Bersama rakan-rakan di Tanjung Bidara, Melaka
Aku merupakan seorang pelajar yang menuntut di UiTM kampus Kedah. Aku mula bercuti semester pada 5 April yang lepas dan 10 Jun adalah tarikh yang disebut-sebut untuk permulaan semula kuliah. Hari ini dah hampir 2 bulan aku cuti kat rumah. Aku tak kerja sambilan seperti rakan-rakan yang lain. Keluhan rakan-rakan, mereka bosan di rumah kalau tak kerja. Tapi tidak bagi aku, walaupun aku tak kerja part time cuti ni, macam-macam juga aku buat kat rumah walaupun masanya tak teratur, hehe.
Stesen LRT KL Sentral, Kuala Lumpur
Oleh kerana cuti semester kali ini adalah 2 bulan 1 minggu, macam-macam aktiviti yang aku rancangkan sebelum aku cuti. Aku rancang untuk ke Kelantan, KL, JB dan follow abang Rahmat untuk fotografi perkahwinan, tapi apa yang dirancang adalah ketentuan ilahi, tak semestinya menjadi.
1. Mulanya, aku ada pergi ke karnival Jelajah Janji Ditepati, kerana menghantarkan mak dan kakak aku ke sana. Selepas itu, kawan-kawan ajak aku ke Gunung Ledang. Memikirkan mereka semua kawan baik aku dan mereka juga cuti tak lama, aku terima tawaran itu. Setengah jam mendaki, mandi, tetiba hujan turun, dan rancangan kami akhirnya diubah untuk kami ke Melaka.
2. Kemudian, aku terima tawaran abang aku untuk jadi jurugambar di Majlis Maulidur Rasul 1433H di kawasan sekitar. Selepas itu, aku bersama Cikgu Othman Karim menguruskan proses tempahan gambar. Selain itu, aku juga ikut perkembangan Kembara Mahkota Johor 2012 di Batu Pahat pada Mei yang lepas.
3. Aku hantar kereta sukan aku, Toyota Corolla 1991 untuk sembur cat kerana keadaan kereta yang semakin teruk. Lepas itu, aku tak ada kenderaan yang tetap untuk kegunaan aku seorang. Jadi aku pinjam kereta mak aku untuk bergerak. Oleh itu, aku jadi pemandu sepenuh masa mak dan adik aku untuk urusan kerja dan sekolah.
aktiviti berbasikal kat atas gunung, haha
4. Hujung minggunya, aku sekali lagi ke Melaka bersama keluarga untuk aktiviti santai. Hujung minggunya, sekali lagi juga aku ke Melaka bersama kawan-kawan yang lain untuk aktiviti lain. Hujung minggu yang berikutnya, aku ikut abang aku berbasikal di trek kawasan sekitar.
5. Saban minggu aku rajin berbasikal bersama abang aku di trek baru yang berada di kawasan sekitar. Seronok dan berbaloi. Setidaknya masa aku terisi dengan perkara yang sihat dan berfaedah. Terima kasih kepada abang aku, Akmal kerana memperkenalkan hobi MTB yang sihat nih.
Persembahan LIVE oleh Merbok Art & Design Stompers (MADS) UiTM Kedah di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3
En. Zaidi selaku penasihat dan Hakim selaku ketua pasukan MADS Stompers di temuramah oleh pengacara MHI, Ally Iskandar.
Syeikh ni tak tahu cakap English walaupun sedikit, yang dia paham ialah bila aku sebut perkataan 'Malaysia' dan aku paham dia sebut 'Arab Saudi', hehe.
6. Syukur juga aku sempat buat sesuatu ikut plan iaitu ke KL. Minggu lepas, dapatlah aku tengok macam mana bentuk Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Aku bermalam di Damansara untuk bersama kawan-kawan di MADS Stomper kat Sri Pentas TV3 pada 22 Mei yang lepas. Kemudian, akhirnya, dapat juga aku ke Genting Highland naik bas, walaupun ia tak dirancang. Kemudian aku sempat melawat Time Square dan Plaza Low Yat sebelum pulang ke Johor. Satu hari yang padat, sungguh penat.
Perjalanan turun dari puncak Genting dengan kereta kabel
7. Selain itu juga, aktiviti harian aku adalah menghantar mak aku untuk pelbagai urusan. Begitulah sedikit sebanyak aktiviti aku cuti semester ini. 2-3 kali pergi Melaka, juga bandar Batu Pahat, tapi aku gembira kerana aku dapat berkhidmat kepada orang yang banyak membantu aku iaitu mak aku sendiri.
8. Esok hari, 29 Mei aku akan bertolak ke Sungai Petani. Aku perlu bersedia lebih awal untuk tugasan fotografi perkahwinan yang pertama kalinya di Perlis pada 1-2 Jun ini. 8-9 Jun pula ada lagi tugasan yang sama di Parit Sulong. Harap aku boleh menggalas tanggungjawab ini dengan jayanya Insya-Allah.
9. Ada juga sesekali aku membawa mak aku melawat rakan kerjanya yang sakit teruk di Hospital Muar, aku pun sedih melihat keadaannya di wad HDW (High Dependency Ward). Semoga En. Jamaluddin kembali sihat dan kembali bertugas, Insya-Allah. Begitu juga jiran kami, Cikgu Noraini Tmn. Bintang yang menderita kanser hati tahap 4, saya doakan semoga beliau cepat sembuh.
Nota: Kesal tak dapat follow job wedding abang Rahmat Ali, masih terikat dengan aktiviti keluarga ketika cuti. Sekarang aku dah busy untuk tugasan fotografi, cuti pun dah nak habis, sekejap lagi, bermulalah semester akhir 2-3 minggu dari sekarang. Semoga aku dapat habiskan diploma semester depan dengan lancar, Amin.