Sunday, June 06, 2010

BERDUA LEBIH BAIK?

Musim cuti sekolah yang telah dinanti-nantikan akhirnya muncul juga. Namun ini lah masanya bagi pasangan-pasangan kekasih nak dating atau berendek. Kalau mereka dating, mestilah berdua kan? persoalannya, adakah berdua lebih baik? oit, tak baik, dosa. Elok berlapan jer, haha. Nak berdua boleh, tapi ikatilah kamu berdua dahulu, dengan ikatan yang sah, iaitu ikatan perkahwinan. Lagi-lagi, sekarang ini kan musim cuti, atau sebenarnya adalah musim mengawan bagi manusia-manusia, haha. Banyak jemputan kahwin, sana sini ada orang kahwin. Haaa! lepas tu baru boleh berdua-duaan... Jadi, kepada yang belum berkahwin, apalagi? rancang kewangan anda, lepas itu, besok terus kahwin, hehe. Kalau yang masih belajar, jangan gatal-gatal yer. Tapi, kalau ada yang berkenan, terus cepat-cepat bagitahu mak ayah, jangan malu-malu nanti melepas, hehe. Kesimpulan di sini, saya nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BAHARU kepada sesiapa saja di Malaysia yang kahwin di musim cuti ni. Tahniah! Semoga berbahagia ke anak cucu.

No comments:

Post a Comment