Tuesday, June 08, 2010

TERKEJUT DENGAN BERITA INI

Beberapa hari yang lepas, saya beli surat khabar dan baca seperti biasa, tapi pada hari tersebut saya terkejut dengan satu berita ini. Budak 2 tahun tidak lagi ketagih rokok? hah? Teruk bukan? Menurut akhbar, budak 2 tahun tersebut telah menghisap sebanyak 40 batang sehari sebelum ini, subhanallah. Budak lagi tuh! Lagi mengejutkan, ayahnya mengaku bahawa dia telah memberikan anaknya rokok seawal umur 18 bulan. Tambah lagi, ibunya memberitahu yang anaknya itu akan mengamuk, menghentak-hentak kepala ke dinding apabila tidak dapat menghisap sebatang rokok sehari. Aduhai, saya rase sedih dengan berita ini, lagi-lagi apabila ayahnya tanpa rasa kesal mengatakan, anaknya tiada apa-apa merokok, dia sihat-sihat saja, katanya si ayah itu. Aiii tak sekolah betul lah si ayah ni. Sekarang, budak tersebut sedang menjalani terapi untuk mengurangkan ketagih, dan kini budak itu hanya menghisap kira-kira 15 batang rokok sahaja dalam sehari. Semoga budak tak bersalah itu dapat berhenti merokok, insya-Allah. Katakan taknak!

No comments:

Post a Comment