Sunday, May 17, 2009

HARI AHAD

Lokasi : Rumah
Tarikh : Ahad, 17 Mei 2009

Hari ini adalah hari Ahad bersamaan dengan 17 Mei 2009 dan tiba-tiba jari-jemari saya menjadi ghairah untuk menaip di blog ini, haha. Sebenarnya pada setiap hari Ahad, saya ada mengikuti tuisyen di sebuah pusat tuisyen yang digelar Pusat Tuisyen Gemilang. Lokasi terletak di Bandaraya Batu Pahat.

Gambar ini adalah lokasi sebenar Pusat Tuisyen Gemilang

Untuk dijadikan cerita... saya mula mendaftar masuk ke dalam bangunan warna putih itu (white building not white house!) pada tanggal 22 februari 2009. Keghairahan untuk menghadiri kelas amat dirasai pada 2 atau 3 minggu yang seterusnya namun sedikit sebanyak ia menjadi pudar kerana saya ini hanyalah manusia biasa yang cepat bosan, haha. Oleh itu, saya pernah berfikir untuk ponteng kelas tuisyen tersebut, dan nampaknya rancangan itu berjaya dilaksanakan pada tarikh 10 Mei 2009 iaitu minggu lepas. Rancangan itu amat berjaya dengan bantuan En. Jayadi yang telah mengadakan kelas tambahan Pendidikan Seni Visual diatas persetujuan keras saya. Akhirnya saya tidak hadir ke kelas tuisyen tersebut dengan alasan saya mengikuti kelas beliau.

Kemudian, saya berfikir sejenak...
aku rase bersalah gila sebab tak datang tuisyen fizik hari ini, dah la semua yurannya dibiayai oleh mak aku. lagipun aku ni tak expert plus bunguk dalam subjek ini. rugi la aku tak datang... aiyoo rase bersalah siot! ok lah minggu depan aku janji aku nak datang dengan hati yang gumbira dan fokus, yeaah!

Pejam celik, hari ini tibalah tanggal 17 Mei iaitu hari yang sepatutnya saya hadiri tuisyen Fizik di PTG. Keghairahan dan passion kian terasa ketika jam hendak menghampiri pukul 10 pagi kerana biasanya saya akan bertolak dari rumah pada jam 10.30 pagi. Tepat jam 10, tidak disangka-sangka ayah saya telah mengeluarkan kenyataannya yang berbunyi begini...

Abah: Mi, kau tuisyen tak hari ni?
Saya: Ye abah, pergi, kompom! pasti!
Abah: Mi, hari ni kau tak payah pergi lah, abah tak sihat lah.
Saya: Ha? yeke?
Abah: Ye lah... Harap kau paham mi, gigil-gigil badan abah ni.
Saya: Ok lah, tak pe abah rehat la dulu yer.


Dan akhirnya saya tidak menghadiri kelas tuisyen saya untuk dua minggu (dua kali) yang berturut-turut. Perasaan saya amat bercampur-baur ketika ini. Huuu...

No comments:

Post a Comment