Sunday, April 05, 2009

TRIP PERGI MELAKA... WOW

Tapir = Cipan = Tenuk

Posing yang entah ape-ape si-Ooo Beng (kiri) tuh pakai, macam ... errr, haha.

Tengok awan tuh! Tunggu masa jer nak hujan. Tapi hakikatnya, memang pun lepas tu hujan, agak lebat jugak hujannya. Kesian kepada sesiapa yang terlambat naik Menara Taming Sari tuh, tak dapat tengok permandangan Kota Melaka dari atas bende-alah tu. Hoho.

Ketika ini, semua member-member saya yang Melayu pergi menghilang ke-tempat lain, dan akhirnya saya naik menara [Taming Sari] tu dengan Ooo Beng [Tan Soo Hou] dan amoi-amoi nih, nasib baik saya memang berkawan dengan diorang nih, tak lah segan sangat. Memang tak ada masalah-lah naik dengan diorang. Ermm... tepat-tepat aje kami ber-tujuh turun, terus hujan lebat, hoho. Kami sangat beruntung kerana dapat menikmati permandangan dengan jelas. Masa kat atas, saya bersama mereka teruja dengan permandangan tepi laut, sampai lupa nak bergambar. Maklumlah, tak pernah pergi tempat tinggi. Hah, dah nak turun baru teringat nak bergambar, dan akhirnya saya meminta bantuan seorang lelaki cina yang duduk di sebelah kanan saya untuk mengambil gambar kami dan ini-lah dia hasilnya... Sbnrnya aku tak puas hati dengan gambar nih, apesal-lah muka aku kat tepi sangat, ape la ekk?

Masa nih, kiteorang dah nak bertolak balik, sebab dah nak malam. Tapi, Adib nak bergambar dengan anak orang besar Tmn Seri Sulong nih, Aqila... Fewwit!

Nota : [Perjalanan kami] SMKDS - Zoo Melaka - MITC - Menara Taming Sari + A.Famosa + Dataran Pahlawan + Mahkota Parade - Eye on Malaysia - Umbai - SMKDS

No comments:

Post a Comment