Monday, June 07, 2010

BELAJAR FOTOGRAFI


Sekian berikut, gambar yang ada di atas adalah bertarikh 13 Mac 2010. Namun disebabkan beberapa permasalahan yang berlaku, baru sekarang saya uploadkan gambar mereka. Namun bukanlah saya ini jurugambar rasmi mereka, sebaliknya, saya hanya belajar. Terima kasih kepada Abang Mat kerana memberi peluang untuk ikut abang bekerja. Untuk pengetahuan, lokasi rumah pengantin adalah di Parit Raja, Batu Pahat dan lokasi penggambaran outdoor adalah di UTHM manakala Abang Mat adalah jurugambar rasmi. Namun amat mendukacitakan apabila sehingga kini saya tak dapat mengikuti Abang Mat lagi kerana banyak kerja lain yang timbul dan tak lupa juga terpaksa membantu ayah yang sedang sakit.

Layan lah gambar apa yang ada, sikit saja sebab yang lain tak lawa. Saya ada masalah angle sebab kononnya sekarang angle senget sikit lawa, memang lawa kalau kena caranya tapi aku buat angle senget tu, senget sangat, sebab tu jadi hancur... isy. Lepas tu aku ada banyak masalah exposure... terang, gelap, over, blur, waaa susah betul nak dapatkan clean shot. Banyak pengalaman, banyak pembelajaran. Harap lepas ini, masalah-masalah tersebut selesai. Semoga terhibur melihat gambar, komen dan kritik yang membina amat dialu-alukan, kalau yang nge'damn' gila-gila pun tak kisah lah sebab nanti aku delete, hehe.

Nota: Sewaktu majlis berlangsung, ramai orang luar negara datang. Mereka tersebut ada yang dari Jepun, Iraq, Pakistan dan Arab sebab pengantin perempuan adalah pelajar UTHM, dan di kuliah pengantin, ramai pelajar asing, ha itu lah dia. Mereka begitu kagum dengan adat kahwin kita, kebetulan pasangan pengantin bersanding di luar rumah, wah meriah sungguh. Lagi satu, antara pelajar asing yang hadir, siap ada yang sudah berkeluarga. Tengoklah gambar di atas, ada budak kecik comel yang asal dari Iraq, macam orang putih kan? Hah lagi satu, En. Aziz Kaprawi pun ada, siapa dia? Ahli Parlimen kawasan Parit Raja, dia 'hai' kat aku, hehe.

Nota: Sekian, wassalam.

Sunday, June 06, 2010

BERDUA LEBIH BAIK?

Musim cuti sekolah yang telah dinanti-nantikan akhirnya muncul juga. Namun ini lah masanya bagi pasangan-pasangan kekasih nak dating atau berendek. Kalau mereka dating, mestilah berdua kan? persoalannya, adakah berdua lebih baik? oit, tak baik, dosa. Elok berlapan jer, haha. Nak berdua boleh, tapi ikatilah kamu berdua dahulu, dengan ikatan yang sah, iaitu ikatan perkahwinan. Lagi-lagi, sekarang ini kan musim cuti, atau sebenarnya adalah musim mengawan bagi manusia-manusia, haha. Banyak jemputan kahwin, sana sini ada orang kahwin. Haaa! lepas tu baru boleh berdua-duaan... Jadi, kepada yang belum berkahwin, apalagi? rancang kewangan anda, lepas itu, besok terus kahwin, hehe. Kalau yang masih belajar, jangan gatal-gatal yer. Tapi, kalau ada yang berkenan, terus cepat-cepat bagitahu mak ayah, jangan malu-malu nanti melepas, hehe. Kesimpulan di sini, saya nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BAHARU kepada sesiapa saja di Malaysia yang kahwin di musim cuti ni. Tahniah! Semoga berbahagia ke anak cucu.

Saturday, June 05, 2010

TAMATNYA EXAM, BERMULALAH CUTI

Lokasi adalah bertempat di SMK Dato' Sulaiman, dan kira-kira pada 18 Mei 2010, dilihat pelajar tingkatan 4 dan 5 sedang sibuk bertegang urat, membujur mata kerana peperiksaan setengah tahun sedang berlangsung dan ia dilaksanakan secara setara bagi seluruh daerah batu pahat. Manakala, bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 pula, peperiksaan mereka bermula pada tarikh 27 Mei yang lalu. Pelbagai khabar angin mengatakan, budak-budak tidur masa jawab, yang tiru, membawa toyol putih bernota, dan atau yang ponteng pun ada. Alahai... sedih. Erm, dari apa yang saya ketahui, dengar-dengar cerita kertas peperiksaan Bahasa Inggeris bagi tingkatan 3 susah gila? ya kah? tapi komen dari guru bahasa inggeris mereka pula, Pn. Rusiah mengatakan bahawa, ianya sesungguhlah senang... hehe, tak kisah lah. Apa yang penting mereka sudah pun berjaya menjawabnya dengan pelbagai ragam pada minggu lepas dan sekarang pun, peperiksaan setengah tahun 2010 sudah pun melabuhkan tirai dan mereka terus bercuti selama 2 minggu! Konklusinya disini, saya cuma ingin mangatakan kepada mereka yang berkenaan... SELAMAT BERCUTI SEKOLAH!

I WISH HAPPY HOLIDAYS TO ALL STUDENTS !

Monday, May 31, 2010

HAI! SAYA SUDAH KEMBALI

gambar hiasan, segar dari kamera

Diam-diam dah 2 bulan saya tak post apa-apa kat blog ini. Dahulunya, saya ketagih, sekarang? Alamak entahlah tak tahu nak kata apa. Sebab dah habis sekolah agaknya. Tamat saja sekolah, dunia seakan semakin sibuk dengan kerja-kerja yang pelik. Aii... Kalau dulu, waktu sekolah, tugas saya hanya belajar dan masa terluang boleh lah kita buat benda yang kita suka. Tapi tidak lagi jika dah tamat sekolah, tanggungjawab sebagai seorang insan semakin meningkat dan masa yang terluang kini kembali sempit. Tapi akhirnya, berjaya saya melancarkan post ini. Oleh itu, disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang masih menjenguk blog ini. Tanpa korang, tak ada lah blog ini.

Terima kaseyyy! Wassalam.

Thursday, April 15, 2010

SORRY, MAAF

Maaf, saya bercadang untuk berehat dari dunia blogging untuk sekian waktu. Jadi? tak ada update, tak ada gambar dan tak ada lah apa-apa... Maaf, keadaan diri saya sekarang tak stabil lah, sekali gus mematikan mood nak update blog. Tunggu pada sekian waktu, saya akan kembali aktif, insya-Allah.

Blog update is currently unavailable