Thursday, January 21, 2010
TEASER - SMKDS CROSS COUNTRY 2010
1. Diam-diam, sudah dua bulan aku menganggur kat rumah, jadi pemandu untuk adik yang ingin ke sekolah dan pulang ke rumah, kemudian online jer. Bosan... beginilah rutinnya pelajar lepasan SPM yang nak tunggu result. Nak kerja, malas, hehe. Jadi, dengan masa terluang yang ada, dalam jangkaan sehingga bulan 6 nanti, aku merancang untuk isi semua masa tersebut dengan fotografi, walau dengan apa bentuk sekali pun.
2. Jadi, esok saya akan tag bersama Cikgu Hailmy selaku jurugambar untuk shoot acara Kejohanan Merentas Desa tahunan bagi tahun 2010 di SMK Dato' Sulaiman, Batu Pahat. Terima kasih kepada beliau kerana menerima saya sebagai rakan tag beliau. Seronok! ye lah, tahun-tahun yang lepas, aku yang kena lari, tapi tahun 2010 ini, tidak lagi, sebab aku bersama dia akan mengambil gambar... hehe. Tak ada lagi kongkongan cikgu, tak ada lagi paksaan untuk lari, sebab aku tak suka lari-lari ni, penat. Semoga esok segalanya akan berjalan lancar, insya-Allah. Untuk peserta larian, gud luck y'all.
Seronok nak shoot nih, doakan yang terbaik untuk esok... Bye-bye.
2. Jadi, esok saya akan tag bersama Cikgu Hailmy selaku jurugambar untuk shoot acara Kejohanan Merentas Desa tahunan bagi tahun 2010 di SMK Dato' Sulaiman, Batu Pahat. Terima kasih kepada beliau kerana menerima saya sebagai rakan tag beliau. Seronok! ye lah, tahun-tahun yang lepas, aku yang kena lari, tapi tahun 2010 ini, tidak lagi, sebab aku bersama dia akan mengambil gambar... hehe. Tak ada lagi kongkongan cikgu, tak ada lagi paksaan untuk lari, sebab aku tak suka lari-lari ni, penat. Semoga esok segalanya akan berjalan lancar, insya-Allah. Untuk peserta larian, gud luck y'all.
Seronok nak shoot nih, doakan yang terbaik untuk esok... Bye-bye.
Friday, January 15, 2010
LET US SPEAK!
By last Tuesday on January 12th, my friends and I went to school for appointment with our School Counselor, En. Othman Marin and Pn. Rashidah. The school is located in Parit Sulong, named SMK Dato' Sulaiman, the place which my batch and I faced our SPM last year. The topic discussed is about on how importance the english language in both of our writing and public speaking. They have told me that all the interview process of the university intake is involving the english language in speaking. Wow! since I have live near in kampung, I have never speak in english with my neighbourhood community and also with our schoolmate. Eventhough, lot of english teacher are rarely use the english language in the class instead. So, it doesn't help us and the solution is, we should make ourselves speak out in english. Speak to others and slowly others start to speak with us. It is really help us if we were approved for the university intake in the future.
So, let us speak! I'm trying out right now. Difficult right? Fighting!!!
Sudah lama tak menaip inggeris, mesti ayat terabur tanpa tersusun aturannya, sila betulkan kalau ada salah, terima kasih... wassalam. That's all, gotta go, bye.
So, let us speak! I'm trying out right now. Difficult right? Fighting!!!
Sudah lama tak menaip inggeris, mesti ayat terabur tanpa tersusun aturannya, sila betulkan kalau ada salah, terima kasih... wassalam. That's all, gotta go, bye.
