Sunday, April 05, 2009

TRIP PERGI MELAKA... WOW

Tapir = Cipan = Tenuk

Posing yang entah ape-ape si-Ooo Beng (kiri) tuh pakai, macam ... errr, haha.

Tengok awan tuh! Tunggu masa jer nak hujan. Tapi hakikatnya, memang pun lepas tu hujan, agak lebat jugak hujannya. Kesian kepada sesiapa yang terlambat naik Menara Taming Sari tuh, tak dapat tengok permandangan Kota Melaka dari atas bende-alah tu. Hoho.

Ketika ini, semua member-member saya yang Melayu pergi menghilang ke-tempat lain, dan akhirnya saya naik menara [Taming Sari] tu dengan Ooo Beng [Tan Soo Hou] dan amoi-amoi nih, nasib baik saya memang berkawan dengan diorang nih, tak lah segan sangat. Memang tak ada masalah-lah naik dengan diorang. Ermm... tepat-tepat aje kami ber-tujuh turun, terus hujan lebat, hoho. Kami sangat beruntung kerana dapat menikmati permandangan dengan jelas. Masa kat atas, saya bersama mereka teruja dengan permandangan tepi laut, sampai lupa nak bergambar. Maklumlah, tak pernah pergi tempat tinggi. Hah, dah nak turun baru teringat nak bergambar, dan akhirnya saya meminta bantuan seorang lelaki cina yang duduk di sebelah kanan saya untuk mengambil gambar kami dan ini-lah dia hasilnya... Sbnrnya aku tak puas hati dengan gambar nih, apesal-lah muka aku kat tepi sangat, ape la ekk?

Masa nih, kiteorang dah nak bertolak balik, sebab dah nak malam. Tapi, Adib nak bergambar dengan anak orang besar Tmn Seri Sulong nih, Aqila... Fewwit!

Nota : [Perjalanan kami] SMKDS - Zoo Melaka - MITC - Menara Taming Sari + A.Famosa + Dataran Pahlawan + Mahkota Parade - Eye on Malaysia - Umbai - SMKDS

Thursday, April 02, 2009

GERAK GEMPUR

Soalan yang menyakitkan hati kepala otak aku! Susah gila gaban... Mungkin susah bagi aku jer kot, dan mungkin jugak soalan ni senang bin kacang bagi pelajar lain. Renung-renungkan lah, kalau kita tak belajar, semuanya susah kan? Betul tak? Ya! memang betul!

Saya jawab soalan ini semalam (1 April 2009). Kesimpulan dan hakikatnya, saya rasa saya memang betul-betul di-GERAK GEMPUR-kan apabila soalan ini diedarkan... Pasal ape?
Because
I'm completely not ready for answering this Gerak Gempur! huargh!

Nota : Pelajar Ting. 5 seluruh Batu Pahat adalah sedia maklum dengan soalan ini.


Updated:
Just now, I got this paper 1 result with many regret. Only 27 over 40 question is correct, and I couldn't imagine how about my result in paper 2 soon. What can I do is just redhaa... huh! extremely hard!

Saturday, March 28, 2009

REAKSI

SECARA UMUMNYA, ADA BEBERAPA REAKSI YANG DITUNJUKKAN OLEH SESEORANG ITU APABILA GAMBARNYA DIAMBIL SECARA TIBA-TIBA

BIASA
Kebiasaannya, bagi mereka yang sporting, diorang tak kisah jika gamba nya diambil walau di mana sahaja mereka berada. Mereka tetap akan posing dgn mengenakan isyarat peace di jari jika secara tiba-tiba kamera nak tangkap gamba diorang, haha. Tengok-lah gambar diatas, muka diorang ceria sahaje... Hah, macam ni-lah bagus.

