Tuesday, June 15, 2010

VANDALISME


Inilah budak-budak kita zaman sekarang, tak bersyukur. Suka sangat nak rosakkan frasarana yang sedang cantik terbina. Lihat saja papan tanda tu, dah lah di conteng, lucah pulak tu. Sedih la beb. Kalau nak conteng pun, bagi lah sopan sikit walaupun itu dah tentu salah.

Isy, bertaubatlah.

Friday, June 11, 2010

DEMAM PIALA DUNIA FIFA, AFRIKA SELATAN 2010

skuad pemain bola sepak mantul 2009 hanya tinggal kenangan gambar

BULAN BOLA, MUSIM BOLA, TONTON BOLA, SAYA SOKONG KOREA UTARA! PORTUGAL!

Thursday, June 10, 2010

ALKISAH KASUT JENAMA CROCS

Syarikat kasut terkemuka, Crocs Inc. telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak $2.24 juta US dolar pada tahun 2008. Tapi dilihat, ramai orang di sekeliling kita membeli dan memakai kasut jenama ini, tak kira miskin atau kaya. Persoalannya? kenapa syarikat kasut Crocs Inc. ini mengalami kerugian? Jawapannya, korang semua beli yang ciplak, hehe. Termasuk aku. Tengok atas, aku beli Crocs versi FIFA World Cup Africa 2010 cap ciplak. Murah dan terang tang-tang. Only for RM 25! Available at Icak Saudagar Kasut's stall in Parit Sulong night market. Nak beli, beli. Tak nak, dah. :)

Wednesday, June 09, 2010

CHOPSTICK

Kamu, orang bukan cina, pandai tak makan pakai copstik? Saya tak, hehe. Huh, susah benar nak makan pakai benda-alah ini. Beberapa minggu lepas, saya bersama adik dan akak ke Restoran Sushi King, tapi? restoran tersebut tidak menawarkan sudu untuk kami menjamah makanan bagi menu makanan yang murah sikit, akhirnya, terpaksalah kami mengguna copstik. Cabaran... tapi yang pasti, memang best pakai tangan!

Tuesday, June 08, 2010

TERKEJUT DENGAN BERITA INI

Beberapa hari yang lepas, saya beli surat khabar dan baca seperti biasa, tapi pada hari tersebut saya terkejut dengan satu berita ini. Budak 2 tahun tidak lagi ketagih rokok? hah? Teruk bukan? Menurut akhbar, budak 2 tahun tersebut telah menghisap sebanyak 40 batang sehari sebelum ini, subhanallah. Budak lagi tuh! Lagi mengejutkan, ayahnya mengaku bahawa dia telah memberikan anaknya rokok seawal umur 18 bulan. Tambah lagi, ibunya memberitahu yang anaknya itu akan mengamuk, menghentak-hentak kepala ke dinding apabila tidak dapat menghisap sebatang rokok sehari. Aduhai, saya rase sedih dengan berita ini, lagi-lagi apabila ayahnya tanpa rasa kesal mengatakan, anaknya tiada apa-apa merokok, dia sihat-sihat saja, katanya si ayah itu. Aiii tak sekolah betul lah si ayah ni. Sekarang, budak tersebut sedang menjalani terapi untuk mengurangkan ketagih, dan kini budak itu hanya menghisap kira-kira 15 batang rokok sahaja dalam sehari. Semoga budak tak bersalah itu dapat berhenti merokok, insya-Allah. Katakan taknak!