1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Budak Sekolah
Saya guna nama budak sekolah adalah kerana saya ni adalah budak yang masih bersekolah, hehe. Sebenarnya, semasa mula-mula saya buat blog, ketika itu tak tahu nak letak nama apa. Namun, ilham nama budak sekolah tu muncul dari cikgu saya sendiri yang menamakan blognya cikgu seni. Lagi satu, dia tu memang cikgu seni. Hah, saya ni pulak masih budak dan bersekolah, so, jadilah nama budak sekolah. Lagi satu, nama itu pun sementara aje, sebab saya ada terpikir untuk menukarnya suatu hari nanti mengikut keadaan.
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu.
http://afiqsyahmiadanan.blogspot.com/
Yang ni malas nak cerita panjang-panjang, kerana ideanya senang jer. Nama aku kan Afiq Syahmi bin Adanan. Nak dijadikan cerita, inikan blog aku. So untuk menunjukkan ini blog aku, aku letak la nama aku kat url tuh. Tak kan aku nak letak nama spesis babun pulak kat blog aku, kurang kerjan! Haha.
3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Saya pakai cara yang paling skema yang pernah di-skema-kan dalam orang-orang skema. Haha. Sebenarnya, saya pakai cara bahasa yang universal, digunakan sehari-harian dan ditambah dengan unsur-unsur lawak. Saya juga menggunakan gambar dengan meluas dalam blog saya ini sebagai alat mencerita [sebenarnya saya malas dalam bab tulis menulis nih, hehe]. Dengan itu, ia memudahkan blog aku nih untuk di tatapi oleh semua lapisan masyarakat.
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Hmm… tak untuk setakat ini. Sebabnya kerana saya buat blog nih untuk berkongsi gambar dengan rakan taulan di sekolah. Setakat ini, ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Untuk itu, tiada sebab untuk saya menghapuskan blog ini, haha.
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Pendapat saya, pemilik blog yang tag saya ini kuat imaginaaasiiii… haha.
6) Next 10 person to tag?
Haha, For the truth, I’ve no one to tag. Because I’ve only a follower [Syafiq] who someone tagged me for this question.
No comments:
Post a Comment