Monday, January 11, 2010
SPM PASSER-BY STORY
Dulu, orang kata waktu tempuh nak tunggu result SPM ni waktu idaman, ya lah, tak perlu bangun pagi, tak perlu pergi ke sekolah dan yang penting tak perlu buat homework. Aku rasa mungkin kamu silap kerana kita sudah semakin susah nak berjumpa dengan kawan. Jika kamu kerja sekali pun, kamu tetap tak dapat mengulangi keseronokan kamu kerja itu sama ketika zaman persekolahan dulu. Haha. Bosan. Bosan sebab kita akan buat benda yang sama setiap hari. Psikologinya, manusia mahukan setiap benda yang berlainan baru otak akan rasa gembira, tetapi kalau sebaliknya? tentu bosan bukan? Ya lah, di sekolah kita ada aktiviti kokurikulum, kadang-kadang ada lawatan disamping kita belajar di dalam kelas, ha, kan itu sudah berlainan aktiviti yang dilakukannya. Tetapi misalnya jika kamu kerja kilang sementara tunggu result ni, sepastinya kamu akan membuat pergerakan kerja yang sama setiap hari. Masuk awal pagi, langit masih gelap dan balik kerja pun langit gelap sebab sudah malam. Semacam meaningless bukan seharian yang sudah kamu habiskan? Kesimpulannya, gunakanlah waktu bosan kamu ini dengan sebaiknya, dan pastikan ia membawakan kamu duit. Jadi, untuk pesanan para pembaca yang masih bersekolah, ingatlah pesanan klasik ini, belajar betul-betul dan pilihlah jurusan yang menjurus ke arah pekerjaan yang sempurna untuk mengembirakan hati kamu. Haha. Macam ini lah gaya ayat seorang pembosan yang kehilangan idea untuk menulis dengan lebih baik.
berniaga burger, aktiviti lazim pelajar lepasan SPM yang menunggu keputusan
ekspresi seorang bekas pelajar yang melihat karya terbaru teraju versi 19 ini
Beginilah rutin yang tidak agak harian, tetapi perkara yang kerap kali kami lakukan untuk mengisi masa lapang yang ada. Apa lagi, kami adakan TT kecil-kecilan. TT adalah Teh Tarik Session di mana ia merupakan singkatan professional bagi orang yang duduk di warong untuk minum-minum dan nama sinonimnya adalah ngeteh. Sudah, tinggalkan ayat tersebut dan mari kita sambung ke cerita yang sebenarnya ingin saya sampaikan, iaitu tentang Teraju V19. Pandangan pertama saya, cantik! Banyak peningkatan. Namun yang tak seronoknya, semua isi kandung gambar di dalam adalah hitam putih. Bagi saya, melihat hasil gambar yang cantik adalah tidak sempurna tanpa melihat paduan warnanya sekali. Itulah kelemahan jelas yang ditonjolkan dalam Teraju V19 ini. Namun, dilihat pada kata-kata tuan besar editor, En. Hailmy, beginilah ulasannya.
" Mau bikin majalah sekolah yang ade colour, mahal maa... kamu mau bayar ke? majalah yang ada sekarang yang harga baru RM10 pun kamu tak mau bayar, kalau saya bubuh warna dalam itu majalah? nanti harga lebih, kamu mau bayar ke? "
Demikian sudah lah permasalahan yang timbul dalam teraju, jadi apa lagi? Pihak sekolah bertindaklah... bagi lah support kewangan yang lebih sikit. Mungkin gempak nanti hasilnya untuk Teraju V20 pada tahun yang berikutnya, insya-Allah.
Inilah rumah yang paling mudah dilawati ketika kamu singgah ke Pt. Pulai. Dan inilah rumah yang menjadikan konsep 1Malaysia telah berjalan dengan lancar di mana En. Ng Ming Yip dengan kerap kalinya melawat rumah ini. Malangnya, tiada india yang pernah datang setakat ini. Selain itu, rumah ini jugalah yang telah mengisikan masa terluang kami selama ini semasa menunggu result SPM dengan mengadakan perjumpaan dimana kami kerap membincangkan tentang bisnes dan perniagaan yang selalunya dibentangkan oleh En. Fauzan. Inilah dia multipurpose house. Haha.
That's all, gotta go. Bye...
That's all, gotta go. Bye...
Sunday, January 10, 2010
WEEKEND IN BATU PAHAT
Other update link from another photographers will be follow up here, once if they are updating this post about. Thank you.
Jurugambar lain:
Naser Ibrahim
Akmal Adanan
Eddie Seri Delima