sebab tengok kawan-kawan termasuk aku sendiri sedang bedah katak secara live! Grrrr...
Sekarang semasa berumur 17 tahun berstatus sedang tunggu result SPM
Entah? itulah dulu belajar main-main... Kalau ditimbang dan fikir balik dengan cita-cita yang bagus-bagus kat atas, macam tak sepadanlah dengan gaya aku belajar waktu zaman sekolah dulu? hehe. Jadik korang yang masih membaca dan sekali gus masih bersekolah, ambillah iktibar, dan kalau boleh, dari bayilah korang semua dah tetapkan cita-cita masing-masing, barulah senang nak study sebab kita tahu apa yang kita nak, sekian, bye-bye.
Nota: Sekarang penulis sedang berangan-angan nak mohon maktab perguruan atau IPG, jadi doakan supaya saya berjaya, atau doakan lagi supaya aku mungkin dapat tawaran yang lebih baik lagi daripada IPG, Amin... Terima kasih!
Nota: Sedang bergiat aktif dalam bidang seni, seni apa? seni fotografi, huhu.
Nota: Tak tahu lah bila result SPM keluar... ada yang cakap 28 Februari, ada yang kata 11 Mac dan ada lagi cakap 16 Mac nanti, walau bagaimanapun, dia tetap akan keluar bukan? Takut beb!
Updated = Result SPM 11 Mac ini!