Friday, May 29, 2009

CUTI?

Setelah tiga minggu menghadapi soalan periksa, dan akhirnya Mid Year Exam pun baru sahaja melabuhkan tirainya tepat pada jam 12 tengah hari tadi. Seperti mana yang kita-kita mahukan, yeay! merdeka! dan...

Persoalannya disini
adakah benar kita merdeka dan mula bercuti?

[sebenarnya mimpi ngeri baru sahaja nak bermula]

Pertama
Cuti setengah tahun seperti mana yang tercetak di kalendar seluruh negara adalah gimik semata-mata, atau tipu! yea, kenapa saya berani mengatakan hal yang demikian? almaklumlah, cuti ini bakal dipenuhi dengan kelas tambahan daripada pagi hingga ke tengah hari. Kadangkala ada yang sampai ke petang... seperti yang saudara tidak tahu, kelas yang pada waktu malam pun ada. Dengan itu, istilah cuti adalah tidak bermakna sama sekali kerana ia tidak berketepatan dengan makna dan maksud cuti itu sendiri.

sebenarnya aku suka ade kelas tambahan nih, dapat jumpa kawan =)

Kedua
Inilah situasi yang paling menakutkan, lain dan tak bukan ianya adalah proses pengambilan keputusan exam anda atau bahasa international-nya result. Tetapi yang lebih teruk lagi adalah Hari Terbuka. Kalaulah saya orang yang rajin, tidaklah saya takut seperti inikan? Ingatlah, study! jangan malas...

[sekadar gambar hiasan]

Gambar ini menunjukkan seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan examnya. Huh, saya sangat takut bahawa saya akan terkejut dengan keputusan exam yang teruk. Rasanya teruk, aduhai! Inilah ketakutan yang sebenar dialami oleh penulis blog.

Ketiga
Yang menjadi igauan ngerinya disini, waktu kelas tambahan inilah guru-guru akan bertindak dengan membincangkan kertas-kertas exam yang kita dah jawab, secara tidak langsung dapatlah resultnya. Haaah, tak tidur malam sabar aku dibuatnya. Tapi sebenarnya bagus, biar kita dapat kesan apa kesalahan yang kita dah lakukan terhadap soalan exam tuh, haha.

Keempat
Merdekakah kita apabila Mid Year Exam dah tamat? siapa yang kata ye, oh memang bermimpilah orang tu. Apa yang dimaksudkan disini adalah, kita perlu lebih kerja keras lagi demi mencapai impian yang diimpikan, the straight A's. Jangan ingat kita dah merdeka yer anak-anak, perjuangan masih belum selesai.

Kelima
Tentu cuti korang nih dibekalkan dengan homework yang begitu banyak kan? Hah apa lagi, dah tentu kena disiapkan.

Keenam
Saat semakin genting! kerana SPM dah semakin hampir. Tak boleh main-main dah.

_________________________________________________________________
p/s : ayat saya skema gaban pulak hari ini, dah lama tak menaip blog rasanya...

Cerita di atas kelihatan terlalu serius, haha... walau bagaimanapun, ia benar. Ehem, untuk esok, saya sekeluarga akan bertolak ke Negeri Perak, nak cuti-cuti dan hantar pengantin, rasa macam sabar tak sabar pulak.

Wednesday, May 27, 2009

LIFE UPDATE

Venue : Taman Bintang (in front my house)
Date : 19 and 20 May 2009
Project : Replacing the old drains
Status : In construction
Developer : Malaysian Government

Picture taken on 19th of May. Nothing to describe, just sharing the picture, haha. Take by using the 18-200mm lens under very hot sun and I'm keeping sweat later on. Huh!

[semasa pulang dari sekolah]
This is Wednesday, 20th of May around 1.15 pm and as usually I'm wearing an uniform, a complete St. John uniform! Haha, man who are managing the Bajak quite surprise after seeing me with such that uniform while I'm entering my house. But, he's kinda friendly and I'm happy in helping them. Erm, helping by watching only, haha. I take the picture by using Nikon D300 with 10-24mm lens... huu I'm snapping the Bajak in a very short range for such a super-ultra wide lens like it. Very syok laa because I can feel the ground has a little vibrate while the Bajak operate the drains... dung!