TERLEBIH POSING
Golongan ini adalah sungguh luar biasa... Kerana, seperti gamba di atas, ade sesetengah mereka itu akan menjadi gila pabila ternampak kamera yang di-acukan kpd mereka dengan secara tiba-tiba untuk diambil gamba. Mereka-mereka ini akan membuat mcm-mcm aksi untuk bergambar, sama-ada mereka lompat, baring tengah jalan, peluk-peluk, buat aksi ultraman, buat memek muka syioal dan mcm-mcm lah yg kita tak terfikir... Macam inilah reaksi yang digelar sebagai gila gambar, haha

MARAH
Hah, ini paling bahaya... Kita sbg jurugamba, kena lah BERHATI-HATI! jika hendak mengambil gamba seseorang itu atau pun mereka yg sedang berkumpul untuk bergosip dan juga yang sewaktu dengannya. Ini kerana, ade orang tuh tak suka gambarnya diambil sebab ... errr aku tak tau lah ape sebabnya, hehe. Mereka ini, kalau tau gambarnya diambil, seboleh-bolehnya dia suruh delete gambar yg terhasil tuh. Tengok gamba di atas, marahkan orang yg sedang angkat tangan tuh? Hah, mcm tu-lah... Ade orang suke gambanya diambil dan ade orang yg anti-gambar, fikir-fikirlah.

(Sesungguhnya, orang yang anti gambar itu adalah orang yang rugi haha)

Nota : Sebagai peringatan disini, kalau kita nak ambil gamba orang lain. Fikir-fikir-lah dulu... huhu

TUISYEN

Pusat Tuisyen Gemilang, antara lokasi per-tuisyen-an yang popular di kalangan pelajar HSBP, TIGS, SMKDSE, SMKDS dan sekolah-sekolah yang sewaktu dengannya. Saya juga adalah salah seorang penuntut yg menuntut di pusat tuisyen ini... Gambar dibwh menggambarkan sedikit sebanyak suasana di bilik kuliah kami... sama-sama kita lihat, mari!

Inilah bilik kuliah kami, hehe. Gambar ini mengatakan bahawa Cikgu Tuisyen Fizik saya, iaitu En. Mohsin sedang memberikan sepatah dua-kata kepada pelajar-pelajarnya... Saya merakamkan gambar ini secara senyap-senyap dgn menggunakan kamera hanset yang dilengkapi dengan teknologi tangkap gambar tanpa suara, huhu. Sebab itu Cikgu Mohsin tak perasan, kalaulah dia perasan saya ade mengambil gambar ketika itu... kompom dia buat isyarat peace dan say cheese... haha

Dua orang penuntut tuisyen yang ... sungguh bajet bahawa mereka ini sedang memberikan tumpuan dengan sepenuh hati sepenuh jiwa dan raga terhadap apa yang diajar oleh guru. Hakikatnya... Mereka yg bergelar Zaki (kiri) dan GG (kanan) ini sering kali memberikan jawapan yang tidak masuk akal pabila di-tanya cikgu tentang physic. Tak reti duduk diam, main-main, menyeruntul je, duduk bangun, kekiri kekanan sampai suatu ketika meja di belakang yg diorang sandar tu jatuh, kedeganggg!! lepas itu, semua mata-mata penuntut tuisyen tertumpu kpd mereka berdua nih. Lepas itu, hah hah hahaha, macam tu-lah saya dan rakan-rakan sejawat yg lain ter-ketawa.

Nota : Semua gamba yang dipaparkan di atas (dan juga sebahagian yang saya sudah upload-kan sebelum ini) adalah hasil seni yang terhasil daripada kamera Sony Ericsson K850i.

Wednesday, March 18, 2009

DOA SELAMAT

Di-awal pagi...
dua orang nih sembunyi dari ape ntah, haha


Agenda utama, majlis ringkas utk mendoakan Syazwan supaya selamat pergi dan balik ketika menunaikan umrah di Saudi Arabia. Ketika gambar dirakam, dia sedang membuat ucapan mengenai ape-ape sahaja yg dia nak cakap. Dia bertolak dari KLIA pada 13 Mac 2009. Menurutnya, dia akan kembali ke tanah air dua minggu kemudiannya... sama-sama kita nantikan... sekian.

Date : 12 Mac 2009 (7.45 am)

Nota : Gambar syazwan berucap tersebut gelap sedikit kerana ketika gambar itu dirakam, bekalan elektrik di kelas terputus buat seketika. 10 minit kemudian, bekalan elektrik pulih seperti sedia kala.