Sunday, January 10, 2010

WEEKEND IN BATU PAHAT

Sabtu lepas, syukur kerana dapat saya belajar sesuatu mengenai fotografi perkahwinan hasil tugasan wedding oleh Akmal dan rakan pembantunya, Naser Ibrahim di majlis perkahwinan pasangan bertuah ini, Danny & Azlina. Mereka sungguh sporting, dan kami sungguh seronok bekerja dengan mereka. Di majlis ini, kami juga disertai oleh jurugambar luar, iaitu Razak yang juga merangkap sebagai abang angkat kepada pengantin perempuan. Majlis perkahwinan bertempat di Taman Flora, Batu Pahat.

Huh, merahnya! Menurut Akmal, kamera kalah apabila mengambil gambar yang berkaitan dengan warna merah. Kalau begitu, you all kena tackel masalah ni secepatnya. Hehe.

Sehari selepas majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan, majlis bertandang ke tempat lelaki pula bertempat di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Dengan kali pertamanya, saya dapat merasakan sebuah pengalaman yang hebat apabila shoot gambar wedding di dewan. Suasana yang begitu happening juga dirasakan apabila kami bertiga turut disertai oleh dua orang lagi jurugambar, iaitu Azhar Saat dan Eddie. Keadaan begitu high class apabila ketibaan pengantin diiringi konvoi kira-kira 10 biji kereta Suzuki Swift dan kedua mempelai menaiki kereta Mercedez Benz E-class dengan nombor pendaftaran MU 7. Ketibaan pengantin juga diescort oleh polis trafik batu pahat. Alhamdulillah... banyak pembelajaran yang dapat saya dapat hasil dari aktiviti hujung minggu saya di Batu Pahat ini.

Other update link from another photographers will be follow up here, once if they are updating this post about. Thank you.

Jurugambar lain:
Naser Ibrahim
Akmal Adanan
Eddie Seri Delima

No comments:

Post a Comment