Sekian berikut, gambar yang ada di atas adalah bertarikh 13 Mac 2010. Namun disebabkan beberapa permasalahan yang berlaku, baru sekarang saya uploadkan gambar mereka. Namun bukanlah saya ini jurugambar rasmi mereka, sebaliknya, saya hanya belajar. Terima kasih kepada Abang Mat kerana memberi peluang untuk ikut abang bekerja. Untuk pengetahuan, lokasi rumah pengantin adalah di Parit Raja, Batu Pahat dan lokasi penggambaran outdoor adalah di UTHM manakala Abang Mat adalah jurugambar rasmi. Namun amat mendukacitakan apabila sehingga kini saya tak dapat mengikuti Abang Mat lagi kerana banyak kerja lain yang timbul dan tak lupa juga terpaksa membantu ayah yang sedang sakit.
Layan lah gambar apa yang ada, sikit saja sebab yang lain tak lawa. Saya ada masalah angle sebab kononnya sekarang angle senget sikit lawa, memang lawa kalau kena caranya tapi aku buat angle senget tu, senget sangat, sebab tu jadi hancur... isy. Lepas tu aku ada banyak masalah exposure... terang, gelap, over, blur, waaa susah betul nak dapatkan clean shot. Banyak pengalaman, banyak pembelajaran. Harap lepas ini, masalah-masalah tersebut selesai. Semoga terhibur melihat gambar, komen dan kritik yang membina amat dialu-alukan, kalau yang nge'damn' gila-gila pun tak kisah lah sebab nanti aku delete, hehe.
Nota: Sewaktu majlis berlangsung, ramai orang luar negara datang. Mereka tersebut ada yang dari Jepun, Iraq, Pakistan dan Arab sebab pengantin perempuan adalah pelajar UTHM, dan di kuliah pengantin, ramai pelajar asing, ha itu lah dia. Mereka begitu kagum dengan adat kahwin kita, kebetulan pasangan pengantin bersanding di luar rumah, wah meriah sungguh. Lagi satu, antara pelajar asing yang hadir, siap ada yang sudah berkeluarga. Tengoklah gambar di atas, ada budak kecik comel yang asal dari Iraq, macam orang putih kan? Hah lagi satu, En. Aziz Kaprawi pun ada, siapa dia? Ahli Parlimen kawasan Parit Raja, dia 'hai' kat aku, hehe.
Nota: Sekian, wassalam.

No comments:
Post a Comment