Saturday, June 05, 2010

TAMATNYA EXAM, BERMULALAH CUTI

Lokasi adalah bertempat di SMK Dato' Sulaiman, dan kira-kira pada 18 Mei 2010, dilihat pelajar tingkatan 4 dan 5 sedang sibuk bertegang urat, membujur mata kerana peperiksaan setengah tahun sedang berlangsung dan ia dilaksanakan secara setara bagi seluruh daerah batu pahat. Manakala, bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 pula, peperiksaan mereka bermula pada tarikh 27 Mei yang lalu. Pelbagai khabar angin mengatakan, budak-budak tidur masa jawab, yang tiru, membawa toyol putih bernota, dan atau yang ponteng pun ada. Alahai... sedih. Erm, dari apa yang saya ketahui, dengar-dengar cerita kertas peperiksaan Bahasa Inggeris bagi tingkatan 3 susah gila? ya kah? tapi komen dari guru bahasa inggeris mereka pula, Pn. Rusiah mengatakan bahawa, ianya sesungguhlah senang... hehe, tak kisah lah. Apa yang penting mereka sudah pun berjaya menjawabnya dengan pelbagai ragam pada minggu lepas dan sekarang pun, peperiksaan setengah tahun 2010 sudah pun melabuhkan tirai dan mereka terus bercuti selama 2 minggu! Konklusinya disini, saya cuma ingin mangatakan kepada mereka yang berkenaan... SELAMAT BERCUTI SEKOLAH!

I WISH HAPPY HOLIDAYS TO ALL STUDENTS !

No comments:

Post a Comment