Friday, May 22, 2009

TUKANG-TUKANG

Lokasi : Bengkel
Masa : Malam-malam
Tarikh : Jumaat, 22 Mei 2009

Malam 22 Mei yang lepas, kat sekolah ada bermacam-macam program [sebenarnya dua sahaja]. Semua pelajar tingkatan 6 ada program qiamullail dan mereka tidur di sekolah. Bagi pelajar Reka Cipta pula, mereka ada kelas malam... jadi saya saja-saja sahaja menghadirkan diri ke kelas tersebut walaupun saya tidak mengambil RC. Saja mahu melihat kerja pertukangan mereka. Erm, alang-alang dah sampai bengkel, saya sempat membawa pulang kerja kayu saya sewaktu ketika saya berada di tingkatan 3 dahulu ke rumah. Kemudian, saya ada snap gambar. Haa... inilah sedikit gambar yang sempat dirakam oleh saya. Tengoklah!

Seorang guru yang cukup bersemangat dan berdedikasi dalam mendidik anak bangsa melakukan kerja pertukangan di kelas malam, walaupun saya bukan pelajar beliau tetapi saya bangga!... Wahai cikgu-cikgu yang baru posting sekalian, contohi lah semangat beliau (ber-cap dan berbaju merah), nescaya bahagia, haha.

Pergh! dia buat kerja yang berapi-api nih dengan selamba jer tanpa topeng dan glove? Hebat!

Thursday, May 21, 2009

KUGIRAN

Location : Unknown
Date : Not Remember

For the first time I discover this toys that we called drum, quite interesting I feel. So, I made up this post special for sharing my enjoyment to all humanity, haha, rant of the day!

I don't know how relate this picture to Kugiran title of the post.

Tuesday, May 19, 2009

SAMBUTAN HARI GURU

Lokasi : SMK Dato' Sulaiman, Malaysia
Tarikh : Isnin, 18 Mei 2009

Insan berbaju merah seperti yang dalam gambar itu adalah tuan pengetua kami, En. Misli bin Rosbadi. Beliau diiringi oleh beberapa pelajar yang bertugas untuk masuk ke dalam Dewan Bestari bagi merasmikan acara gilang-gemilang ini, Sambutan Hari Guru.

[adalah sedikit gambar untuk tengok-tengok, jom!]

Murid-murid daripada kelas Rancangan Khas yang diarahkan supaya menjadi penyambut guru-guru sebelum mereka masuk ke dalam dewan, mereka kena berdiri sama seperti perbarisan. Tapi, ada yang baru berdiri beberapa minit, dah penat dan akhirnya cangkung... haha kesian aku tengok.
pssst : sesiapa yang dari 2RK2, ambil lah gambar nih, tunjuk kat M.Amin, hahah
Ini adalah The Yellow Carpet untuk guru-guru kami... Lihat di gambar, seorang cikgu yang selamba jer kerana dia seoranglah yang mengenakan pakaian lengkap berkot manakala semua cikgu lain sudah sedia maklum bahawa mereka kena pakai baju melayu, haha.
Mr. Hailmy aka Ajiz sedang gembira berposing... haha, beliau sungguh sempoi sekali kerana pakaiannya yang sempoi sama seperti Pak Ajiz di zaman jepun dahulu. Cikgu-cikgu lain semua pakai baju melayu, tapi En. Hailmy aka Ajiz ini tetap dengan gayanya seperti di zaman jepun.
Ajiz (berkain pelikat) sedang melakukan sketsa untuk menghiburkan para hadirin yang sedang kebosanan. Huh, beliau sungguh hyperactive sekali hingga menyebabkan gambar ini blur.
Para penonton yang khusyuk.
Barisan pencegah jenayah di sekolah [Tipu]

[Tak Puas Hati]
Tak puas hati la sebab banyak gambar yang aku ambik kat Hari Sambutan Hari Guru ini blur-blur sebab aku pakai kamera compact aje, kalau ikut hati rase nak bawak Nikon D300 kat rumah ni, tapi ayah dah pakai pulak... redha aje la.